Selasa, 25 November 2014

REFLEKSI: Berhati-hatilah Memilih Guru

Kalau hendak belajar, carilah guru yang terbaik dalam aliran yang terbaik. Pada zaman moden yang mendesak, ada pelbagai jenis guru.

BERHATI-HATILAH MEMILIH GURU. Ada guru yang masak dan separuh masak. Pilihlah guru yang betul-betul masak. Jika perlu dikupas kulit, kupaslah untuk memastikan ianya masak. Jika dilihat pada kulit, semuanya sama tetapi isi di dalamnya tidak sama.

BERHATI-HATILAH MEMILIH GURU. Jika tersalah pilih, mungkin sijil tidak laku dan kita rasa sudah menguasai ilmu sedangkan orang tahu kualiti kita bila mengetahui siapa guru dan dari mana sijil kita perolehi.

BERHATI-HATILAH MEMILIH GURU. Jika perlu, semak status sijil dari institusi yang mengeluarkannya. Ada guru bersijil tetapi tiada pengikhtirafan. Ini menjadikan anak muridnya patah sayap bila mahu terbang lebih tinggi.

BERHATI-HATILAH MEMILIH GURU. Elakkan diri terpedaya dengan (1) banyaknya bilangan murid kerana kebanyakan murid mencari yang mudah dan murah, (2) berjelanya sijil kerana lebih banyak sijil untuk kursus dan level yang sama menunjukkan kurangnya keyakinan diri, (3) pujian diri bila bercakap kerana ilmu yang benar merendahkan diri serta (4) banyak cerita soal diri kerana tumpuan adalah murid dan keperluan mereka.

BERHATI-HATILAH MEMILIH GURU, lebih-lebih lagi di zaman guru menggenakan yuran yang tinggi. Carilah guru yang berjiwa murid kerana dia tidak akan mengikat dan mengungkit apalagi merasakan dirinya tinggi sedangkan khidmatnya sudah dibayar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan