Friday, January 10, 2014

Biodata

PENULIS BLOG
DR. ANUAR KASA

Lt. Kol. Bersekutu (PA) Ir. Dr. Anuar Kasa merupakan seorang trainer 
Neuro-Linguistic Programming (NLP) bagi pensijilan antarabangsa. Beliau juga pengerusi the Malaysian Board of NLP Professionals (MBNLP) dan co-founder Akademi Grafologi Malaysia (AGM). Selain itu, beliau berkhidmat sebagai meta-coach untuk menyerlahkan potensi sebenar individu  dan organisasi.

Beliau mengendalikan kursus "Certified Basic/Master NLP Practitioner" dan "Certified NLP Coach" kepada umum serta "Matlab and Artificial Intelligence" kepada warga universiti. Beliau juga seorang jurutera profesional dalam bidang kejuruteraan awam serta profesional dan inspector dalam kawalan hakisan dan sedimen.

Penyelidikan beliau bertumpu kepada kejuruteraan geoteknik, berkaitan dengan tembok penahan, finite element modelling, artificial intelligence dan aplikasi geosintetik serta teknologi minda (Meta-State Engineering) yang melibatkan NLP, Neuro-Semantics, grafologi, pemikiran kritis dan tasauf. 

iranuar@yahoo.com
HP: 018-379 2011  

PENDIDIKAN & LATIHAN

BSc (Civil Engineering), Pittsburgh, USA
MSc (Geotechnical Engineering), UM
PhD (Geotechnical Engineering), UKM

P. Eng (Board of Engineers Malaysia)
CPESC (Cert. Professional in Erosion and Sediment Control, USA)
MY-CISEC (Cert. Inspector in Sediment and Erosion Control, USA)

Cert. NLP Trainer (NFNLP, USA)
Cert. Neuro-Semantics Master Practitioner (ISNS, USA)

Cert. Associate Meta-Coach (ISNS, USA)
Cert. NLP Coach (NFNLP, USA) 

Cert. Critical Thinking Trainer (MM, NZ) 

Cert. Neuro-Linguistic Hypnotherapist (NFNLP, USA)
Cert. Trainer (HRDF)

Instructor of Hypnotherapy (IBH)
Language and Behaviour Profile Practitioner (SS, Canada)

Professional Learning Facilitator

Nota:

Meta-State Engineering melibatkan minda. Ia bersumber daripada 
(1) Neuro-Linguistic Programming (NLP) 
(2) Neuro-Semantics (NS) 
(3) Hipnoterapi 
(4) Grafologi
(5) Tasauf 
(6) Pemikiran Kritis 
dan dikembangkan melalui latihan, terapi serta coaching secara professional.



 
NLP ialah komunikasi berkesan hasil permodelan individu cemerlang seperti Milton Erickson, Fritz Perls dan Virginia Satir. Ianya alat untuk mencapai kejayaan dan dianggap teknologi termaju untuk mengubah nilai & kepercayaan bagi transformasi diri dan organisasi. NLP digunakan dalam pelbagai bidang kerjaya terutamanya perubatan, perniagaan, pendidikan, kaunseling, motivasi dan latihan. Pengamal NLP yang dikenali ramai termasuklah Barrack Obama, Oprah Winfrey dan Anthony Robins. Rajah menunjukkan perjalanan untuk menjadi jurulatih NLP dan Meta-Coach.


Terdapat lebih kurang 40 Meta-Coach (ACMC) yang menggunakan pengetahuan NLP dan Neuro-Semantics di Malaysia. Meta-Coach melihat kepada struktur dan proses bukannya kandungan (content) untuk mencapai apa yang dikehendaki oleh klien. Tugasnya seperti perancah (scaffolding), memastikan bangunan dibina peringkat demi peringkat mengikut bentuk dan arah yang betul. Oleh itu, Meta-Coach boleh membantu sesiapa sahaja untuk mengubah dari prestasi sekarang kepada prestasi yang dikehendaki tidak mengira bidang, peringkat dan pangkat. Meta-Coach menggunakan bahasa bersih (clean language) iaitu bebas dari cadangan, bacaan minda, parafrasa dan arahan. Andaian NLP yang digunakan ialah setiap orang mempunyai sumber yang mencukupi untuk berjaya. Meta-Coach mencungkil sumber tersebut dengan bertanyakan soalan yang tepat iaitu soalan meta dan soalan kualiti (well-formed outcome) untuk menghasilkan KPI (key performance indicator). Outcome meta-coaching ialah penyelesaian yang holistik kerana mengambilkira psikologi kognitif, developmental dan self-actualization serta psikologi "meaning".

Untuk menjadi seorang Meta-Coach, seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan NLP dan Neuro-Semantics. Cara terpantas ialah dengan mengikuti kursus "Advanced Coaching Essensial (4 hari), "Self-Leadership" (3 hari) dan "ACMC Coaching Mastery" (8 hari) yang diikhtiraf oleh International Society of Neuro-Semantics (ISNS, USA). Untuk pensijilan, ujian penanda aras (benchmarking) perlu dilakukan sekurang-kurang 8 kali sebelum berjaya. Salinan sijil sebagai rujukan pihak yang berkenaan boleh diakses dengan klik pada imej.





No comments:

Post a Comment