Friday, November 9, 2012

Dr AK: Life Figure Drawing


10 - 11 Nov. 2012. Bengkel "Life Figure Drawing" dikendalikan oleh Amron Omar di Balai Seni Visual Negara. Sudah lebih 20 tahun meninggalkan seni lukis sejak bidang kejuruteraan merobek minda, hati dan perasaan. Sehingga kini, kebanyakannya menggunakan otak kiri, dan mungkin banyak saraf yang sudah putus. Di masa hadapan insyaallah banyak aktiviti yang melibatkan otak kanan pula seperti menulis dan melukis.






My NLP buddy, Ilon Annuar, cantik lukisannya


Kata En Rafie, pelukis sepenuh masa, stroke lukisan saya menunjukkan saya seorang yang tenang.

dan lukisannya pula hasil dari jiwa yang berkecamuk, katanya


Ini pula untuk potret, ramai pelajar art & design datang praktis sini


Adik-adik kecil pun ada yang join, pendedahan yang baik untuk anak-anak

Inilah hasil lukisan En Rafie yang cantik pada pandangan saya. Banyak yang saya belajar dari beliau terutamanya membaca sikap dan jiwa pelukis menerusi lukisan


NLP: EMOTIONAL Intelligence


"Ramai orang yang memperkatakannya. Dari EQ kemudiannya terbina berbagai-bagai yang lain seperti ESQ. Agak menarik sebenarnya tidak ramai yang tahu EQ bermula dari NLP. Leslie Cameron Bandler dan Michael Lebeau pembangun awal NLP memperkatakannya dalam buku mereka "the Emotional Hostage". 10 tahun kemudian barulah Daniel Coleman menamakan perkara tersebut dalam bukunya "The Emotional Intelligence". Jika anda tahu NLP anda tahu apa itu EQ, bukan sebaliknya. NLP dapat memperjelaskan EQ atau ESQ dengan jelas dan mudah." - Hj Md Taib Mat

Wednesday, November 7, 2012

Dr AK: Generative Trance


7 Nov. 2012. Rabu. Kursus Generative Trance diadakan di Shah Alam. Teruja dengan kaedah yang dipelopori oleh Dr. Stephen Gilligan dan Dr. Robert Dilts, keduanya anak angkat Milton Erickson untuk mencari penyelesaian dalam masalah (solution's within the problem itself). Untuk menyelesaikan masalah, kita perlu berada di aras yang lebih tinggi dari tahap conscious yang di panggil "creative level" dan untuk berada di tahap itu, kita perlulah memusatkan diri (centering) dan menghilangkan "neuro-muscular lock" yang terdapat pada diri.

Sebahagian dari cara untuk mengatasi masalah atau mencapai matlamat ialah dengan menghasilkan "energy ball" yang mana tiada dalam kaedah NLP (Dr Richard Bandler) yang menekankan submodaliti dan predikat atau kaedah NS (Dr Michael Hall) yang memberi tumpuan kepada meta-stating. Ia juga berbeza dengan kaedah terapi tradisional (hinopsis) dan kaedah Milton Erickson kerana menggunakan kedua-dua minda; sedar (conscious) dan di bawah sedar (subconscious). 
 .
"Saya berpendapat (peta saya) Generative Trance melalui "centering" adalah cara mudah dan cepat untuk orang biasa menyelesaikan masalah atau mencapai matlamat mengikut style atau standard para aulia dan wali tanpa perlu bersuluk. Ini kerana penyelesaian dibuat pada aras lebih tinggi dari sifat ego iaitu sakit hati, marah, takut, benci, tamak, dll yang mana cuba dihilangkan oleh pengamal tarekat. Saya gembira dan amat menghargai ilmu yang disampaikan oleh Tn Hj. Md Taib Mat. Terima kasih." - Dr AK  










NLP: Piano Merah Mahoni

Bertahun-tahun yang lalu ketika aku masih berusia dua puluhan, aku bekerja sebagai seorang jurujual untuk syarikat piano St. Louis. Kami menjual piano ke seluruh pelusuk negara dengan cara mengiklankan di akhbar-akhbar tempatan. Jika kami mendapat banyak tempahan, kami akan menghantar piano dengan lori.

Setiap kali kami memasang iklan di kawasan ladang kapas di Missouri tenggara, kami akan menerima surat dari seorang wanita tua yang menulis, "Tolong kirimkan sebuah piano baru untuk cucu perempuanku. Warnanya harus merah mahoni. Aku sanggup membayar sepuluh dollar setiap bulan dari hasil jualan telur. "


Tentu saja kami tidak dapat menjual sebuah piano baru dengan nilai sepuluh dollar setiap bulan. Tidak ada bank yang mahu menangani bayaran ansuran sekecil itu, jadi kami abaikan saja surat itu.

Pada suatu hari aku kebetulan berada di kawasan itu untuk memenuhi permintaan beberapa pembeli, dan kerana ingintahu, aku putuskan untuk melawat wanita tua penulis surat itu. Aku sudah membayangkan apa yang akan aku temui. Wanita tua itu tinggal di sebuah pondok kecil sebagaimana lazimnya petani yang berkongsi hasil di tengah ladang kapas.


Pondoknya berlantai tanah dan banyak ayam berkeliaran di dalam pondok itu. Tentu saja dia tidak memiliki kereta, telefon, atau pekerjaan tetap. Dia tidak mempunyai apa-apa kecuali atap di atas kepalanya. Atapnya pun tidak begitu baik kerana aku dapat melihat langit biru dari dalam pondok. Cucu perempuannya kira-kira berusia sepuluh tahun, berkaki ayam dan memakai baju dari bekas karung gandum.


Aku menerangkan kepada wanita tua ini bahawa syarikat kami tidak dapat menjual piano dengan nilai sepuluh dolar sebulan dan aku mohon kepadanya untuk tidak menghantar surat. Aku meninggalkan pondok mereka dengan hati yang hancur.


Keteranganku tidak ada gunanya kerana dia tetap saja menulis surat. Surat dengan permintaan yang sama datang setiap enam minggu. Permintaannya pun sama, sebuah permohonan untuk sebuah piano merah mahoni disertai janji dan sumpah bahawa dia tidak akan membayar lewat. Memang amat menyedihkan.


Beberapa tahun kemudian aku akhirnya mempunyai syarikat piano sendiri dan ketika aku memasang iklan di daerah itu, surat dengan isi yang sama mulai datang. Berbulan-bulan lamanya aku abaikan. Apa yang dapat aku lakukan?


Tetapi pada suatu hari ketika aku berada di kawasan itu, ada sesuatu yang menggerakkan hatiku. Aku membawa sebuah piano merah mahoni di atas lori. Meskipun tahu bahawa aku akan membuat keputusan perniagaan yang keliru, aku menghantar piano tersebut ke pondok wanita tua itu. Aku sendiri yang menanda-tangani kontrak bernilai sepuluh dolar sebulan tanpa bunga dan itu bererti lima puluh dua kali bayaran.


Aku menurunkan piano dan memasukkannya ke dalam pondok dan memilih tempat yang kelihatannya tidak berlaku kebocoran. Aku mengingatkan nenek serta cucunya agar tidak membiarkan ayam bermain dekat piano. Ketika keluar, aku merasa yakin telah membuang sebuah piano baru.


Tetapi memang bayaran datang tepat pada waktunya, lima puluh dua bulan, tepat seperti yang dijanjikan. Kadang-kadang dia membayar dengan wang syiling yang ditampal pada sebuah kertas di dalam sampul surat. Menakjubkan. Aku telah melupakan hal itu selama dua puluh tahun.


Pada suatu hari aku berada di Memphis dalam rangka perniagaan dan sesudah makan malam di sebuah hotel mewah, aku duduk di sofa sambil minum. Di kejauhan aku mendengar alunan suara piano yang amat indah. Aku mencari-cari dan terlihat seorang wanita muda yang cantik sedang bermain di sebuah grand piano. Kerana aku juga seorang pemain piano, aku dapat mengenali permainan seseorang yang mahir. Aku pindah mendekati si pemain piano agar boleh mendengar dan melihat. Dia tersenyum kepadaku dan bertanya apakah lagu yang aku ingin dia mainkan?


Ketika berehat dia menghampiriku dan duduk semeja denganku.


"Adakah anda lelaki yang menjual piano kepada nenekku bertahun-tahun yang lalu?"


Aku tidak menyedari kata-katanya, jadi aku memintanya menerangkan apa yang dia maksudkan. Dia mula bercerita dan aku tiba-tiba ingat. Oh! Dia adalah gadis yang berkaki ayam dan memakai baju dari bekas karung guni itu.


Dia mengatakan bahawa namanya Elise dan kerana dulu neneknya tidak mampu membayar seorang guru piano, dia belajar bermain piano dengan cara mendengar radio. Dia juga mengatakan bahawa mula-mula dia bermain di tempat amal dengan berjalan kaki sejauh tiga kilometer. Kemudian bermain di sekolah dan memenangi banyak pertandingan piano, dan kemudiannya menerima biasiswa. Dia juga bercerita bahawa dia sudah berkahwin dengan seorang peguam yang telah membelikannya sebuah grand piano yang sangat indah.


Kemudian aku bertanya,"Elise, apa warna piano itu?""Merah mahoni," jawabnya.


Apakah dia tahu pentingnya warna merah mahoni itu? Keberanian dan ketekunan dari neneknya untuk mengharapkan sebuah piano berwarna merah mahoni ketika tidak ada orang yang mahu menjual piano kepadanya. Juga kejayaan yang bukan main dari gadis kecil yang berkaki ayam dan hanya memakai baju dari bekas karung gandum.


Mungkin Elise tidak tahu semuanya ini, namun aku amat tahu. Ini semua hanya terjadi kerana kasih seorang nenek terhadap cucunya.


Sumber: Internet

Tuesday, November 6, 2012

NLP: Confusing the Map for the Territory


by Jim Walker

... The originator of general semantics, Alfred Korzybski came up with the phrase, "A map is not the territory" meaning that a map can describe a territory in some similar structure that allows us to traverse the land, which gives us a useful tool, but that our perception of the map can never equal the territory, but only our version of it, our map. 

All symbolism acts in this manner. All information comes to us as second hand. Everything we perceive from the outside world comes delayed, even if by only a few milliseconds, and processed by our brains into linguistic symbols. We may live in the present, but our thoughts reflect the past. We only have maps to refer to and nothing else. So the determination of what terrains our maps reflect to can present difficulties since any information, even if imagined or dreamt, can seem just as real to us as those that come from the outside world.

For example, you can create a mental symbol to represent a cat. If your cat walks into view, you can think about it with your internal language. (If you don't have a cat, then get one. Everyone should live with a cat, and will make the following easier to understand.) This internal representation of your cat also allows you to remember and think about it even when your cat has walked away. Marvelously, the storage system of your brain allows the idea of the cat to outlive the cat itself. With the unfortunate eventual death of your cat, you will still have the capacity to remember for the simple reason that your brain continues to hold the symbols of your cat in the matrix of your neurons. In this sense, the cat appears to exist, but only as a set of symbols.

But in another capacity, our brains can also attach emotions to the symbols themselves. Remembering your cat at different times in your past can evoke different emotions depending on how you felt the first time you remembered them. So not only do your cat symbols exist, but an emotional trigger follows them as well even after the death of your pet. These cat thoughts and feelings seem identical to the thoughts you had of your cat while it lived. In this sense, it feels as if your cat still exists. And if you mistake the symbols for the thing, you can develop an error of believing in essences, spooks and all sorts of afterlifes...

Sunday, November 4, 2012

Winter Sonata



4 Nov. 2012. Selepas delegate dari Korea datang ke Malaysia untuk konferen ITC2012 dan berangkat pulang, entah bagaimana teringat "Winter Sonata" pula, mungkin pernah bergambar di pulau Nami, tempat pengambaran drama tersebut. Sempat melihat beberapa episod untuk mencari jawapan mengapa drama tersebut "berhantu" sehingga ada peminat yang sanggup ke sana hanya untuk menangis seperti melawat makam tuan Syeikh Yusuf di Cape Town.

http://www.dramacrazy.net/korean-drama/winter-sonata-episode-1/

Apa yang saya temui ialah penggunaan metafora yang menyentuh jiwa seperti Polaris, bahasa hipnotik, anchoring seperti lagu, musik dan flashback yang diulang-ulang dan VAK yang berkesan. Walau bagaimanapun drama Korea sesuai ditonton kerana mereka bersopan-santun, tahu mengambil hati dan mengambil berat terutamanya kepada sahabat yang dilanda musibah. Melihat, mendengar dan cuba merasai kesakitan sahabat dapat mencairkan jiwa Yu Jin, Joon Sang, Shang Yhuk dan sesiapa saja yang berjiwa penyayang. Kepada sahabat yang sedang sakit diharap sentiasa bersabar, makan ubat, rehatkan wayang minda, state dan fisiologi. Semoga cepat sembuh dan dimudahkan segala urusan.

Ada satu bahagian yang menarik iaitu kaedah "delete" memori, adakah itu paten fobia? Namun masih menjadi tanda tanya saya ialah mengapa Joon Sang yang buta memakai kaca mata di episod akhir?



 





 

Saturday, November 3, 2012

Dr AK: NLP Sedap Dimakan

3 Nov. 2012. Sabtu. 9-11 am. Berkesempatan untuk memberi ceramah mengenai "Meta-State Engineering" kepada mahasiswa FKAB, UKM dalam Program "Pemantapan Kendiri & Hari Interaksi 2012". Konsep "kendiri" boleh ditakrifkan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif.

Tahniah kepada pengerusi dan AJK program kerana berjaya menjalankan program dengan jayanya. Program yang disertai oleh sekitar 80 peserta ini jarangkali diadakan di fakulti dan perlu dilakukan di masa hadapan dengan lebih kerap lagi supaya hubungan antara pelajar junior dan senior lebih mesra disamping menimba ilmu.

Disebelah malam pula menuai ikan keli yang dibela sebagai hobi di dalam kolah buat kali yang terakhir. Ramai pengemar NLP (Nasi Lele Penyet) di Bangi dan sekitar Kajang sekarang. Banyak restoran yang menyediakan menu ini.


Friday, November 2, 2012

Dr AK: Bengkel Spectral Analysis of Surface Wave (SASW)






1 -  2 Nov. 2012. Kursus SASW dijalankan di FKAB, UKM. Seramai 25 peserta menghadiri bengkel ini. Ianya dikendalikan oleh Prof. Dr Sung-Ho Joh (Chung Ang University, Korea), Prof. Madya Dr Sri Atmaja (Universitas Muhammadiyah, Indonesia) dan Khairul Anuar Mohd Nayan (UKM). Bengkel ini sesuai untuk penyelidik dalam bidang pavement and geotechnical engineering.  

Wednesday, October 31, 2012

Dr AK: International Technical Conference 2012



30 Okt. 2012 - 1 Nov. 2012. ITC 2012 berlansung di Vistana Hotel, Kuala Lumpur. Terdapat sebanyak 120 peserta yang datang dari negara Malaysia, Indonesia, Korea, Iran dan lain-lain. Sesi pembentangan kertas kerja berlansung selama dua hari dalam bidang kejuruteraan. Pada hari ketiga, peserta dibawa melawat ke Putra Jaya, Masjid Besi dan KLIA2. Kemudiannya ke Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM untuk perbincangan antara organizer iaitu UKM dan CAU (Chung Ang University, Korea). Sebelum ke airport, peserta sempat melawat ke Taman Teknologi Hijau di UKM.