Jumaat, 10 April 2015

MATHEMATICAL AND COMPUTER MODELLING IS TOO CLICHE... MIND MODELLING?




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mungkin anda pernah dengar dan lihat tentang "Neuro-Linguistic Programming" atau NLP? Saya ingin kongsi pengalaman mengenai NLP.

Semasa melakukan penyelidikan doktor falsafah dalam bidang Kejuruteraan Geoteknik di UKM, saya menggunakan pelbagai kaedah analisis termasuklah Response Surface Methodology (RSM), Artificial Neural Networks (ANN) dan Adaptive Neuro-Fuzzy Inference System (ANFIS). Selepas tamat pengajian, saya tawarkan kursus "MATLAB dan Intelligent Data Analysis" kepada penyelidik di bawah seliaan saya, kemudiannya kepada warga fakulti, warga universiti dan akhirnya kepada semua penyelidik. Alhamdulillah, ianya berjalan lancar secara berkala dari 2012 sehingga kini.
Semasa melakukan carian dengan google, saya ternampak link kepada NLP, mungkin namanya hampir sama dengan Artificial Neural Networks. Saya berminat dan daftarkan diri untuk kursus Pengamal Asas NLP dengan yuran sebanyak RM4800 (tahun 2010). Dalam kursus tersebut saya bertemu dengan peserta dari UTM seorang kaunselor, dari Shah Alam pengamal rawatan Islam, dari Pahang seorang trainer (motivasi) dan lain-lain yang berbeza bidang. Saya mulanya ingatkan tersalah kursus, bila mengikuti sehingga habis, saya terpikat dengan pengetahuan dan teknik dalam NLP. Ia banyak membantu saya untuk menghasilkan matlamat yang jelas, menangani stress dan fokus kepada kajian sehingga menamatkan kerja penyelidikan lebih awal dari sepatutnya.

Pada masa yang sama saya mendalami NLP dari Pengamal Asas kepada Pengamal Master dan akhirnya Trainer NLP pensijilan dari National Federation of NLP (NFNLP, USA) di bawah naungan Dr. William Horton seorang ahli psikologi. Kemudiannya Pengamal Master Neuro-Semantics (advanced NLP) pensijilan dari International Society of Neuro-Semantics (ISNS, USA) di bawah naungan Dr. Michael Hall juga seorang ahli psikologi.

Penyelidikan terkini saya bertumpu kepada penggunaan NLP dan Neuro-Semantics dalam Pendidikan dan Kejuruteraan terutamanya untuk memodelkan kejayaan atau "Mind Modelling". Memandangkan yuran yang tinggi untuk mendalami NLP di pasaran terutamanya bagi penyelidik dan kekangan waktu kerja bagi pendidik, saya menawarkan kursus pensijilan Pengamal Asas NLP (NFNLP, USA) dengan kadar dan waktu istimewa. Insyaallah kursus tersebut bermula di sebelah malam dari 8 pm hingga 11 pm selama 12 hari (minggu kedua dan keempat). Bagi yang berminat, maklumat lanjut boleh diakses melalui laman sawang berikut:

http://www.bengkelnlp.com
http://www.bengkelmatlab.com

Terima kasih kerana membaca dan hebahkan berita ini kepada yang dirasakan sesuai. "Sharing is Caring."

Ir. Dr. Anuar Kasa
NLP Trainer & Meta-Coach

1 ulasan: