Sabtu, 18 Ogos 2012

Biodata Dr. Hanida Haron

Dr. Hanida Haron

Dr. Hanida yang juga dikenali sebagai "Selendang Sari" memegang diploma Perguruan, ijazah Sm. Sastera (Kep.), Sarjana Persuratan (Sejarah & Budaya) dan Doktor Falsafah (Persuratan Melayu) serta bertugas sebagai guru, jurulatih teater & pengacara majlis.

Selain itu, beliau juga pengamal bertauliah NLP Untuk Guru (ANLPM), pengamal Grafologi dan Meta-fizik serta pengerusi Kelab Kebudayaan Selendang Sari, Kajang sejak 2007.

Buku yang pernah ditulis oleh beliau antaranya "Pertaruhan Cinta" dan "Koleksi Pantun Dari Laman Pantun Dan Puisi Kak Selendang."

Skrip drama dan teater hasil karya beliau termasuklah "Muzikal Bonda" (2009), "Muzikal Uda dan Dara" (2008), "Lebai Malang" (2007) dan "Salah Asuhan" (1992).

Puisi termasuklah "Semarak Rasa Sepakat" (2009) dan "Geruh Si Anak Malang", johan Deklamasi Sajak Minggu Bahasa (2009),

Lirik lagu pula "SK Bandar Rinching Wadah Pembentuk Sahsiah", Lirik Lagu SK Bandar Rinching (2003), "SKS Yakin Jaya", Lirik Lagu SK Semenyih (1999) dan "Seratus Tahun Menyingkap Warisan Kita", Lirik Lagu Sambutan Seratus Tahun (Jubli Emas) SK Semenyih (1999).

Beliau juga merupakan pemantun terbaik daerah Kubang Pasu (1998) dan menjadi tetamu undangan rancangan Selamat Pagi Malaysia, RTM (2011).