Rabu, 4 Jun 2014

"Meta-Coaching untuk siapa?"



 "Meta-Coaching untuk siapa?"

Meta-Coaching untuk semua yang inginkan transformasi diri; merubah keadaan dari kurang kepada cukup, dari cukup kepada lebih dan dari lebih kepada terbaik. Jadi setiap orang perlukan Meta-Coaching samada belum berjaya atau telah berjaya.

Kita selalu dengar "Allah tidak akan merubah keadaan diri (nasib) seseorang melainkan dia yang merubahkannya." Jadi, bila lagi hendak berubah?

"Apa yang Meta-Coaching lakukan?"

Meta-Coaching ialah perbualan istimewa, fokus kepada hasil dan memberikan solusi yang holistik dan sistemik iaitu secara menyeluruh dari akar hingga ke pucuk.

Meta-Coach bukanlah guru untuk memberi cadangan dan nasihat, beliau hanyalah pakar dalam bertanyakan soalan yang tepat. Setiap idea, keputusan dan kejayaan adalah milik penuh pengusaha, pengurus, ketua, pemilik syarikat, pentadbir dan sesiapa saja yang mendapat khidmat Meta-Coaching.

Meta-Coach seumpama pelayan yang mempunyai senarai soalan (checklist) yang komprehensif untuk ditanya, jika setiap soalan dijawab/tangani, penyelesaian ada di depan mata.

Apabila ditanya dengan soalan tertentu, mungkin anda akan berkata, "Aha! Mengapa aku tidak fikir ke arah itu? Soalan yang ditanya membuka jalan, memberi penyelesaian."

Bila mendapat detik "Aha!", pengusaha syarikat yakin dia akan meningkatkan keuntungan berlipat kali ganda, pentadbir percaya dia dapat menghasilkan sistem yang produktif untuk orang bawahannya, ketua akan tersenyum kerana dia sudah ada strategi baru yang akan dilaksanakannya dan jurulatih pula akan mengangguk-anggukkan kepala kerana jalan untuk meningkatkan prestasi dan maju kehadapan sudah jelas dalam mindanya.

Bagaimana kalau anda sendiri mempunyai kemahiran untuk melakukan Meta-Coaching? Perbualan anda dengan orang di bawah, di atas dan di sekeliling anda sudah tentu berbeza kerana anda mempunyai "checklist" yang mampu membuatkan orang lain berkata "Aha! Saya sudah tahu bagaimana caranya."

"Advanced Coaching Essensials" adalah jawapannya. 8-11 Julai 2014. Dorsett Grand Subang.

Anda berminat? anda tahu anda ingin klik link ini:

http://www.coachingmindsint.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan