Ahad, 23 September 2012

Dr AK: JOHAN META-STATES - Siri 02

Bunyi burung cak raya berkicau di dalam sarang di hujung atap rembia bagaikan musik yang meransang Johan untuk tenggelam dalam minda tak sedar, masuk ke dalam gelombang alpha.

Dia teringat pertemuannya dengan Puteri Serrefina selepas terjatuh dari pohon kelapa. Mujurlah dengan kebijaksanaan dan kepekaan Puteri Serrefina, dihantarnya tujuh puteri bunian, melayang-layang  menyambut Johan ketika jatuh. Jika tanpa bantuan dari Puteri Serrefina dan ketujuh puteri bunian itu, sudah tamatlah riwayat Johan. Pohon kelapa di tepi sawah itu memang tinggi, tidak kurang dari 40 kaki.

Semasa jatuh dari pohon kelapa, dunia terasa kelam, penglihatannya kabur dan apabila sedar, dia sudah berada di dalam sebuah bilik yang serba putih. Tidak lama kemudian datang seorang wanita yang mengelarkan dirinya Puteri Sulung. Dia dibawa ke sebuah bilik yang tertera nama "Jusa Serrefina Pekkela", Cendikiawan Law of Meta-Attraction ™ di pintu bilik.

Dari Puteri Serrefinalah Johan tahu dia berada di alam ghaib yang selari dengan alam manusia. Menurut Puteri Serrefina, terdapat tujuh alam ghaib yang selari dan mereka berada di alam yang ke-tujuh, tertinggi sekali di mana amat sedikit manusia yang mampu sampai ke situ. Dia mampu ke alam itu kerana kebolehannya melakukan visioning, kata Puteri Serrefina.

"Visioning yang awak lakukan bukan tahap biasa, tapi tahap yang tinggi. Awak mampu associatekan diri awak sepenuhnya dalam vision yang awak reka sehingga menghasilkan perbuatan external. Pada tahap meta-states, awak menampar isteri dalam vision awak dan pada masa yang sama awak menampar pelepah kelapa dalam realiti. Itu satu visioning yang hebat", kata Puteri Serrefina menerangkan kebolehan Johan.

Johan rasa bangga, tersengih lalu bertanya "Bagaimana Puteri tahu saya sedang melakukan visioning dan sempat pula menolong saya dalam masa yang amat singkat?"


"Apa yang kita fikir, apa yang kita sebut, apa yang kita lakukan semuanya adalah doa. Berfikir, bercakap dan melakukan sesuatu yang positif ke arah niat kita dengan bersungguh-sungguh terutamanya di peringkat meta-states akan memantulkan gelombang yang akan menarik tenaga yang positif datang. Itu adalah asas Law of Meta-Attraction ™ dan saya adalah cendikiawan dalam bidang ini. Bila awak melakukan visioning di atas pohon kelapa, saya menerima gelombang tersebut dan menyuruh tujuh puteri bunian di bawah seliaan saya untuk menyelamatkan awak ketika jatuh." jawab Puteri Serrefina.  

"Mungkin awak belum sedar, di alam ini kita tidak tertakluk kepada hukum graviti seperti di alam manusia. Saya, awak dan semua makhluk di sini boleh bergerak bebas dengan pantas; boleh berjalan, boleh berlari dan juga terbang. Mari saya tunjukkan", kata Puteri Serrefina sambil mengajak Johan keluar dari biliknya. Johan dibawa keluar dari bangunan yang dinding dan siling semuanya berwarna putih.

Di luar bangunan, Johan dapat melihat satu komplek bangunan berwarna putih yang sangat canggih, bertingkat-tingkat dan amat mengagumkan hatinya. Dia dapat melihat dan mendengar percakapan beberapa pemuda dan pemudi di sekelilingnya yang berpakaian serba putih dan membawa kitab di tangan mereka seperti murid yang sedang belajar di dalam sebuah institusi pengajian tinggi. Bila mendongak, Johan dapat melihat beberapa wanita sedang terbang, kemudiannya turun dan masuk ke dalam bangunan di hadapannya.

Apabila sampai di sebuah padang rumput yang luas dan hijau, Puteri Serrefina menyuruh Johan membayangkan dirinya boleh terapung dan terbang. Johan memejamkan mata dan mula membuat visualisasi. Dia bayangkan dirinya berlari di atas batas bendang seperti itik dan mula terbang, terbang dan terbang menuju ke atas bangunan yang tertinggi di komplek itu. Kemudian, dia dan Puteri Serrefina bersama-sama makan kuaci sambil melihat keindahan pemandangan di situ. Oh! Sungguh indahnya.  

"Hentikan! itu cuma bayangan disassociated. Awak tidak boleh terbang jika awak disassociatekan diri awak. Saya mahu awak associatekan diri awak, "See what you see, hear what you hear and feel what you feel", macam awak tampar isteri awak di atas pohon kelapa. Kan awak betul-betul tampar dia, dia rasa sakit tau! Awak mesti rasakan apa yang awak sedang buat, bukan awak melihat diri awak melakukannya" kata Puteri Serrefina.

Johan tersentak mendengar suara Puteri Serrefina yang agak keras dan berhenti dari visualisasinya. Dia faham apa yang Puteri Serrefina maksudkan. Kemudian dia bayangkan dirinya terapung dan merasakan dirinya benar-benar terapung. Tanpa diduga, tiba-tiba badannya terpusing ke bawah. Terkial-kial Johan membetulkan badannya supaya tegak seperti biasa. Puteri Serrefina hanya tersenyum melihat Johan berlatih untuk belajar terbang.

Setelah membiasakan diri, Johan mampu mengarahkan dirinya untuk terbang ke arah mana yang difikirkannya dalam keadaan mata terpejam. Tidak lama kemudian, Johan mampu terbang dalam keadaan mata terbuka pula. Pengalaman dan kemahiran membuat visualisasi dalam keadaan jaga sebelum ini menjadikan Johan cepat untuk belajar terbang ke arah mana yang diinginkan. Dia gembira merasai pengalaman itu.

Ketika melihat Johan terbang ke arah bangunan yang paling tinggi di komplek itu, Puteri Serrefina mengosok pipi kirinya. Masih terasa pedih. Walaupun dia seorang cendikiawan termasyur Law of Meta-Attraction ™, dia juga masih tidak mengerti bagaimana gelombang begitu kuat sehinggakan tamparan Johan di alam manusia boleh merentasi tujuh alam ghaib dan mengenai pipi kirinya.

bersambung... <<Siri 03>>  Dr AK
Key words: Law of Meta-Attraction, Associate & Disassociate

Tiada ulasan:

Catat Komen