Ahad, 12 April 2015

Certified Basic Practitioner of Neuro-Linguistic Programming (NLP) NFNLP (USA) / MFNLP UKM Bangi


PROGRAM TERDEKAT

Casa de Creative Minds
Wisma UNIKEB UKM Bangi
Sijil dari NFNLP (USA) / MFNLP (Malaysia)
[Brosur]

Untuk mendaftar, sila SMS (1) Nama, (2) E-mel dan (3) Nombor Telefon Bimbit ke 018 379 2011

Salam ceria,

Saya pernah melihat, mendengar dan merasai keluhan begini:

"Saya sedar NLP penting bagi diri dan kerjaya saya. Guru dan rakan saya juga mencadangkan NLP jika ingin menyelesaikan pelbagai isu dan mahu lebih maju ke hadapan. Jika mengikuti kursus NLP, saya mahu yang terbaik serta diikhtiraf antarabangsa supaya tiada siapa yang dapat mempertikaikannya. Namun saya punya kekangan iaitu terpaksa mengambil cuti yang panjang serta membiayai yuran yang tinggi."

- Trainer, Fasilitator, Kaunselor, Pensyarah, Guru, Ketua Jabatan, Pengurus, Pegawai Kerajaan & Swasta, Penyelidik, Pelajar Pascasiswazah dan Ibu-Bapa.

Bengkel ini menyelesaikan isu sukar mengambil cuti yang panjang dan biaya yang tinggi. Fokus kursus ini ialah aplikasi dalam bidang Pendidikan, Penyelidikan, Latihan, Perniagaan, Motivasi dan Coaching.

Pengamal Asas NLP perlu 6 hari kursus atau sekurang-kurangnya 36 jam untuk kumpulan kecil bagi mendapat pengikhtirafan dari Malaysian Federation of NLP. Kursus peringkat tinggi selanjutnya ialah Pengamal Master NLP (8 hari) dan Trainer NLP (4 hari). Dengan mengikuti kursus ini, jalan untuk "Mastery" jelas. Ia juga mengelak daripada kursus NLP tidak diikhtiraf dan perlu mengambil semula jika hendak ke peringkat yang lebih tinggi.
 


KENAPA PERLU HADIR KURSUS INI?

Dengan mengikuti kursus 12 hari dalam kumpulan kecil (8 pm - 11 pm) bersijil ini, jika anda seorang:
Kaunselor - dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan pelanggan dan melakukan terapi NLP untuk mencepatkan sesi` bimbingan dan kaunseling
Trainer / Fasilitator – dapat meningkatkan kemahiran anda sebagai Trainer / Fasilitator
Pensyarah / Guru – dapat meningkatkan kemahiran mengajar dan membangunkan anak murid dengan lebih baik
Pegawai Korporat atau Kerajaan – meningkatkan kemahiran mengurus dan bijak menangani isu-isu dengan kakitangan
Ibu atau bapa – dapat kemahiran keibubapaan dalam mendidik anak-anak dan bijak menangani unsur-unsur negatif di kalangan anak-anak
Suami atau Isteri – dapat meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan pasangan masing-masing
Insan – dapat memahami diri sendiri, menguasai emosi dan akan lebih berkemampuan untuk memimpin diri sendiri (self leadership) 


HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir program PERSIJILAN PENGAMAL ASAS NLP ini, anda dapat:

1. menjadikan keadaan diri anda lebih baik dan bertenaga, berkemampuan mengawal emosi dan memilih emosi yang anda ingini
2. membentuk matlamat yang anda inginkan dan melangkah ke arah kejayaan seperti mana yang anda inginkan
3. menjalinkan hubungan dengan orang lain dengan lebih baik walaupun dengan individu-individu yang sukar
4. berkomunikasi dengan hebat, membolehkan anda mendapat hasil yang anda mahu dari komunikasi tersebut serta berkemampuan memberi respons yang bersesuaian
5. membuat keputusan dengan bijak kerana anda tahu apakah situasi sebenarnya melalui kemahiran anda di dalam sistem maklum balas, disamping dapat mengatur langkah masa depan dengan lebih baik
6. mengawal cara pemikiran dengan lebih baik dan produktif serta berprestasi tinggi di dalam kerjaya dan kehidupan
7. mempelajari corak-corak (pattern) untuk kegunaan diri dan membantu orang lain   

 
TEKNIK-TEKNIK NLP

1. “Anchoring” Menyauh sumber-sumber hebat ke dalam diri anda atau orang lain
2. “Ketajaman Deria” Setiap perkataan yang dituturkan, ianya boleh diteliti dan “dibaca” oleh anda, dengan ini meningkatkan daya komunikasi.
3. “Circle of Excellence” Membina sumber sumber terbaik untuk diri anda dan orang lain
4. “Ubah Sejarah Diri” Menukar ingatan buruk dengan respons yang lebih baik
5. “Swish Pattern” Menukar diri anda yang anda tidak suka kepada apa yang anda mahu
6. “Visual Squash” Mengatasi konflik yang menghalang kejayaan anda
7. “Fast Phobia” Mengatasi ingatan yang trauma, mengurang atau menghapuskan phobia, ketakutan dan kerisauan
8. “Timeline” Menggunakan terowong masa untuk kekuatan diri

Maklumat Lanjut:
http://www.bengkelnlp.com

3 ulasan: