Rabu, 19 Mac 2014

Meta-Coaching (7): Tiada Kegagalan, Cuma "Feedback"


Teruja melihat semangat peserta ACMC terutamanya senior yang dulunya memegang post tinggi dalam organisasi besar kerana sanggup menempuh ujian benchmarking (BM) sepanjang 8 hari walaupun ada khabar angin mengatakan sebahagian sudah mengemaskan bag untuk balik ke rumah bila BM "gagal" berulangkali. Itu adalah pengalaman yang harus ditempuh untuk menjadi certified MC. Paling kurang, BM sebanyak 8 kali (sekali selepas kursus).

Untuk kes saya, semuanya sepuluh kali iaitu tiga kali selepas kursus. Dengan pengalaman 10 kali coaching/BM, saya boleh rasakan kebaikannya. Dulu, selepas "gagal" beberapa kali, saya tukar "frame" kepada "tiada kegagalan, yang ada cumalah feedback". Jadi tidak perlulah risau, cuma buat yang terbaik.

Ada satu lagi andaian yang saya pegang iaitu "if you're serious, you're stupid." Ya! benar, perkataan "stupid" dari pengasas NLP, Dr. Richard Bandler. Masa pertama kali dengar, saya ingatkan andaian lawak antarabangsa. Bila difikirkan semula, ada betulnya. Jika kita terlalu serius, kita akan jadi "bimbang" dan mungkin "gelabah" yang mana tidak membantu malah memudaratkan. Yang perlu dilakukan ialah meningkatkan "keyakinan" dan menambahkan "kemahiran". Saya tingkatkan kemahiran dengan memilih MC terbaik untuk BM termasuklah MC Trainer Lena Gray dan Colin Cox.

Hari ini saya lihat dari FB sijil asli dari Meta-Coach Federation (MCF, USA) yang dikeluarkan oleh Lena Gray (New Zealand) sudah tiba dan diedarkan kepada meta-coach yang telah lulus ujian benchmarking. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang belum lagi, harap bersabar, teruskan praktis dan mencuba lagi. Saya juga sedang menunggu sijil tersebut diposkan.

Dengan meta-coaching, satu lagi milestone sudah saya jejaki, masih ada banyak di hadapan yang ingin dicapai. Sejak klinik meta dibuka 20 bulan yang lalu (Jumaat: 9-12 tengahari), tumpuan saya ialah kepada pelajar dan staf akademik. Dari masalah yang biasa seperti pelajar kurang kemahiran "how to study in college", masalah "frust" bercinta, masalah "stress" dengan penyelidikan hinggalah masalah komplikated seperti isu berkaitan "identiti" dan "rohani" yang perlukan terapi, alhamdulillah dapat ditangani. Kini fokus saya lebih kepada meta-coaching (terapi NLP jika perlu) kepada penyelidik serta pentadbir. Di luar universiti tumpuannya kepada penyelidik dan pengurus firma kejuruteraan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya Sifu NLP, Tn. Hj. Md Taib Mat dan staf Akademi NLP Malaysia yang menganjurkan ACMC di Malaysia serta kepada Prof. Dr. Mohd Raihan Taha, Prof. Ir. Dr. Riza Atiq dan Prof. Dr. Marzuki yang memungkinkan saya untuk menghadiri kursus tersebut.

Terima kasih kepada rakan kumpulan ACMC terutamanya Datin Bashirah yang mengaturkan sesi benchmarking dengan Pak Utoro dan Pak Kartiko selepas kursus. Mulanya saya sudah set frame "amalkan meta-coaching dulu, beri masa dua tahun untuk lulus semua ujian benchmarking." Itu salah satu sebabnya mengapa saya ambil masa untuk respons ajakan datin. Saya jangkakan dalam masa dua tahun baru saya lulus, tapi lain pula ketentuan Allah. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang menjemput saya untuk bersinergi.

Saya minta maaf, sepatutnya tulisan saya kali ini mengenai kemahiran "Meta-Questioning", sudah pergi jauh melaut bila tengok gambar Tn. Zulfahan dan Tn. Hj. Abdul Latif bersama sijil meta-coach. Tahniah! Bro. You rock. Insyaallah jumpa di posting yang akan datang.

Dr. AK
http://coachingmindsint.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan