Khamis, 3 Januari 2013

Dr AK: Hujan Hujan Telah Datang Lagi...



"Hujan hujan telah datang lagi, dingin dingin menyiksa diri, bantal dan guling sebagai saksi..." lagu nyanyian Endang Estaurina, nostalgia zaman persekolahan. Saya ingin memeluk bantal dan guling seperti Endang Estaurina juga tapi minda selalu terfikir masalah cerun dan tembok penahan terutamanya di kawasan Bangi. Apabila terjadinya kegagalan cerun atau tembok penahan, boleh mengakibatkan kemalangan nyawa dan harta benda terutama bila ianya menyokong bangunan. Ketika musim hujan yang panjang ini, selain masalah pakaian basah di jemuran, ianya merunsingkan pemilik bangunan di lereng bukit. Kalau saya, tentu saya akan pastikan parit dan longkang di kawasan cerun berfungsi dengan baik serta memantau pengaliran/penyerapan air ke dalam tanah.

"Bila anda berjumpa dengan seorang doktor, perkara utama yang dilakukan ialah mengetahui tekanan darah. Doktor akan balut tangan anda kemudian pam, peh! peh! peh! kemudian lihat bacaan untuk memastikan tekanan darah anda berada dalam julat yang selamat. Begitu juga dengan jurutera geoteknik, pastikan kandungan lembapan tanah tidak melampaui had tertentu kerana kekuatan tanah berkurang dengan bertambahnya kandungan air. Kenaikan paras air disebabkan oleh hujan juga menyebabkan tekanan air liang dalam tanah", terang saya kepada pelajar tahun dua Kursus Geoteknik 1. Dalam banyak kes, air adalah punca kegagalan cerun dan tembok penahan. Pastikan anda membaiki parit/longkang yang pecah dan tersumbat sebelum terlambat.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan