Friday, April 10, 2015

Certified Basic Practitioner of NLP (NFNLP/MFNLP) - Night 3




8 April 2015. Malam ke-tiga Certified Basic Practitioner of NLP di Casa de Creative Minds, Wisma UNIKEB UKM Bangi. Setiap malam peserta diperkenalkan dengan key player dalam NLP sekitar 5-10 minit. Malam ini Dr Robert Dilts dengan Neuro-Logical Level. Latihan membentuk matlamat dengan menggunakan kaedah timeline serta latihan memurnikan matlamat dengan melalui neuro-logical levels diadakan secara santai dan terbuka di luar pejabat.

Tarig dari Sudan membina outcomenya iaitu memegang skrol ijazah PhD. Peserta dalam program ini dilimitkan kepada 9 orang maksima dan dijalankan bila ada 4 peserta. Ianya fokus kepada kemahuan peserta, mereka mempunyai cita-cita tertentu dan spesifik bila menghadiri bengkel ini. Sebagai jurulatih saya memenuhi hajat mereka dengan sebaik mungkin terutamanya berkaitan dengan isu penyelidikan dan pendidikan.

Malam ke-tiga:

Tonggak-tonggak NLP
Berfikiran Penyudah
Membina Matlamat
Visualisasi
Peringkat Neuro-Logikal
Garisan Masa (Time Line)
Robert Dilts?
Latihan Membina Matlamat


2 comments: