Jumaat, 9 Ogos 2013

Dr AK: MATLAB Untuk Penyelidik Bersama NLP

9 Ogos 2013. Hari ke-dua Raya Aidil Fitri bangun dengan semangat untuk mengkhatankan MATLAB dengan pisau NLP. Tanpa berfikir panjang, berbekalkan sedikit konsep dan pengalaman mengendalikan bengkel "MATLAB dan Artificial Neural Networks" serta mengajar selama 20 tahun dalam programming mula menulis buku yang bertajuk "MATLAB Untuk Penyelidik Bersama NLP".

Sengaja menghasilkan "ikon" (gambar) dan post dalam facebook supaya lebih komited untuk menjayakannya kerana minda subconsious tidak boleh bekerja tanpa "ikon". Ianya seperti "tiket"; menghasilkan ikon seperti menempah tiket kapal terbang di dalam minda, bila hari dan masa tiba insyaallah berangkatlah ke tempat yang dituju kerana tiket tersebut memberi fokus yang tinggi dan menjadi magnet yang menarik diri untuk melakukannya. Lebih berkesan jika melayan ikon seperti melayan tiket; print, simpan dalam poket, bawa ke mana-mana, tunjuk dan cerita kepada rakan-rakan.

Langkah seterusnya mengikuti bengkel "Penulis Super" yang dikendalikan oleh pakar dalam bidang penulisan, Tuan Fauzul Naim pada 14-15 Sept. 2013. Siapa hendak ikuti bengkel "Penulis Super", jom!