Rabu, 31 Oktober 2012

Dr AK: Certified Basic NLP/NS Practitioner

31 Okt. 2012. Selasa. Dijemput oleh MTM Consultants Sdn Bhd sebagai pemeriksa luar bersama dengan Dr. Muhammad Jantan (RESQ), Dr. Syed Sofian Syed Salim (UPSI), Dr. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (UPSI) dan Mahyana Mukhtar (MIAT) untuk pensijilan Basic NLP/NS Practitioner di Grand Dorsett Subang. Seramai 21 orang kaunselor yang berdedikasi akan mengamalkan NLP dalam kerjaya mereka. Teruja melihat semangat dan kebolehan mereka melakukan paten-paten dalam NLP iaitu Circle of Excellence, Six-Steps, Phobia dan Visual Squash.

Pada pandangan saya, kombinasi NLP dan NS lebih memantapkan kursus kecemerlangan diri ini. Tahniah untuk semua peserta yang berjaya dengan cemerlang dalam ujian tersebut dan tahniah juga untuk Tn Hj Md Taib Mat sebagai mentor dan fasilitator yang hebat, sentiasa mengemaskini kandungan kursus serta tahniah juga kepada Suzana dan Fakhrul Anuar yang perihatin, menjadikan program ini berjalan dengan lancar.