Tuesday, February 26, 2013

Dr AK: Bengkel MATLAB dan ANN, Bangi


26 Feb. 2013. Gembira hari ini berkongsi pengetahuan mengenai MATLAB dengan penyelidik dari UKM, UiTM dan USM yang merupakan pakar dalam bidang masing-masing; Kejuruteraan, Ekonomi, Matematik, Sains dan Teknologi. Kebanyakan adalah penyelidik yang sedang bekerja keras/smart ke arah ijazah sarjana dan doktor falsafah. Biasanya saya hadkan maksima sepuluh peserta sahaja tetapi kali ini 25.

Terima kasih kepada semua terutama penyelidik UKM yang memberi respons segera walaupun saya memberi notis/iklan yang lewat. Saya cuma minta mengisi empat kekosongan tetapi yang diterima 19. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada penyelidik yang bersungguh-sungguh, datang dari jauh untuk bersama dalam bengkel ini. Saya respek dengan semangat anda. Untuk yang tidak dapat bersama kali ini kerana tempat penuh, insya Allah bengkel diadakan pada 8 - 9 April 2013.  






27 Feb. 2013. Hari kedua diisi dengan perkongsian ilmu mengenai Artificial Neural Networks (ANN), Adaptive Neuro-Fuzzy Inference System (ANFIS) dan Response Surface Methodology (RSM) menggunakan platform MATLAB dengan analisa data sebenar di lapangan. Data yang diperolehi dianalisa langkah demi langkah sehinggalah dapat menghasilkan nilai error (R) untuk perbandingan kejituan bagi setiap kaedah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan tamat dalam masa yang dirancang. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Saya hargai partisipasi, kerjasama dan persahabatan yang wujud hasil dari bengkel ini. Semoga berjaya dalam penyelidikan yang sedang dilaksanakan. Amiin.






Maklumat lanjut boleh diakses melalui:
Penggunaan MATLAB dan ANN dalam Penyelidikan:
http://bengkelnlp.blogspot.com/2012/09/dr-ak-statistics-artificial-neural.html

Saturday, February 23, 2013

Dr AK: Jom Hasilkan Kanvas Model Bisnes


23 Feb. 2013. Bengkel Pengurusan Hala Tuju Bisnes diadakan di Bangi. Sepanjang hari ini Selendang Sari, Hessa dan saya mengikuti kursus yang dikendalikan oleh Coach DinDeraman, PLF fasilitator. Secara umumnya dua perkara utama yang disentuh iaitu BIG (Business Idea Generation) dan BMG (Business Model Generation). Kalau orang tanya saya apa yang saya belajar dalam kursus ini, saya jawab saya belajar menghasilkan Kanvas Model Bisnes yang praktikal dan efisien serta mengenalpasti kompentensi diri secara subconscious hasil analisis soal selidik yang dijalankan.

Terima kasih kepada Coach DinDeraman yang menyumbangkan ilmu/kemahiran dan salam pengenalan kepada semua peserta. Saya doakan sukses dalam bisnes masing-masing. Sehari bertablet disamping mengikuti bengkel menyebabkan Hessa keletihan dan tertidur di atas sofa apabila tiba di rumah. 















Friday, February 22, 2013

Dr AK: Are You A Dreamer?


22 Feb. 2013. "Hessa cepat mandi, kita dah lewat ni", kata saya sambil membawa anak perempuan (5 tahun) yang masih khayal baru dikejutkan ke bilik air. Ketika memandikannya, saya lihat badannya mengeras, kepalanya menunduk dan air matanya mengalir tanpa suara. Mungkin saya meninggikan suara, seolah-olah memaksa. Untuk mendapat kembali moodnya, saya perlu bertanya dan bercerita dengan melebih-lebihkan VAK terutamanya bahagian Auditori dan Kinestetik. Mudah saja untuk mengembalikan mood anak, yang agak sukar mengendalikan mood "emak anak". :) Pagi hari ini agak sibuk kerana Selendang Sari ada urusan, membawa pelajarnya ke Serdang, jadi sayalah yang dipertanggung jawabkan untuk mengurus Hessa. Alhamdulillah, semuanya settled.

Jam 8 am pula dijemput oleh penyelaras kursus Corner Stone, Ir. Dr. Othman Jaafar untuk bertemu dengan pelajar Tahun 1 Kejuruteraan Awam yang bakal dibimbing dan dinilai hasil projek selama satu semester. Mereka belum pernah didedahkan dengan kursus kejuruteraan tetapi perlu menghasilkan cadangan untuk menyelesaikan masalah kejuruteraan mengikut pengetahuan yang sedia ada. Ianya adalah sesuatu yang praktikal untuk mencungkil kreativiti yang ada dalam diri mereka sebelum didedahkan dengan ilmu kejuruteraan.

Dalam ucapan saya yang ringkas, saya mencadangkan mereka menggunakan strategi Disney untuk menyelesaikan masalah iaitu menggunakan tiga keadaan minda, (i) dreamer, (ii) realist dan (iii) critic. Saya percaya dan yakin untuk menjadi seorang jurutera yang berjaya, seseorang itu perlu menjadi seorang dreamer, realist dan kemudiannya critic. Anda mungkin seorang yang realist dan critic, tetapi adakah anda seorang dreamer?- soalan khas untuk seorang yang bergelar jurutera.





Tuesday, February 19, 2013

Dr AK: Menulis Blog, Apa Yang Kau Mahu?

18 Feb 2013. Hari ini adalah hari pertama kuliah bagi semester baru. Teruja melihat wajah ceria pelajar "Kej. Geoteknik 1". Semuanya bersedia untuk gembira dengan sepuas hati dalam kursus ini. Hari ini juga genaplah enam bulan menulis blog "Meta-State Engineering". Mungkin sekarang masa yang sesuai untuk menoleh ke belakang dan menilai semula. Soalan utama yang perlu dijawab sendiri secara Ad (audio digital) ialah; Menulis Blog, Apa Yang Kau Mahu?

Jawapan: Ada banyak sebab, alasan apa yang kau mahu? :)

OKlah, aku tak mahu menambahkan kusut, aku menulis kerana

(i) aku mahu meninggalkan jejak kepada anak-anakku yang jauh di perantauan, kepada isteri dan keluargaku, kepada sahabat-sahabatku dan kepada masyarakat di sekelilingku - kalau baik contohi, kalau buruk perbaiki - aku bukanlah seorang yang sempurna dalam segala segi dan aku bukanlah seorang yang cukup disiplin untuk menulis diari.


(ii) aku mahu menyampaikan info terkini aktiviti "meta-states" kepada semua yang berminat dan kepada yang mahu melangkah kehadapan termasuklah bengkel yang aku kendalikan iaitu "MATLAB dan ANN" serta "NLP Untuk Penyelidik". Dengan kata lain, ianya adalah satu strategi pemasaran juga.


(iii) aku mahu menulis, mungkin ada pengajaran berguna untuk mereka yang mahu membuat refleksi diri. Kebanyakan posting adalah apa yang aku rasa, apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar. Ada juga cerita dongeng. Aku jarang memberi nasihat secara sedar (conscious) seperti "anda perlu buat begitu, anda perlu buat begini", aku lebih suka bercerita, bermetafora supaya impaknya adalah di bawah sedar (subconscious). Ia dapat mengurangkan bilangan jiwa yang resah kerana dinasihati, dituding jari ke batang hidung. Kalau menuding jari ke batang hidung aku sendiri atau ke batang hidung Serigala dalam cerita dongeng semua boleh terima dengan senang hati.

http://serigalavenus.files.wordpress.com/2011/05/serigala2.jpg

(iv)  aku mahu mempamerkan gambar-gambar digital yang memenuhi kad memori sebagai kenangan. Mahukah kamu aku ceritakan hobi yang selama ini aku dipendamkan? Ya! tepat jangkaan kamu. Aku suka fotografi dan boleh dianggap berjaya. Tengok gambar ini, aku menang tempat pertama dowh. :)

Tempat pertama Bengkel Fotografi Kebangsaan Ke-5, 2009
(v) bolehkah aku kata "aku menulis bukan kerna nama, kerna sifat kasih pada sesama insan dan menyatakan kasih sayangku. Kita sama semuanya sama, apa yang ada hanyalah kehidupan" seperti lirik lagu pujaan ramai?

http://puteraduyong.com/blog/wp-content/uploads/2011/09/sahabat.jpg

Sunday, February 17, 2013

Dr AK: Burung dan Rezeki


17 Feb 2013. "Ooi burung! tak dak ikan situ, buat penat saja jadi tunggul", kata saya pada seekor burung yang sedang mematikan pergerakan badan sejak dari mula saya sampai ke Tasik Cempaka, Bangi hinggalah saya mahu balik. Sudah lebih 30 min dan 2 km saya berjalan dengan Selendang Sari dan Hessa mengelilinggi tasik. Hari ini mulai insaf yang diri sudah lama tidak bersenam tambahan pula memikirkan ekologi. Banyak outcome yang ingin dicapai tapi semua itu bergantung kepada kesihatan yang selalu dilupakan dalam setiap perancangan. 

Ketika melihat burung itu, saya bermeta-stating entah sampai ke berapa tingkat abstraksi. Burung itu yakin dengan strateginya iaitu mematikan pergerakan, tunggu ikan datang dan memagutnya dengan pantas, selebihnya terserah kepada Allah untuk menyempurnakan rezeki untuknya pada hari itu. Saya pasti ada rezeki dan ia tidak akan pulang dengan perut kosong.

Saya tertanya-tanya, mungkinkah ia menggunakan teknik visualization dan doa. Saya juga tertanya-tanya apakah saya mampu bersabar seperti burung itu yang redha dengan ketentuan Allah bila masa berlalu begitu lama. Saya juga tertanya-tanya adakah saya akan berputus harap dan memulakan strategi baru bila masa berlalu lama dan merasakan rezeki tidak sampai. Hidup ini seolah-olah satu permainan yang perlukan kita menunggu, menunggu dan menunggu. Namun, yang pasti dalam mencapai matlamat, strategi dan usaha di samping doa adalah perlu. Berusaha, berdoa dan bersabarlah dengan bersungguh-sungguh, rezeki itu lambat-laun akan diperolehi.

Rezeki untuk saya dan Selendang Sari pagi ini ialah Mc Chicken with Egg dan rezeki Hessa pula Pan Cake walaupun ada yang "pau" rezekinya sedikit hasil rapport menggunakan teknik NLP.






Wednesday, February 13, 2013

Dr AK: Concept in Generative Trance

Mr. Albert Einstein, you said "problems cannot be solved by the same level of thinking that created them". You need to be at a higher level of thinking called "creative level" where ego is not present to solve them. 

Let's move to the higher level and solve world problems created after you came up with that funny, tiny, puny equation.

Dr AK: Emotion = Meta x (Conscious)^2


E = mc^2
Emotion = Meta x (Conscious)^2
Emotion = Subconscious
 

I imagined I rode on my emotion while seeing and listening to the subconscious mind. How did you come up with your E=mc^2, Mr. Albert Einstein?

Tuesday, February 12, 2013

Dr AK: Modeling 2013

12 Feb 2013. Mata saya belum lagi mengantuk walaupun jam menunjukkan 4:30 am. Anda mungkin tertanya-tanya apa yang saya lakukan sehingga tidak tidur. Sesetengah orang boleh tidur nyenyak walaupun bom meletup di belakang rumah tetapi mata saya enggan tertutup apabila idea baru masuk ke dalam minda kecualilah saya hentikan meta-stating. Idea-idea itu sudah saya ringkaskan menjadi ikon supaya minda faham dan diletakkan dalam vision board di atas supaya minda fokus dan teringgat-ingat.

Kalau ada NLPer yang berminat untuk bekerjasama mengembeling tenaga menghasilkan penerbitan (buku atau kertas kerja), boleh hubungi saya. Untuk modeling pengamalan kerja geoteknik, saya sudah tahu siapa yang akan saya temui dan bekerjasama.

Monday, February 11, 2013

Dr AK: Legasi dan Lagenda


10 Feb 2013. Bersama dengan PLF family untuk Learning Showcase 4.0 di Taman Sri Gombak. Saya sempat mengikuti persembahan oleh PLF Din Deraman,  PLF Hafiszi Othman dan PLF AsnaDila Amris. Teruja dengan persembahan yang hebat, banyak yang saya belajar dalam masa yang singkat seperti cara membuat business roadmap, mencari syurga dan melakukan beyond marketing. Terima kasih kepada presenter kerana berkongsi pengetahuan. Terima kasih juga kepada Tuan Mohd Rizal dan anggota PLF yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

Ketika duduk di kerusi sambil terpegun melihat persembahan demi persembahan, perkataan "legasi" membuatkan saya bermeta-stating agak lama. Banyak frame berligar-ligar dalam wayang minda terutama apabila mengaitkan "legacy" dan "legend", dua perkataan yang mempunyai hubung-kait yang rapat. Pastinya movie "I'm Legend" yang dilakonkan oleh Will Smith bermain di wayang minda silih berganti dengan gambaran-gambaran lain. 

Saya juga terbayang guru mengaji Quran di kampung semasa zaman kanak-kanak. Tunjuk ajar dan perhatiannya tidak dapat saya lupakan sehingga ke hari ini. Dialah salah satu 'legend" bagi saya kerana untuk mengajar dari Alif, Ba, Ta hingga dapat membaca Quran perlukan kesabaran dan keikhlasan dalam masa yang panjang. Sentuhan kasih sayang lah yang membuatkan hati teringat dan mengagumi walaupun wajah nampak garang. Kadang-kadang saya juga tertanya-tanya samada saya dapat menyentuh hati pelajar-pelajar saya dan adakah mereka ingat pada saya apabila masa telah berlalu begitu lama dan saya sudah pun "Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un".