Rabu, 24 Disember 2014
Tahniah Enas!
24 Dec 2014. Tahniah kepada Enas A. O. Belqaseem Altalhe dari Libya
kerana berjaya dalam peperiksaan lisan doktor falsafah dengan tesis
bertajuk "Experimental and Numerical Analysis of Strip Footing on
Reinforced Sand Slopes". Penyelia: Prof Dr Mohd Raihan Taha. Pemeriksa:
Prof Dr Fauziah Ahmad (USM) / Ir Dr Anuar Kasa.
Isnin, 8 Disember 2014
Tahniah Cikpuan Aniza Ibrahim
8 Dec 2014. Tahniah kepada Cikpuan Aniza Ibrahim dari Universiti Pertahanan Malaysia (UPN) kerana lulus peperiksaan lisan (viva voce) Doktor Falsafah setelah berjuang selama 3 jam dengan tajuk "Analisa Kesan Dari Penyusupan Air Hujan Buatan Menggunakan Kolum Tanah Untuk Tanah Tak Tepu". Penyelia: PM Dr M. Mukhlisin/PM Ir Dr Othman Jaafar. Pemeriksa: PM Ir Dr Azman Kassim / Ir Dr Anuar Kasa.
Selasa, 25 November 2014
REFLEKSI: Berhati-hatilah Memilih Guru
Kalau hendak belajar, carilah guru yang terbaik dalam aliran yang terbaik. Pada zaman moden yang mendesak, ada pelbagai jenis guru.
BERHATI-HATILAH MEMILIH GURU. Ada guru yang masak dan separuh masak. Pilihlah guru yang betul-betul masak. Jika perlu dikupas kulit, kupaslah untuk memastikan ianya masak. Jika dilihat pada kulit, semuanya sama tetapi isi di dalamnya tidak sama.
BERHATI-HATILAH MEMILIH GURU. Jika tersalah pilih, mungkin sijil tidak laku dan kita rasa sudah menguasai ilmu sedangkan orang tahu kualiti kita bila mengetahui siapa guru dan dari mana sijil kita perolehi.
BERHATI-HATILAH MEMILIH GURU. Jika perlu, semak status sijil dari institusi yang mengeluarkannya. Ada guru bersijil tetapi tiada pengikhtirafan. Ini menjadikan anak muridnya patah sayap bila mahu terbang lebih tinggi.
BERHATI-HATILAH MEMILIH GURU. Elakkan diri terpedaya dengan (1) banyaknya bilangan murid kerana kebanyakan murid mencari yang mudah dan murah, (2) berjelanya sijil kerana lebih banyak sijil untuk kursus dan level yang sama menunjukkan kurangnya keyakinan diri, (3) pujian diri bila bercakap kerana ilmu yang benar merendahkan diri serta (4) banyak cerita soal diri kerana tumpuan adalah murid dan keperluan mereka.
BERHATI-HATILAH MEMILIH GURU, lebih-lebih lagi di zaman guru menggenakan yuran yang tinggi. Carilah guru yang berjiwa murid kerana dia tidak akan mengikat dan mengungkit apalagi merasakan dirinya tinggi sedangkan khidmatnya sudah dibayar.

Jumaat, 21 November 2014
Bengkel MATLAB & Intelligent Data Analysis Kali ke-13
20 Nov. 2014. Bengkel Matlab & Intelligent Data Analysis
yang ke-13 kali sejak tahun 2012 sedang berlangsung. Terima kasih
kepada semua kerana berkongsi pengetahuan dan melakukan yang terbaik
dalam bengkel ini. Penyertaan kali ini dari UKM dan UiTM. Hari
ini mengenai pengaturcaraan Matlab, esok Artificial Neural Networks,
ANFIS (fuzzy logic) dan Response Surface Methodology (4 model
matematik).
http://www.bengkelmatlab.com
http://www.bengkelmatlab.com
21 Nov. 2014. Alhamdulillah! Selesai bengkel Matlab & Intelligent Data Analysis. Semoga menjadi ilmu yang bermanfaat. Terima kasih semua. Saya hargai penglibatan anda. Bengkel seterusnya pada 22-23 Januari 2015, Insyaallah.
Selasa, 18 November 2014
2 Keping Roti Kosong
17-19 Okt. 2014. Daurah Khususiah di Masjid Besi.
2 Keping Roti Kosong - 1
"Tuan tidak kenal dia. Mengapa tuan belanja dia makan?"
Saya belanja diri saya sebenarnya. Mana tahu dengan bantuan saya yang kecil ini menjadi asbab untuk masuk syurga.
"Takkan dengan belanja makan roti kosong dua keping dan kopi O sudah boleh masuk syurga, mudah sangat."
Bukan nilai luaran yang dilihat. Menderma 1 juta ringgit mungkin rendah nilainya dibandingkan dengan derma 10 ringgit jika niat dan pengorbanan diukur. Derma 1 juta dengan baki 10 juta berbeza dengan derma 10 ringgit dengan baki 1 ringgit.
Memberi minum seekor anjing menjadi asbab untuk seorang wanita jalanan masuk syurga. Tidak mungkinkah dengan 2 keping roti kosong membantu saya masuk syurga?
"errrm..."

2 Keping Roti Kosong - 2
"Nilai 2 keping roti kosong rendah bagi tuan. Saya percaya tuan mempunyai pekerjaan tetap. Apalah nilai 2 keping roti bagi tuan?"
Itu cuma sangkaan kamu. Orang bekerja tetap pun kadang-kadang sesak juga.
Jika sumbangan itu rendah nilainya dalam pertimbangan Allah, mungkin ia
menjadi shafaat jika orang yang saya bantu menjadi penghuni syurga.
Dia berdoa untuk saya, "Ya Allah! Orang itu telah memberi aku makan 2 keping roti di dunia dulu. Masukkanlah dia ke dalam syurga". Hajat ahli syurga diperkenankan Allah. Masih ada kemungkinan lagi, insyaallah.
"errm..."
(degil betul, nak juga syurga dengan derma seciput)
2 Keping Roti Kosong - 3
"Saya pun hendak masuk syurga juga. Saya belanja tuan makan ya!"
Alhamdulillah! Terima kasih. Saya cam muka tuan. Jika ditakdirkan masuk syurga saya doakan untuk tuan. Harap tuan pun begitu juga.
"Insyaallah. Doakan untuk saya."
(Untung tunai di dunia lagi. Belanja hamba Allah 2 keping roti kosong, Allah buka hati orang lain untuk belanja Murtabak Singapura untuk kita pula)
2 Keping Roti Kosong - 4
"Harap belanja saya itu boleh menjadi asbab atau shafaat untuk masuk syurga juga."
Insyaallah! Melabur dalam skim akhirat sentiasa untung. Jika tiada asbab atau shafaat pun, tuan masih boleh senyum lebar dengan janji Allah.
Apabila seseorang itu memberi makan kepada seorang muslim sehingga kenyang, Allah akan menyediakan 7 khandak (parit) antara dirinya dan api neraka. 1 khandak itu bersamaan 500 tahun perjalanan dari api neraka.
"Subhanallah! Jika ini fadhilatnya, menyesal saya tidak mengamalkannya dari dulu."
(Indahnya menjadi seorang muslim)
2 Keping Roti Kosong - 5
"Wah! Dengan belanja seorang muslim makan roti kosong sudah dijauhkan dari api neraka sejauh 3,500 tahun perjalanan, beruntungnya."
Bertambah untung jika berdoa 3X, "Ya Allah! Jauhkan aku dari api neraka" kerana neraka pula akan berdoa, "Ya Allah! Jauhkan orang ini dari masuk ke dalam aku.
2 Keping Roti Kosong - 6
"Ada lagi fadhilat lain?"
Soalan tuan menginggatkan saya kepada seseorang yang memberi makan kepada pelajar yang ditemuinya selepas solat Jumaat. Mereka dijemput ke rumahnya untuk makan tengahari. Semoga Allah melimpahkan rezeki dan menempatkannya di syurga.
Memberi makan kepada penuntut ilmu besar pahalanya terutama pada hari Jumaat.

Semakin beruntung jika berdoa 3X, "Ya Allah! Masukkan aku ke dalam
syurgaMu" kerana syurga juga akan berdoa supaya kita dimasukkan ke
dalamnya.
"Mudahnya! Tetapi tidak ramai yang melakukannya."
Jika tuan ingin belanja orang makan sampai kenyang, saya boleh sediakan perut kosong untuk membantu. Banyak pahala tu!
"Mudahnya! Tetapi tidak ramai yang melakukannya."
Jika tuan ingin belanja orang makan sampai kenyang, saya boleh sediakan perut kosong untuk membantu. Banyak pahala tu!
2 Keping Roti Kosong - 6
"Ada lagi fadhilat lain?"
Soalan tuan menginggatkan saya kepada seseorang yang memberi makan kepada pelajar yang ditemuinya selepas solat Jumaat. Mereka dijemput ke rumahnya untuk makan tengahari. Semoga Allah melimpahkan rezeki dan menempatkannya di syurga.
Memberi makan kepada penuntut ilmu besar pahalanya terutama pada hari Jumaat.
5R - Tanda Ketakwaan
Ringan bangun solat
Rajin solat
Rasa diperhatikan
Risau tidak beradab
Rimas buang masa
Ringan bangun solat
Rajin solat
Rasa diperhatikan
Risau tidak beradab
Rimas buang masa
Khamis, 13 November 2014
Lets Communicate Effectively: Group 3 & 4
13 Nov. 2014. Persembahan oleh Kumpulan 3 & 4 di samping jualan makanan dan minuman ringan untuk kursus KH1244, projek "Lets Communicate Effectively" di FKAB, UKM.
Jamuan Perpisahan PM Dr Muhammad Mukhlisin
13 Nov. 2014. Majlis perpisahan PM Dr Muhammad Mukhlisin diadakan di BM JKAS. Beliau telah berkhidmat dengan UKM selama 7 tahun dan akan kembali ke Indonesia untuk berkhidmat di Universitas Semarang.
Isnin, 10 November 2014
Projek Rekabentuk UKM: LADA dan GeoForest, Langkawi
7-9 Nov. 2014. Projek Rekabentuk dengan lawatan ke LADA dan GeoForest, Langkawi. Pelajar didedahkan dengan konsep "sustainability" iaitu menilai pembangunan yang wujud di Langkawi serta kaedah yang digunakan untuk menjadikan pulau ini lestari.
Lawatan kali ini menginggatkan saya kepada zaman mula bekerja di Gang-Nail Australia merekabentuk bumbung kompleks LADA dan Hospital Besar Langkawi. Untungnya jadi jurutera ialah pergi ke mana saja, bila lihat bangunan yang direkabentuk, ada kenangan yang mengamit. Teringat juga Bengkel Fotografi Kebangsaan ke-5 (2009) di Langkawi di mana saya dipilih sebagai pemenang individu terbaik. Apa yang saya belajar dari situ ialah bukannya foto yang jelas, cantik dan vivid tetapi "penceritaan" yang menjadikan foto itu bernilai walaupun ianya kabur. Waktu itu saya guna NIKON D60 saja.

Selasa, 7 Oktober 2014
PROTON EXORA BOLD CFE 1.6 AUTO
Rasa macam hendak amik kereta ini. Boleh angkut banyak barang disamping menerapkan semangat patriotik dengan membeli kereta buatan Malaysia. Ini cara fikir orang Korea Selatan untuk memajukan negara mereka. Kalau kita tidak agungkan produk negara kita, siapa lagi? Takkan kita expect orang asing untuk sanjung pula (gambar dikutip dari internet).
Ahad, 21 September 2014
3-DAY COURSE ON "SELF-LEADERSHIP", 27-29 OCT 2014 PULLMAN KUALA LUMPUR
"Indeed, man is made upon this earth a Caliph"
We know WHY self-leadership is important.
But do we know HOW
- to control our emotion and thought
- to access our personal genius
- to remove our limiting belief
- to unleash our full potentials
Curious to know 14 techniques in Meta NLP? Join us...
http://www.coachingmindsint.com/
Jumaat, 19 September 2014
Kursus MATLAB sudah penuh
Cabaran baru. 97 siswa ditempatkan di makmal yang mempunyai 83 komputer. Nampaknya mungkin setengah pelajar perlu membawa laptop sendiri. Mungkin saya perlu lebih kreatif, menggunakan kaedah "flipped classroom".
Dari survei pagi ini mengenai apa yang mereka MAHU daripada kursus ini, kebanyakannya memberi jawapan biasa seperti mendapat gred A dan skor cemerlang. Jawapan yang menarik antaranya menjadi genius dan banggakan ibu-bapa. Jawapan yang agak ganjil ialah mahir membaiki komputer dan menjadi pendakwah.Apa-apa pun semuanya jawapan yang hebat.
Tugas
seterusnya menjadikan apa yang mereka MAHU kepada apa yang mereka PERLU.
Mahu saja tidak cukup. Itu pentingnya kemahiran "Inducing States",
salah satu dari tujuh kemahiran dalam Meta-Coaching. Kemahiran lain
ialah (1) supporting, (2) listening, (3) asking WFO questions, (4)
asking meta questions, (5) receiving feedback, dan (6) giving feedback.
Sabtu, 28 Jun 2014
Pembentangan Projek Rekabentuk Kejuruteraan
22 Jun 2014. Pembentangan Projek Rekabentuk Kejuruteraan, 9am - 1pm. Tahniah semuanya. Tinggal selangkah untuk menjadi jurutera.
Langgan:
Catatan (Atom)