Isnin, 10 November 2014

Projek Rekabentuk UKM: LADA dan GeoForest, Langkawi

7-9 Nov. 2014. Projek Rekabentuk dengan lawatan ke LADA dan GeoForest, Langkawi. Pelajar didedahkan dengan konsep "sustainability" iaitu menilai pembangunan yang wujud di Langkawi serta kaedah yang digunakan untuk menjadikan pulau ini lestari.

Lawatan kali ini menginggatkan saya kepada zaman mula bekerja di Gang-Nail Australia merekabentuk bumbung kompleks LADA dan Hospital Besar Langkawi. Untungnya jadi jurutera ialah pergi ke mana saja, bila lihat bangunan yang direkabentuk, ada kenangan yang mengamit. Teringat juga Bengkel Fotografi Kebangsaan ke-5 (2009) di Langkawi di mana saya dipilih sebagai pemenang individu terbaik. Apa yang saya belajar dari situ ialah bukannya foto yang jelas, cantik dan vivid tetapi "penceritaan" yang menjadikan foto itu bernilai walaupun ianya kabur. Waktu itu saya guna NIKON D60 saja.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan