Ahad, 30 September 2012

NEWS: PSH bantu Malaysia jadi negara baru

Oleh KAMIL MASLIH pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang diiktirafkan sebagai tunggak ketiga dalam sistem pembangunan sumber manusia mampu membantu Malaysia mencapai matlamat menjadi sebuah negara baru. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementeriannya percaya dengan adanya PSH, ini akan menggalakkan lebih ramai lagi rakyat terus belajar tanpa henti.

"Kalau dilihat negara-negara yang telah jauh meninggalkan kita dari segi pembangunan seperti Korea Selatan dan Jepun, mereka telah mengukuhkan satu lagi tahap pembelajaran dalam negara iaitu PSH. "Sehubungan itu, satu Pelan Induk Pembudayaan PSH negara telah dibangun dan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada November tahun lalu dan program ini dinobatkan sebagai tunggak ketiga dalam sistem pembangunan sumber manusia di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat (My3L) Peringkat Kebangsaan, di sini hari ini. Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) kementerian, Datuk Omar Abd. Rahman. Jelas Mohamed Khaled, Pelan Induk Pembudayaan PSH meletakkan sasaran kadar penyertaan dari 10 peratus pada 2010 kepada 50 peratus menjelang 2020.

Katanya, definisi PSH dirangka untuk merangkumkan pembelajaran berterusan oleh golongan rakyat berumur 15 tahun ke atas dan ia tidak termasuk pelajar profesional iaitu belajar sepenuh masa serta golongan yang memasuki alam pekerjaan buat pertama kali.

Sumber: Internet


PSH sudah lama diterapkan oleh Board of Engineers, Malaysia. Semua jurutera profesional wajib mengumpul 50 jam PSH (dikenali sebagai CPD) setiap tahun untuk mengekalkan status P. Eng (Ir). UKM juga sudah mula memperkenalkan PSH dengan 40 jam setahun bagi kakitangan akademik.

Sesuatu yang menarik ialah saya selalu dikatakan seiras dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terutama bagi mereka yang baru jumpa dengan saya. Kawan saya pun ada yang tersilap menyangka Datuk Seri sebagai saya di airport, nasib baik dia tak pergi tampar bahu Datuk Seri M. Khalid Nordin. Bagi yang kenal abang saya pula terutamanya dari UPSI, bila jumpa saya dan dengar nama "Kasa", terus tanya "Adik Pak Ya?" (kawan rapat dia) atau "Adik Prof Zek?" (staf UPSI), senang saya nak buat rapport dengan mereka. Tak perlu buat mirroring dalam NLP. :) - Dr AK 

Tiada ulasan:

Catat Komen