Cabaran baru. 97 siswa ditempatkan
di makmal yang mempunyai 83 komputer. Nampaknya mungkin setengah pelajar perlu membawa
laptop sendiri. Mungkin saya perlu lebih kreatif, menggunakan kaedah
"flipped classroom".
Dari survei pagi ini mengenai apa yang mereka MA
HU
daripada kursus ini, kebanyakannya memberi jawapan biasa seperti
mendapat gred A dan skor cemerlang. Jawapan yang menarik antaranya
menjadi genius dan banggakan ibu-bapa. Jawapan yang agak ganjil ialah
mahir membaiki komputer dan menjadi pendakwah.Apa-apa pun semuanya jawapan
yang hebat.
Tugas
seterusnya menjadikan apa yang mereka MAHU kepada apa yang mereka PERLU.
Mahu saja tidak cukup. Itu pentingnya kemahiran "Inducing States",
salah satu dari tujuh kemahiran dalam Meta-Coaching. Kemahiran lain
ialah (1) supporting, (2) listening, (3) asking WFO questions, (4)
asking meta questions, (5) receiving feedback, dan (6) giving feedback.