Abah! tengok, cantik Barbie ni.
"Cantik. Dia pakai baju merah macam baju Hessa", kata saya.
Abah! Hessa nak Barbie ni.
"Abah pun. Bestkan kalau ada Barbie ni?", kata saya.
Best. Abah! Hessa nak Barbie ni.
"Abah pun. Barbie ni macam Barbie yang ada di rumah. Baju Barbie di rumah warna pinkkan?", kata saya.
Iya. Abah! Hessa nak Barbie ni.
"Abah pun. Kesian Barbie di rumah tak ada kawan. Hessa lama tak main dengan diakan?" kata saya.
Iya. Abah! Hessa nak Barbie ni.
"Abah pun. Tentu membazirkan kalau beli Barbie ni?", kata saya.
Iya. Barbie di rumah pun adakan?
"Iya. Barbie di rumah lagi cantik, baju warna pink." kata saya.
Dalam hati kata "kes tutup dan selamat duit dalam poket".
* Berkawan lebih mudah untuk pengaruhi dari berlawan.
*********
Hessa nak pergi kedai!
Hessa nak pergi kedai!
Hessa nak pergi kedai!
"Tak sempat dah, hari dah lewat nanti masuk waktu Maghrib" kata saya.
Hessa nak pergi kedai!
Hessa nak pergi kedai!
Hessa nak pergi kedai!
"Esok Hessa nak pakai pamper atau tidak untuk lawatan ke Kuala Lumpur? Cikgu Dayah ada beritahu?" tanya saya.
Tak ada.
"Hessa nak bawa beg yang besar atau kecil? Nak isi apa dalam beg?" tanya saya.
Nak bawa beg kecil, isi dua pamper saja. Eh Abah! tengok kucing atas bumbung tu.
"Besarnya kucing tu..." dalam hati kata "lega! tiada lagi isu pergi kedai" sambil belok kereta ke arah rumah.
* Isu besar mengaburkan isu kecil. Bertanya soalan yang spesifik
membuat kanak-kanak fokus serta break the
pattern.
********
"Abah!
Mengapa matahari terbit di waktu pagi?" tanya Hessa. "Matahari sayang
dekat kita supaya hari cerah; Hessa boleh pergi sekolah (tadika) dan
abah boleh pergi kerja" jawab saya. "Oooo...", Hessa mengangguk tanda
faham.
* Fahami peta minda kanak-kanak dan bercakaplah dengan bahasa mereka.
********
"Hessa
minum dari sini sampai sini, kemudian abah minum dari sini sampai sini.
Pastu Hessa pula minum dari sini ke sini. Kemudian abah pula." kata
saya sambil menunjukkan aras milo ais yang perlu diminum oleh Hessa dan
saya pada gelas.
"Okay! game mula. Abah minum dulu, nanti
Hessa pula", kata saya sambil menyedut milo ais dengan straw sedikit
kemudian beri kepada Hessa. Hessa beriya-iya minum sehingga
habis air milo ke paras yang saya tunjukkan. Lepas itu giliran saya dan
Hessa silih berganti sehingga habis satu gelas milo ais.
Hati
saya berkata "Habis juga milo ais ni, tidaklah membazir." Tadi Hessa
minum seteguk lepas tu sudah tak mahu, ditinggalkan di atas meja.
* Jika menyuruh kanak-kanak, gunakan model dunia mereka i.e., bermain.
*********
"Nak
makan ais krim tunggu sampai rumah." kata saya. Hessa tunjukkan muka tak
puas hati, tak sabar masih mahu buka pembalut ais krim.
"Makan ais krim dalam keta nanti tumpah, pastu semut datang nak makan
ais krim. Lipas pun datang juga sebab nak makan ais krim tumpah. Pastu
katak masuk dalam keta nak makan semut."
Hessa sambung "Pastu ular datang nak makan katak." Saya tambah "Pastu buaya masuk
dalam keta nak makan ular." Hessa buat kesimpulan "Pastu abah tak boleh
pergi kerja sebab keta penuh dengan semut, lipas, katak, ular dan
buaya."
Saya senyum, dalam hati kata "Lega Hessa dah tak ingat nak makan ais krim dalam keta."
* Jangan berlogik, bercerita membuatkan kanak-kanak dalam trance dan selesai masalah.