Rabu, 3 April 2013

IKLAN: Anda Boleh Jadi Jutawan?



Daripada:   Hanida Haron
Tarikh:      Sabtu, April 06, 2013

PER: PRIHATINKAH ANDA? MARI KITA UJI ...

Saya tertanya-tanya adakah masyarakat kita sudah mencapai tahap prihatin yang tinggi seperti masyarakat negara maju. Surat khabar di negara maju contohnya, diletakkan di tepi jalan tanpa perlu diawasi kerana mereka prihatin dan bertanggungjawab untuk membuat bayaran.

Saya juga tertanya-tanya selain kenduri kahwin (tetamu menghulurkan sumbangan), adakah masyarakat kita sanggup menyumbang untuk perkara lain misalannya e-book
.
 

Untuk membuktikan masyarakat kita juga prihatin, saya hidangkan e-book secara terbuka. Anda boleh download dan menyumbang dengan ikhlas mengikut kemampuan.

Untuk menjadi jutawan tidaklah sukar, anda cuma perlu RM1 dari sejuta orang. Untuk mendapat RM1, bukanlah perkara yang rumit. Namun, jika ditakdirkan belum menjadi "jutawan dunia", jangan hampa. Anda insya Allah menjadi "jutawan akhirat" bila ilmu digunakan oleh orang ramai untuk perkara yang baik. Dengan semangat begini, sudikanlah diri anda untuk download dan menyumbang sekurang-kurangnya RM1.

Saya tidak minta tanpa memikirkan pulangan yang baik untuk anda. Usaha untuk menghasilkan e-book ini adalah sukar, menuntut seluruh pengorbanan  termasuklah air mata dan keringat. Hasilnya ingin saya kongsi dengan anda agar kita sama-sama mendapat manfaat.

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya" (Ali-Imran, 92).
 
MELAYU CAPE, AFRIKA SELATAN

"Petanda Dan Sempadan Budaya Masyarakat Melayu Cape, Afrika Selatan" adalah hasil penyelidikan selama 3 tahun di Cape Town. Ia memberi fokus kepada aktiviti sosial masyarakat Melayu Cape seperti perkahwinan, kelahiran, khatan, keagamaan dan kepercayaan.

Penyelidikan ini penting untuk mengetahui sejarah dan persamaan budaya serta bahasa yang wujud antara Melayu Cape dan Melayu Induk di rantau ini
. E-book ini turut diselitkan dengan gambar serta sesuai dibaca oleh pengkaji dan sesiapa sahaja yang berminat termasuk pelancong untuk mengetahui budaya masyarakat Melayu Cape dengan lebih mendalam. (Sebahagian daripada kandungan tesis sarjana setebal 311 mukasurat)

(12 MB)
RM50.00  RM1.00
PERTARUHAN CINTA

“Pertaruhan Cinta” dihasilkan dengan melihat cinta dari pelbagai perspektif. Kecintaan kepada alam semula jadi dan sejarah kehidupan yang dilalui oleh penulis telah memberi ilham segar kepada beliau untuk berkarya. Pengalaman hidup yang diadun dengan pengetahuan yang dimiliki telah menjadi sumber inspirasi bagi mengembangkan setiap bait puisi yang dihasilkan.

Selain itu himpunan puisi yang dihasilkan ini juga adalah untuk menilai keupayaan diri dalam menyumbang bakti kepada masyarakat melalui pena dan tinta
. "Pertaruhan Cinta" merupakan naskah ujikaji pertama beliau untuk menempatkan diri di medan perjuangan seni yang sekian lama ditunggu.

Dengan terhasilnya himpunan puisi ini diharap dapat menjadi salah satu sumber rujukan kepada masyarakat tidak kira peringkat umur dan bangsa
. Koleksi gambar kembara di Cape Town turut disisipkan dalam naskah ini. (ISBN 978-967-10157-0-4 setebal 68 mukasurat)

(3 MB)
RM20.00  RM1.00
KOLEKSI PANTUN SELENDANG SARI

“Koleksi Pantun dari Laman Pantun & Puisi Kak Selendang” diterbitkan untuk menyediakan bahan bacaan kesusasteraan kepada pembaca umum bagi mendalami bidang pantun. Selain itu, ia memberi pendedahan kepada para pelajar ke arah penggunaan facebook yang lebih positif dan bermanfaat.

Melalui laman ini Kak Selendang ingin
mendidik anak remaja agar menghargai warisan budaya bangsa. Pantun yang diketengahkan oleh beliau adalah berkaitan dengan kehidupan dan cabaran masa kini.

Terdapat 21 rakan pemantun
yang bersama-sama membeli pantun pembuka gelanggang daripada beliau. Koleksi gambar aktiviti seni dan penglibatan selendang sari dalam masyarakat menjadikan naskah ini menarik untuk dibaca. (ISBN 978-967-10157-1-1 setebal 75 mukasurat)

(25 MB)
RM20.00  RM1.00
Sumbangan ikhlas ke akaun MayBank: 


162263466396
Hanida Haron
 


Links:

Sumbangan ikhlas dengan kad kredit
(paypal caj USD1)

Terima kasih atas keikhlasan dan keprihatinan anda. Saya amat hargai sumbangan anda. Selamat membaca dan menggali ilmu.

Sekian. Semoga anda dirahmati Allah.

Terima kasih.

"SAYA MEMBERI, ANDA MENYUMBANG"
 

Hanida Haron @ Selendang Sari
013-2654898 (SMS)
hanidaharon@yahoo.com

Lawat facebook Page "Jutawan Rakyat"