"Hujan
hujan telah datang lagi, dingin dingin menyiksa diri, bantal dan guling
sebagai saksi..." lagu nyanyian Endang Estaurina, nostalgia zaman
persekolahan. Saya ingin memeluk bantal dan guling seperti Endang Estaurina juga tapi minda selalu terfikir masalah cerun dan
tembok penahan terutamanya di kawasan Bangi. Apabila
terjadinya kegagalan cerun atau tembok penahan, boleh mengakibatkan kemalangan nyawa dan harta benda terutama bila ianya
menyokong bangunan. Ketika musim hujan yang panjang ini, selain
masalah pakaian basah di jemuran, ianya merunsingkan pemilik bangunan di
lereng bukit. Kalau saya, tentu saya akan pastikan parit dan longkang
di kawasan cerun berfungsi dengan baik serta memantau
pengaliran/penyerapan air ke dalam tanah.
"Bila
anda berjumpa dengan seorang doktor, perkara utama yang dilakukan ialah mengetahui
tekanan darah. Doktor akan balut tangan anda kemudian pam, peh! peh!
peh! kemudian lihat bacaan untuk memastikan tekanan darah anda berada
dalam julat yang selamat. Begitu juga dengan jurutera geoteknik,
pastikan kandungan lembapan tanah tidak melampaui had tertentu kerana
kekuatan tanah berkurang dengan bertambahnya kandungan air. Kenaikan paras air disebabkan oleh hujan juga menyebabkan tekanan air liang dalam tanah", terang saya
kepada pelajar tahun dua Kursus Geoteknik 1. Dalam banyak kes,
air adalah punca kegagalan cerun dan tembok penahan. Pastikan anda
membaiki parit/longkang yang pecah dan tersumbat sebelum terlambat.
Tiada ulasan:
Catat Komen