Sabtu, 16 Februari 2013

IKLAN: MATLAB and ANN (26-27 Feb), UKM

 

MATLAB and Artificial Neural Network (ANN)
26 & 27 Feb. 2013 (Selasa dan Rabu)
9am - 5pm
Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina,
UKM, Bangi

Salam sejahtera dan salam ceria,

Adakah anda sedang melakukan penyelidikan atau mengendalikan projek yang memerlukan pengaturcaraan komputer dan analisa data? Mahukah anda saya terangkan satu rahsia yang dapat menyelesaikan penyelidikan atau projek anda dengan mudah dan cepat?

Mungkin anda tertanya-tanya perisian manakah yang lebih sesuai untuk melakukan tugasan tersebut. Sudah tentu anda boleh menggunakan Bahasa C, C++, Fortran atau Visual Basic tetapi anda mungkin ingin melakukan kerja-kerja pengaturcaraan dengan lebih mudah dan efisien malah lebih cepat. Jawapannya ialah MATLAB.

Mungkin anda tertanya-tanya perisian manakah yang lebih sesuai untuk menganalisis data. Sudah tentu anda boleh menggunakan SPSS, SigmaPlot, Minitab dan sebagainya tetapi anda mungkin ingin menganalisis data dengan kaedah "advanced" dengan keputusan yang lebih tepat dan efisien. Jawapannya ialah Artificial Neural Networks (ANN). Ianya sesuai untuk semua bidang penyelidikan (Sains, Sains Sosial, Kejuruteraan, dll).

Untuk mengetahui penggunaan MATLAB dan ANN dalam pelbagai bidang pengajian, sila lawati blog saya di bawah tajuk: "Dr AK: Penyelidik! Tuan perlukan Artificial Neural Networks" dan jika ingin mendapat gambaran dan penerangan mengenai bengkel yang telah dikendalikan, sila lawati:

http://www.bengkelmatlab.com/

Terima kasih kerana membaca. Semakin anda memikirkannya semakin hampir anda kepada kejayaan.