Isu
racism ini perkara yang delicate, jangan bermain dengan api. Tuan perlu
faham apa erti "Asabiyah" dan "Hak" serta konteks yang betul bila
memperkatakan isu racism. Bila saya jelaskan tuan jangan terkedu.
Dalam konteks Malaysia, Melayu itu ialah orang Islam, kalau murtad dia bukan lagi orang "Melayu" dan Cina itu boleh jadi orang Islam tetapi majoritinya bukan Islam.
Menurut agama Islam, tidak layak bagi orang Melayu untuk melantik orang Cina bukan Islam sebagai pemimpin untuk orang Melayu. Ini tidak bermakna orang Melayu perlu melihat orang Cina bukan Islam dengan kacamata yang jahat. Lihat konteks yang betul. Saya melihat pelajar Cina bukan Islam saya dengan kacamata kasih sayang kerana mereka adalah anak didik saya seperti juga pelajar Melayu. Begitu juga dengan rakan-rakan Cina bukan Islam, saya layan seperti biasa kerana nabi saw bukan sahaja melayan malah memberi makan dengan tangannya sendiri (Yahudi).
Selagi mereka tidak memerangi orang Melayu, layanlah dengan baik. Ingat, Melayu itu Islam tidak kira parti mana dan orang Islam adalah bersaudara. Daripada Anas ra, nabi saw berkata "Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." Okaylah, tuan orang yang bijak pandai tentu boleh absorb apa yang saya katakan.
================

Orang
yang berjaya biasanya orang yang termotivasi, percaya dan yakin dengan
kejayaan yang akan dicapai. Perjalanan dan pengiraan mencapai outcome
sudah jelas, terang dan dekat dalam mindanya. Berusaha
bersungguh-sungguh serta berjalan di atas jejak yang betul adalah
secondary bila hatinya sudah "gila" dengan trofi kejayaan. Adakah anda
seorang yang "gila" atau hanya "hangat-hangat tahi ayam"?
================
Mengapa
masih dalam selimut? Umur sudah menuju senja. Amalan baik hanya
sejemput; pengorbanan untuk keluarga sebesar busut, kebaikan untuk jiran
sukar dibilang, bakti untuk masyarakat sekecil lidi, pemberian untuk
negara usah ditanya. Mengapa masih dalam
selimut? Buat yang terbaik untuk diri cuma; agar ada sedikit bekalan,
semoga melangkah kaki tidak goyang, di titian sirat menghisab nasib.
Berjayakah atau jatuhkah?
* Berusaha untuk keluar dari selimut sebelum diselimutkan.
Aman
damai dan sunyi sepi di seat belakang keta, tiada lagi suara tangis dan
usik-mengusik bila abang dan kakak tiada di sisi. Inner peace or inner
miss?
Di
Simpang Pulai, perut anakanda berbunyi, krut, krut, krut... tanda
lapar. Terima kasih ibu mertuaku, Zainab Mustopa kerana menyediakan
bekal. Mulanya anakanda segan hendak terima kerana tidak nampak pro bawa
bekal tetapi anakanda tahu ia disediakan
dengan kasih sayang... dan dengan kasih sayang juga anakanda makan
pulut durian + ikan kering ini. Hilanglah satu pelanggan McD dan KFC
hari ini kerana kebijaksanaan bonda. Walaupun anakanda yatim piatu
tetapi kaya dengan kasih sayang. Coretan anakanda yang masih dalam
perjalanan ke Bangi.
Teruja dengan al-Ghazali - Sehebat-hebat beliau dalam ilmu agama
akhirnya mengalami krisis kerohanian; meninggalkan kerjaya, membuat
perkiraan bagi keluarga, melupuskan kekayaan dan terima pakai gaya hidup
zuhud di hujung senja hidupnya (gaya nabi saw). Pilihan ialah yang
lebih "BERMAKNA", dunia atau akhirat. Ramai yang menambahkan gula pada
makna "DUNIA" supaya selari dengan makna "AKHIRAT" - dunia kita daki,
akhirat kita kejar. Mungkin aku salah seorang dari mereka?
Hidup
bukan untuk berfikiran positif saja... saya perlu berangan, saya kena
praktikal dan saya mesti mengkritik apa yang saya rancang dan apa yang
saya lakukan. Kadang-kadang saya berfikiran positif, kadang-kadang
negatif... itu baru seimbang.
===============
===============
Keluar rumah terus lihat sawah padi dan bukit bukau, dengar nyanyian burung cak dan burung tukang, tuk tuk tuk, sedut udara segar dan nyaman, bau daun-daun kering yang basah disiram embun, hati rasa tenang dan lapang. Mana tempat lagi yang aku mahu pergi? Inilah kampungku.