Selasa, 23 April 2013

Dr AK: Tips Bagaimana Mahu Menang Pilihanraya?

5 Mei 2013 adalah tarikh keramat bagi BN dan PR kerana hari tersebutlah diumumkan pihak mana yang akan menawan putrajaya. Persoalan yang bermain di minda setiap calon sekarang adalah bagaimana mahu menang undi. Apakah strategi yang perlu dilakukan untuk mencapai cita-cita tersebut.

Mari tuan, abang, kakak dan adik-adik yang terlibat dengan kempen samada tahap macai atau tahap calon memikirkan sejenak. :) Mahukah anda mengetahui satu kisah bagaimana Barack Obama memenangi pilihanraya di Amerika sedangkan dia berkulit hitam yang minoriti? Semuanya mungkin dengan NLP (Neuro-Linguistic Programming). Setiap calon perlu mengetahui teknik-teknik NLP atau setidak-tidaknya mempunyai think tank dari golongan NLPers sebagaimana yang dilakukan oleh ahli-ahli politik hebat dunia. Baca artikel di bawah untuk maklumat lanjut. Selamat berNLP. 

Ir. Dr. Anuar Kasa
P/S: Kajian terhadap ucapan beliau yang menggunakan teknik hipnosis (pdf), sesuai untuk penelitian NLPer di masa pilihanraya ini: http://www.pennypresslv.com

How President Barack Obama Used NLP To Captivate The Masses

President Barack Obama: The Oratory Phenom

Some of the classic NLP patterns and techniques which Obama successfully used to take USA by storm and won elections:

• Conversational hypnosis
• Non-logical speech patterns
• Trance inductions
• Hypnotic techniques
• Anchoring
• Pacing and Leading
• Embedded Commands

The tactics he uses are impossible for the untrained eye and brain to detect. Barack Obama had used non-logical speech patterns during his presidential speeches, which bypass the logical brain [NLP 101]; textbook trance induction patters, all of which work on a subconscious level (without you knowing).

We all can agree, whether Liberal (as I am) or Conservative, that Obama wasn’t supposed to win re-election. Most pundits on both sides of the political spectra, leaned towards a Romney victory, mainly because of a poor economy.

Romney should’ve won! And most of us agreed [as much as I'm anti-Romney]!
However, they’d underestimated President Obama’s persuasive and charming abilities (via NLP which he’d studied as a Harvard-schooled lawyer).

In his re-election bid, Obama’s slogan and mantra was “4 more years, 4 more years”!!!
Just as in 2008, he had the “Yes we can, yes we can” and the “Hope and change” mantras, which were popular as hell!!!

I heard them so often that even in my sleep, I was unconsciously humming “hope and change, hope and change” [as cheesy as it sounds]!

That shit drove me crazy!

In NLP, this technique/pattern is called “Embedded Commands”.
Governor Romney never had a slogan, a mantra, a theme nor a catch phase [anchors].

Mitt Romney
Mitt Romney

Had he, Mitt Romney, been an NLP practitioner and applied it successfully, he would’ve beaten Obama by a landslide!Had John McCain used NLP [persuasion tactics], Barack Obama would’ve never won the presidency in the first place.

But McCain obviously knew nothing of NLP tactics, coupled with the fact that he lacked charisma, charms, wits, etc [all of which are assets to physical leads]. People who are great at Neuro-Linguistic Programming: Bill Clinton as another example, are charming, seductive and witty.

Neither John McCain nor Mitt Romney possessed any of those qualities needed to persuade people to fervently and passionately vote for them or support their causes. Clinton was dubbed the 1st. black President largely by way of the NLP tactics which he’d used!

President Bill Clington
President Bill Clington

He made a fat-white guy (himself) appear cool and “down”, which made us love him!!
Just as then Senator Obama was able to convince whites that it was OK to vote for a black man, whom they would’ve never contemplated voting for just a year prior.

He made it appear “cool and hip” (for white youths) to have a black president; especially in this age of pop-culture where white kids are the biggest fans and supporters of Hip-Hop and sports clubs in the NBA and NFL.

Hypothetically, let’s say that it was another black guy who was running for president instead of Obama: Al Sharpton, Jesse Jackson, Martin Luther King (had he been alive). They would NOT have won nor stood a chance of winning!
They would’ve been deemed too old to appeal to the Hip-Hop and Social-media generation (of white kids) who were instrumental in putting Obama in La Casa Blanca. Just as McCain and Romney were unable to appeal to them [too old and too out of touch]. So Barack capitalized off the young vote by appealing to their senses, which comes back to NLP once again.

This isn’t trickery by the way.

Dr AK: Bengkel Camtasia 8.0


23 April 2013. Bengkel Pembangunan e-Kandungan Menggunakan Camtasia Studio diadakan di Makmal Siber@PTSL, UKM. Seramai 15 peserta mengikuti bengkel yang dikendalikan oleh Prof. Dr. Mohamed Amin Embi. Selepas bengkel, peserta diberikan satu lesen Camtasia Studio yang berharga USD299. Hoorey! Jimat duit geran penyelidikan.


Jumaat, 19 April 2013

Dr AK: Anak Oh Anak!

Bila berjauhan, rindu


Bila bersama, ceria


Bila keseorangan, teringat-ingat





Selasa, 16 April 2013

Dr AK: Ke GONTOR Apa Yang Kau Cari? (9)



13 April 2013. Hujung minggu terpaksa bergegas ke RSUI Kustati, Solo untuk melakukan pembedahan tangan kiri anak lelaki yang patah. "Anak bapak kecelakaan ya?" tanya seorang pencuci di hospital tersebut. "Iya" jawab saya ringkas. "Bukan kecelakaan, terpeleset" jawab anak saya. Setelah dua jam melakukan pembedahan untuk memasukkan besi, dia ditempatkan di sebuah kamar untuk istirehat.

Kehadiran kami di Kustati diiringi oleh perawat dan dua orang ustaz Gontor yang ditugaskan untuk menjaga rayon (asrama) dan konsulat luar negeri. Mereka amat mengambil berat tentang keselamatan dan penjagaan anak-anak Gontor. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang prihatin dan sama-sama menjaga/merawat anak saya. Sedikit rakaman video impromptu anak lelaki saya setelah sedar dari pengaruh bius mengenai pengajian di Gontor mengikut peta mindanya di tahun satu.

Ke GONTOR, Apa Yang Kau Cari... (10).




 










Dr AK: Ke GONTOR, Apa Yang Kau Cari? (8)

Bacaan Quran

Oh Pondokku

Mac 2013 yang lalu genaplah setahun anak perempuan saya di Gontor untuk mendalami ilmu agama dan pengajian umum. Nampaknya dia sudah biasa dengan sistem Gontor dan melakukan yang terbaik di sana. Teruskan usaha kuat, doa kuat dan bersabar kuat sehingga berjaya.






Ahad, 14 April 2013

Dr AK: Ke GONTOR, Apa Yang Kau Cari? (7)

Asal Usul Azan

Alhamdulillah, setahun di PMD Gontor sudah boleh membaca Arabic walaupun masih struggling. Kalau dulu suka dengan lagu-lagu orang putih, kini lebih berminat dengan nasyid. Walaupun hidup di pondok, sense of humor masih dikekalkan. Semoga berjaya di dunia dan akhirat. Sentiasa merindui gelak ketawa dan mengharapkan doa dari anak-anak di Gontor. Inilah lagu-lagu Arab dan Inggeris secara impromptu yang sempat dirakam dan buat koleksi. Kalau di rumah, lagu diiringi dengan mainan piano untuk menghiburkan saya apabila pulang dari kerja.

Lagu-lagu Arab





Lagu-Lagu Inggeris


Khamis, 11 April 2013

Dr AK: Grafologi


10 April 2013. Bersama Pak Irfai, guru hipnoterapi dan Pak Avivy, guru grafologi di Kota Bandung. Tiga kotak buku yang harus dipelajari untuk memantapkan diri dalam ilmu ini. Bila melihat buku-buku yang bertimbun dan bermodul ini, teringat pengajian diploma "Microcomputer and Microprocessor" yang saya jalani di Pittsburgh secara jarak jauh semasa mengikuti pengajian sarjanamuda Kejuruteraan Awam dulu. Saya mengambil masa dua tahun sebelum diberi sijil oleh National Radio Institute, Washington. Pengetahuan grafologi penting untuk mengetahui personaliti dan karakter seseorang melalui tulisan tangan.




Dr AK: AirAsia oh AirAsia


10 April 2013. Menghadapi masalah dengan servis AirAsia, isunya ialah saya tidak dibenarkan check-in bagasi kerana sudah tutup. OK lah mungkin saya sudah lewat. Bila saya bawa bagasi untuk cuba masuk melalui pintu perlepasan, saya disekat oleh pengawal AirAsia di situ. Saya katakan tidak boleh check-in dari kaunter, dia kata “masih boleh, belum 45 minit lagi”. Saya kata “saya dah cuba tapi tidak boleh”. Dia kata “ada banyak masa lagi, mesti boleh, pergi ke kaunter hujung sekali”. Saya pun berkejar ke sana membawa bagasi, manatau kalau-kalau boleh sebab kaunter yang berbeza. Bila sampai di kaunter tersebut, setelah aplikasi pelbagai ilmu termasuk NLP dan segala mak nenek ilmu lagi hasilnya masih tidak boleh. Maksudnya tidak boleh tu memang tidak bolehlah.

Saya tengok satu keluarga di situ menghadapi masalah yang sama, sangkut di kaunter tersebut untuk merayu. Hendak merayu macamana, pegawai yang menjaga kaunter itu kata dialah supervisor dan dialah manager di situ. Di satu kaunter lain terdengar "terlebih 3 kilo, 1 kilo RM50, kalau tak bayar takkan saya nak bayar". Dalam hati berkata "masih banyak yang perlu AirAsia perbaiki terutama urusan di kaunter, menanggani masalah pelanggan dengan berhemah serta komunikasi berkesan antara staf AirAsia supaya arahan tidak bertentangan, yang menjadi mangsa ialah pelanggan."

Ingatkan urusan kaunter sahaja, rupanya di atas pesawat juga sama. "Kita terpaksa mendarat di airport Jakarta kerana cuaca buruk dan alat komunikasi di airport Bandung rosak" begitulah kata-kata kapten yang saya faham. Urusan saya di Bandung tertunda beberapa jam kerana masalah itu. Namun di sebalik kejadian yang berlaku, ada perkara yang mengubat jiwa, teringat peramugari AirAsia yang menyuruh saya relax, memberi isyarat dari jauh supaya jalan perlahan-lahan seolah-olah faham melihat saya termengah-mengah kerana berjalan laju untuk mengejar flight yang jauhnya saya rasa lebih dari 1 km dari pintu perlepasan.




Isnin, 8 April 2013

Dr AK: MATLAB dan Artificial Neural Networks, UKM April 8-9


8 April 2013. Gembira hari ini kerana bengkel Matlab dan ANN dihadiri oleh warga UKM dari pelbagai bidang, dapat berkongsi ilmu dalam Bahasa Melayu. Biasanya ada saja pelajar postgraduate dari luar negeri yang mewajibkan bengkel ini dikendalikan dalam Bahasa Inggeris. Hari ini juga saya sempat menghabiskan kandungan kursus walaupun tamat lewat 30 minit dari biasa. Saya pasti semuanya dapat menghayati Matlab programming yang disampaikan dengan mudah, ringkas serta santai. Terima kasih kerana berminat dengan bengkel ini. Saya hargai partisipasi anda semua. 



9 April 2013. Perkongsian ilmu mengenai ANN, ANFIS dan RSM selesai jam 5 pm seperti yang dirancang. Biasanya bengkel diakhiri dengan kek, kali ini dengan ais krim Connetto pula. Saya percaya dan yakin semua yang ada mampu melakukan analisa data penyelidikan menggunakan ketiga-tiga kaedah tersebut setelah diterangkan langkah demi langkah berserta dengan contoh data penyelidikan sebenar.

Fokus bengkel ini bertumpu kepada penggunaan ANN, ANFIS dan RSM dalam menghasilkan tesis dan kertas kerja untuk persidangan/jurnal. Ia disampaikan dengan bahasa mudah (non-teknikal) supaya semua peserta tidak kira apa bidang pengajian dapat memahami 100% bahan yang disampaikan. Antara matlamat bengkel ini ialah memasyarakatkan tiga kaedah ini. Di harapkan hasil perkongsian ilmu ini dapat digunakan dalam penyelidikan dan kepada penyelidik yang mengikuti program Master/PhD semoga berjaya dalam pengajian anda. Saya hargai partisipasi anda semua.


Khamis, 4 April 2013

IKLAN: Komunikasi Berimpak Tinggi, 9-11 April Shah Alam


Salam 1 NLP,

Adakah anda tahu bagaimana membuat pendengar anda terjual dengan komunikasi anda?

Tarikh: 09hb-11hb April 2013 (3 Hari)
Tempat: Akademi NLP Malaysia Training Centre Shah Alam
Yuran Program:
i) Harga Asal : RM 1,780.00
ii)Tawaran istimewa: RM 1,280.00 (terbuka kepada semua)
iii)Bagi peserta yang telah mengambil Program Certified Basic NLP Practitioner selama 6 hari dengan Akademi NLP Malaysia boleh mengikuti program ini dengan yuran sebanyak RM 890.00 sahaja.

Antara kandungan program;

1)Mereka bentuk dan menyusun hasil atau 'outcome' sesi latihan berimpak tinggi
2)Pembinaan hubungan atau rapport yang mantap dengan prospek atau pelanggan,Teknik mengakses minda separa sedar supaya saranan dan arahan mudah diterima
3)Mewujudkan keadaan pembelajaran yang dinamik dan selesa,Menggunakaan metafora dan kiasan dalam komunikasi
4)Kefahaman 'Presupposition' dan Sistem Representasi Diri
5)Mengendali tahap aliran tenaga yang tinggi dan Soalan-soalan yang membina dan meningkatkan kefahaman dalam teknik memecah masuk ke dalam emosi pelanggan.

Sila maklumkan kepada kami kehadiran tuan/puan, dan tawaran istimewa boleh hubungi di talian 03-5513 4588/5513 4461 atau emailkan kepada fina@akademinlp.com

Sekian dan Terima Kasih

cservice@akademinlp.com
04-Apr-2013 4:08:14 PM

Rabu, 3 April 2013

IKLAN: Website Semurah RM50 Atau RM150 Setahun

Setengah orang sanggup belanja hingga ribuan ringgit untuk website jualan, setengah orang pula berkira-kira. Sebenarnya kos website jualan tidaklah besar kerana untuk menyewa webhosting dan domain bukanlah mahal. Selainnya adalah kos untuk merekabentuk web jualan. Anda boleh lakukan sendiri dengan menggunakan Microsoft Word untuk memudahkan kerja designer. Ada dua pilihan yang ditawarkan:

OPTION 1:  RM50

Anda tidak perlu mahir html dan tahu selok belok internet untuk mempunyai website jualan sendiri. Cukup jika anda tahu menggunakan Microsoft Word untuk merekabentuk website jualan anda (sampel). Untuk menjimatkan kos, anda boleh guna domain www.jutawanrakyat.com.
  •     Sewa domain RM50/tahun
  •     www.jutawanrakyat.com/NamaBisnesAnda
  •     Upload pertama percuma
  •     Kemaskini semurah RM20/upload
Sebagai contoh, website jualan saya ialah www.jutawanrakyat.com/hanida. Anda berpeluang mencipta kandungan website anda sendiri menggunakan Microsoft Word, kemudian emel kepada saya.

OPTION 2:  RM150

Jika mahu menggunakan domain .com/.net./.org contohnya www.NamaBisnesAnda.com, sewa domain cuma RM150/tahun termasuk upload pertama. Anda cuma perlu emelkan bahan untuk diupload. Anda tidak perlu fikir tentang hosting kerana disediakan. Kemaskini website seterusnya ialah RM20/upload.

Tawaran ini adalah sementara sahaja bagi memenuhi quota bilangan domain dalam akaun webhosting saya. Siapa cepat, dia dapat. Terima kasih kerana sudi membaca. Insya Allah kita akan menjadi rakan niaga yang berjaya.

Hanida Haron @ Selendang Sari
013-2654898 (SMS)
hanidaharon@yahoo.com

IKLAN: Anda Boleh Jadi Jutawan?



Daripada:   Hanida Haron
Tarikh:      Sabtu, April 06, 2013

PER: PRIHATINKAH ANDA? MARI KITA UJI ...

Saya tertanya-tanya adakah masyarakat kita sudah mencapai tahap prihatin yang tinggi seperti masyarakat negara maju. Surat khabar di negara maju contohnya, diletakkan di tepi jalan tanpa perlu diawasi kerana mereka prihatin dan bertanggungjawab untuk membuat bayaran.

Saya juga tertanya-tanya selain kenduri kahwin (tetamu menghulurkan sumbangan), adakah masyarakat kita sanggup menyumbang untuk perkara lain misalannya e-book
.
 

Untuk membuktikan masyarakat kita juga prihatin, saya hidangkan e-book secara terbuka. Anda boleh download dan menyumbang dengan ikhlas mengikut kemampuan.

Untuk menjadi jutawan tidaklah sukar, anda cuma perlu RM1 dari sejuta orang. Untuk mendapat RM1, bukanlah perkara yang rumit. Namun, jika ditakdirkan belum menjadi "jutawan dunia", jangan hampa. Anda insya Allah menjadi "jutawan akhirat" bila ilmu digunakan oleh orang ramai untuk perkara yang baik. Dengan semangat begini, sudikanlah diri anda untuk download dan menyumbang sekurang-kurangnya RM1.

Saya tidak minta tanpa memikirkan pulangan yang baik untuk anda. Usaha untuk menghasilkan e-book ini adalah sukar, menuntut seluruh pengorbanan  termasuklah air mata dan keringat. Hasilnya ingin saya kongsi dengan anda agar kita sama-sama mendapat manfaat.

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya" (Ali-Imran, 92).
 
MELAYU CAPE, AFRIKA SELATAN

"Petanda Dan Sempadan Budaya Masyarakat Melayu Cape, Afrika Selatan" adalah hasil penyelidikan selama 3 tahun di Cape Town. Ia memberi fokus kepada aktiviti sosial masyarakat Melayu Cape seperti perkahwinan, kelahiran, khatan, keagamaan dan kepercayaan.

Penyelidikan ini penting untuk mengetahui sejarah dan persamaan budaya serta bahasa yang wujud antara Melayu Cape dan Melayu Induk di rantau ini
. E-book ini turut diselitkan dengan gambar serta sesuai dibaca oleh pengkaji dan sesiapa sahaja yang berminat termasuk pelancong untuk mengetahui budaya masyarakat Melayu Cape dengan lebih mendalam. (Sebahagian daripada kandungan tesis sarjana setebal 311 mukasurat)

(12 MB)
RM50.00  RM1.00
PERTARUHAN CINTA

“Pertaruhan Cinta” dihasilkan dengan melihat cinta dari pelbagai perspektif. Kecintaan kepada alam semula jadi dan sejarah kehidupan yang dilalui oleh penulis telah memberi ilham segar kepada beliau untuk berkarya. Pengalaman hidup yang diadun dengan pengetahuan yang dimiliki telah menjadi sumber inspirasi bagi mengembangkan setiap bait puisi yang dihasilkan.

Selain itu himpunan puisi yang dihasilkan ini juga adalah untuk menilai keupayaan diri dalam menyumbang bakti kepada masyarakat melalui pena dan tinta
. "Pertaruhan Cinta" merupakan naskah ujikaji pertama beliau untuk menempatkan diri di medan perjuangan seni yang sekian lama ditunggu.

Dengan terhasilnya himpunan puisi ini diharap dapat menjadi salah satu sumber rujukan kepada masyarakat tidak kira peringkat umur dan bangsa
. Koleksi gambar kembara di Cape Town turut disisipkan dalam naskah ini. (ISBN 978-967-10157-0-4 setebal 68 mukasurat)

(3 MB)
RM20.00  RM1.00
KOLEKSI PANTUN SELENDANG SARI

“Koleksi Pantun dari Laman Pantun & Puisi Kak Selendang” diterbitkan untuk menyediakan bahan bacaan kesusasteraan kepada pembaca umum bagi mendalami bidang pantun. Selain itu, ia memberi pendedahan kepada para pelajar ke arah penggunaan facebook yang lebih positif dan bermanfaat.

Melalui laman ini Kak Selendang ingin
mendidik anak remaja agar menghargai warisan budaya bangsa. Pantun yang diketengahkan oleh beliau adalah berkaitan dengan kehidupan dan cabaran masa kini.

Terdapat 21 rakan pemantun
yang bersama-sama membeli pantun pembuka gelanggang daripada beliau. Koleksi gambar aktiviti seni dan penglibatan selendang sari dalam masyarakat menjadikan naskah ini menarik untuk dibaca. (ISBN 978-967-10157-1-1 setebal 75 mukasurat)

(25 MB)
RM20.00  RM1.00
Sumbangan ikhlas ke akaun MayBank: 


162263466396
Hanida Haron
 


Links:

Sumbangan ikhlas dengan kad kredit
(paypal caj USD1)

Terima kasih atas keikhlasan dan keprihatinan anda. Saya amat hargai sumbangan anda. Selamat membaca dan menggali ilmu.

Sekian. Semoga anda dirahmati Allah.

Terima kasih.

"SAYA MEMBERI, ANDA MENYUMBANG"
 

Hanida Haron @ Selendang Sari
013-2654898 (SMS)
hanidaharon@yahoo.com

Lawat facebook Page "Jutawan Rakyat"