Saturday, December 29, 2012

Dr AK: LUR atau BLUR

Semasa memandu kereta ke Johor untuk menghadiri PLF (Profesional Learning Fasilitator) saya teringat konsep LUR (Learning, Unlearning dan Relearning) yang sekian lama bermain di minda, menanti masa untuk diutarakan. LUR adalah adaptasi dari teori ubahbentuk plastik bagi kelakuan bahan seperti tanah apabila dikenakan Loading, Unloading dan Reloading. Apabila dikenakan Loading, tegasan semakin bertambah mengikut satu lengkung tertentu, namun bila dilakukan Unloading, tegasan kembali ke sifar dan bila Reloading berlaku, tegasan akan bertambah tetapi tidak mengikut lengkungan asal. Lengkung baru yang lebih mantap, lebih menegak terbina. 

Bila teori ini diaplikasikan dalam konteks P&P, pengetahuan akan bertambah bila berlakunya Learning. Unlearning perlu dilakukan sebelum memulakan Relearning supaya pengetahuan yang diperolehi hasil Relearning lebih mantap dan kental. Dengan kata lain, kita perlu mengosongkan cawan sebelum mengisi semula. Cawan yang penuh sukar untuk diisi.

Perlukah melakukan Relearning? Pada pendapat saya jika tiada LUR, kita boleh jadi BLUR (kabur) iaitu mungkin ada pengetahuan yang disalahfaham oleh fasilitator/peserta semasa proses Learning. Perkara silap faham adalah perkara biasa kerana DDG (Delete, Distort dan Generalize) berlaku di dalam minda apabila maklumat dicerap oleh lima deria (VAKOG). Relearning samada secara belajar sendiri, menduduki semula kursus atau belajar dari fasilitator yang lain adalah penting bagi mereka yang mementingkan keshahihan ilmu untuk beramal serta mengulangkaji, menyemak dan mengukuh pengetahuan sebelumnya di akhir Relearning.

Fasilitator/mentor yang hebat biasanya seorang yang bukan sahaja "educated" tetapi juga "learning continously" iaitu sentiasa menambah pengetahuan dari masa ke semasa. Indikator untuk menilai seseorang mentor/fasilitator itu "learning continously" ialah jumlah kursus yang dihadirinya dalam topik yang sama sepanjang kerjayanya. Kalau dibuat kajian, peta minda saya mengatakan kita akan dapati ramai yang "educated", tetapi kurang yang "learning continously".

Ilmu itu pemberian Allah dan boleh datang melalui sesorang ilmuan terulung di puncak gading atau kanak-kanak bermain di dalam lumpur. Kita yang menentukan samada melakukan LUR atau menjadi BLUR.  

Gambar PLF di Pasir Gudang pada 29hb Disember 2012:
























Wednesday, December 26, 2012

Dr AK: Di sini RM25, di sana RM50 sekilo.

21 Disember 2012. Pulang ke Kedah untuk mengambil anak kesayangan (4 tahun) setelah tiga minggu bersama datuk dan nenek di kampung. "Abah mandi dengan air apa?" tanya anak saya dalam telefon. "Mandi dengan air panas laa.." jawab saya yang tahu hala tuju soalan. "Hessa nak mandi air panas juga..." permintaan yang membuatkan saya berada dalam trance. Itu adalah permintaan secara tidak lansung untuk balik ke Bangi. Di kampung tidak dipasang water heater, airnya sejuk terutama waktu pagi. "kesian! setiap hari mandi air panas, sekarang mandi air sejuk di sana" kata hati saya, yang sudah lama kerinduan dan semakin ingin pulang ke kampung. Tiga minggu terasa lama. 


Dalam perjalanan, singgah di R&R Gurun untuk solat pada lewat malam. Alhamdulillah, surau baru dibina, memang cantik, berkonsepkan terbuka dan santai. Di hujung sudut kiri dan kanan surau kelihatan beberapa orang pemuda sedang tidur kerana keletihan. Di sebalik rasa tidak selesa dengan pemandangan begitu, wujud empati terutama bila teringat pengalaman hidup di luar negara. Masjid adalah tempat biasa untuk melelapkan mata dan membersihkan diri apabila dalam perjalanan. Pernah melakukan perjalanan dari USA (Pittsburgh) ke Kanada (Toronto) dengan menginap di beberapa masjid untuk menjimatkan belanja semasa masih belajar. Pernah juga keluar selama 10 hari dengan jemaah tabligh dan tidur di merata masjid sehingga ke Kentucky.

Bila sudah bekerja, teringat beberapa tahun yang lalu ketika di Ottawa, Kanada untuk membentangkan kertas kerja. Pergi seorang diri, sengaja tidak tempah hotel terlebih dulu (nak adventurous). Jadi dari airport terus ke bandar Ottawa, mencari hotel di sekitar tempat persidangan. Sampai waktu petang, hotel sudah penuh jadi menginap di rumah backpacker. Yang masih tinggal cuma sebuah bilik besar dengan 10 katil dan lockers macam asrama. Untuk beberapa malam saya tidur di dalam bilik yang didiami oleh 10 orang pelawat dari pelbagai negara termasuk seorang penduduk asli Kanada (Red Indian).

Bila difikirkan balik terasa baik juga menginap di situ, rasa seperti sebuah rumah antarabangsa, boleh berbincang mengenai tempat yang hendak dilawati, menggunakan dapur dan duduk bersembang di ruang tamu seperti sebuah keluarga yang besar. Sempat berbual dan mengenali hampir setiap orang yang ada di situ. Boleh bertanya pengalaman dan tujuan mereka datang ke Ottawa. Di dapur ada periuk nasi kerana orang Malaysia pernah menginap di situ. Rasa lebih gembira dari tinggal di bilik hotel sendirian. Paling tidak, ditemani oleh seekor kucing besar milik tuan rumah. 

Bila puas melawat tempat menarik di Ottawa, saya ke Montreal menaiki bas greyhound. Dengan menggunakan cara yang sama, saya cari rumah backpacker sebab mudah untuk mendapat maklumat, ada kemudahan internet, harga yang berpatutan dan teman segera untuk berbual tambahan pula penduduk Montreal berbahasa Perancis, susah hendak berkomunikasi. Kalau hendak makan, tunjuk dengan jari saja.

Untuk bergerak saya gunakan pengangkutan awam, boleh "blend in" dan memahami jiwa masyarakat. Mungkin ini boleh dinamakan "rapport masyarakat dan sekitaran" yang tidak diterangkan dalam kursus NLP. Selepas itu ke Toronto pula. Sepanjang dua minggu di sana, saya dapat ramai kawan termasuk seorang dari Iran yang sama-sama menginap di rumah backpacker di Ottawa. Dia tinggal di bilik persendirian, kenal semasa hendak ke bilik air apabila ternampak seorang lelaki Iran sedang solat berjemaah dengan seorang kulit putih di satu sudut di tepi tangga. Bila saya tanya, rupanya dia sedang mengajar orang putih tersebut cara solat. Respek dengan komitmennya dalam agama tambahan pula orang Denmark itu sebilik dengan saya. Tidak terfikir oleh saya untuk berdakwah pada waktu itu.

Saya berfikir alangkah bagusnya jika pihak PLUS dapat menyediakan satu bilik bersama lockers untuk pengguna yang keletihan. Perkhidmatan tilam (lembek) mungkin disediakan dengan sedikit bayaran. Ia dapat menyelesaikan keperluan asas tahap satu Maslow.
  

Tinggal di kampung dapat memberi banyak P&P kepada kanak-kanak terutamanya pengalaman hidup berjauhan dengan ibu-bapa serta mempelajari perkara baru. Anak saya sempat menjaga dua ekor kucing dan beberapa ekor ketam yang dipungut dari sawah.


Sesuatu yang menarik di kampung ialah sara hidup yang rendah. Kalau ke pasar, harga ikan dan makanan secara kasarnya adalah separuh lebih rendah dari di Bangi. "Abah! Di sini RM25, di sana RM50 sekilo" kata Selendang Sari semasa memilih udang besar. Di sini pagi-pagi mertua saya beli nasi lemak bungkus yang kenyang dimakan sebagai sarapan. Kalau di Bangi harganya sekitar RM3 tapi di sini cuma RM1. Makanan kegemaran kami, laksa cuma RM2 sepinggan dan ABC RM1 semangkuk. Kalau tiga orang makan laksa dan ABC, baru RM9. Sepinggan kepala ikan harganya RM10 di sini (murah), tapi bila ingatkan hidup di Cape Town selama 4 tahun, rasa mahal pula. Bila keluarga angkat di Retreat menyimpan stok ikan Snoek atau kami ke Hout Bay, kepala ikan diberi percuma saja. Lain tempat lain nilai dan berbeza kos sara hidup.

Bukan saja kos sara hidup berbeza, perkataan (bahasa) juga berbeza terutama bagi yang tidak biasa dengan bahasa Utara. "Hat ni ograng pangge tongyu" kata seorang pelangan di sebelah saya sambil menghulurkan botol kicap. Mungkin dia ingat kami orang luar, tak pernah nampak atau mungkin terdengar kami sebut kicap. 






Kalau orang tanya saya "Apa makna tinggal di kampung?". Saya akan jawab "tinggal di kampung adalah sesuatu yang menenangkan jiwa, sesuatu yang merehatkan minda seperti berhenti seketika untuk menarik nafas, mengumpul tenaga dan semangat baru setelah lama melakukan kerja yang rutin. Tinggal di kampung juga sesuatu yang mengimbau kenangan lama, yang tidak dapat dialami semula."

Wednesday, December 19, 2012

Dr AK: Komuter KTM





Sempat tidur tiga jam kemudian bangun untuk menyediakan persembahan bagi proposal penyelidikan kepada sebuah syarikat besar di Kuala Lumpur. Pagi-pagi bergegas ke ofis untuk menghantar satu tugasan yang siap disediakan pada pukul dua pagi. 8 am sudah berada di atas komuter dari UKM ke KL Sentral. 

Tidak ramai penumpang, sempat melihat proposal yang sudah lama disediakan, banyak detil yang sudah lupa terutamanya bahagian sebut harga. Letak dokumen dan mula menghayati kesegaran pagi di atas komuter sambil berfikir, apakah strategi yang hendak digunakan nanti bila berhadapan dengan "orang besar" syarikat tersebut. 

Pengalaman menaiki komuter pergi dan balik amat selesa kerana tidak ramai penumpang, keadaannya juga bersih dan teratur. Sepanjang perjalanan teringat Guangzhou, mungkin komuter ini produk dari China. Layout dalaman adalah serupa.




P/S: Bila orang tanya, satu minggu berapa jam kuliah, saya jawab 6 jam saja. Sebenarnya banyak perkara lain yang perlu (atau sengaja) dibuat untuk menambahkan asam garam kehidupan dalam P&P sehinggakan kadang-kadang tidak cukup tangan untuk menanggani esp. di bulan Disember, kebanyakan mahu cepat untuk tutup akaun/cerita dan tentunya ada yang tidak ekologikal (ada konflik) dari segi masa dan perlukan perancangan yang lebih baik.

Sejak berNLP, saya kurang bergantung kepada power point, lebih fokus kepada audience (kemahuan mereka), menggunakan minda subconscious (pengalaman) serta berbalik kepada perkara asas; dari smart phone ke phone yang boleh call/sms saja. Atau mungkin saya sudah berumur (old), cuba elakkan gadget kecil, nak saiz yang besar-besar terutamanya screen supaya mudah nampak (mata dah rabun) dan tak mahu yang komplikated. Atau mungkin saya sudah menukar banyak "makna" dan kurang melakukan meta-stating (berhenti di primary level) terutama tentang apa yang penting dan apa yang tidak penting dalam kehidupan. I hope I am not alone.   

Monday, December 17, 2012

Dr AK: NLP Made Easy


16 Disember 2012. Sehari bersama Selendang Sari mengikuti bengkel "NLP Made Easy" yang dikendalikan oleh Tn. Mohd Rizal Hassan di Desa Pandan. Tidak sangka akan menikmati makanan kegemaran saya, roti cicah serawa durian semasa break di waktu petang. Tahniah kepada Tn Mohd Rizal kerana mempersembahkan NLP dengan baik sekali dan rakan-rakan baru yang sempat berkenalan di sana. Semoga ilmu NLP terus berkembang di segenap golongan masyarakat di Malaysia terutamanya dalam pendidikan dan penyelidikan.







Saturday, December 15, 2012

Dr AK: Penyelidikan Inovasi Dengan NLP

14 Disember 2012. Bersama dengan pensyarah Kolej Komuniti, Sabak Bernam untuk berkongsi pendapat mengenai penyelidikan inovasi terutamanya cara membina dokumen dengan kaedah NLP. Terima kasih kepada Tn. Yusuf dan Ustazah Azira yang telah memberi kepercayaan serta semua pensyarah yang memberi perhatian dan partisipasi yang baik. Diharap maklumat yang disampaikan terutamanya VAK dan meta program dapat digunakan dalam menghasilkan dokumen penyelidikan inovasi yang efektif dan mempengaruhi.  
 




Tuesday, December 11, 2012

Dr AK: ”I am neither a Malay or Malaysian, but a citizen of the world”


”I am neither a Malay or Malaysian, but a citizen of the world.” 

Kenyataan di atas merupakan manifestasi praktikal dan spiritual "self-transcendence" gaya Socrates.

Biasanya sebagai manusia, kita memperkenalkan diri sendiri dan kemudiannya negara kita. Dalam keadaan "self-transcendence" kita merasakan kita tidak hanya tergolong kepada satu negara atau budaya, kita rasa kita tergolong kep
ada seluruh dunia (a sense of oneness with others).

Bila kita "transcend" iaitu melangkah melebihi had keupayaan, kita tidak bersaing dengan orang lain atau negara lain tetapi dengan diri sendiri. Dalam diri setiap individu ada keinginan untuk pergi lebih jauh dari keupayaan sedia ada samada secara spiritual; melepasi keadaan ego (marah, benci, riak, tamak, dll) atau secara praktikal; melepasi keupayaan fisikal.

Bila menyentuh hal "self-transcendence", kita bercerita satu tahap yang melebihi "self-actualization" (Maslow). Ciri orang yang berada di tahap itu ialah orangnya bersikap spiritual, tidak berpura-pura, merendah diri, gembira, tenang dan rasa berkecukupan serta suka menolong orang lain.

Mungkin ramai yang merasakan diri sudah spiritual, mencapai tahap "self-transcendence", tapi perlulah disemak samada sudah mencapai "self-actualization" dan keperluan asas lain (Hierarki Keperluan Maslow) dulu.

P/S: "Ehh... ini dah masuk spiritual." :)