Adakah anda seorang
yang banyak terlibat dalam komunikasi mempengaruhi? Jika anda seorang
pemimpin, pengurus atau penyelia pastinya anda tidak terlepas dari
berkomunikasi untuk meminta seseorang mengikut arahan atau melakukan
sesuatu untuk anda? Jika anda seorang guru, trainer, coach atau
lain-lain pastinya komunikasi mempengaruhi menjadi lebih penting untuk
menentukan pandangan atau saranan anda diterima. Jika anda seorang ibu
bapa pastinya komunikasi mempengaruhi menjadi alat yang begitu penting
dalam menyakinkan anak-anak anda mendengar kata-kata anda.
Dan
bagaimana pula jika anda bukan sahaja seorang pengurus tetapi juga
adalah seorang coach atau trainer untuk organisasi anda, dan lebih dari
itu anda juga merupakan seorang bapa atau ibu kepada anak-anak anda.
Tidakkah komuniksi mempengaruhi menjadi begitu penting dalam ketiga-tiga
peranan anda tadi?
Adakah anda mendapati komunikasi mempengaruhi
sesuatu yang sukar bagi anda? Tidakkah anda mahu komunikasi mempengaruhi
anda menjadi lebih mudah dan berkesan?
Sebenarnya melalui LAB
Profile (Language and Behaviour Profile) komunikasi berkesan dan
mempengaruhi menjadi lebih mudah. Pastinya anda sedia termaklum jika
anda dapat mengetahui bagaimana seseorang itu befikir maka
mempengaruhinya akan menjadi lebih mudah. Jika anda tahu gaya dan arah
pemikirannnya ia akan menyenangkan tugas anda. Contohnya, ada orang
makan ubat kerana mahu mengelak dari sakit. Ini adalah pemikiran
‘Mengelak daripada’. Ada orang pula makan ubat kerana mahu sentiasa
sihat. Ini pula gaya pemikiran ‘Menuju Kepada’.
LAB Profile
menunjukkan cara bagaimana ini dan 13 lagi corak pemikiran utama manusia
dalam usaha untuk memudahkan komunikasi berkesan dan mempengaruhi.
Program LAB Profile selama tiga hari akan diadakan pada 8-10 Oktober 2012
Untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi Suzana (018-3662094) atau Fina (0192719961).
Sekian, terima kasih.
fina
Tiada ulasan:
Catat Ulasan