Saturday, November 30, 2013

Camping di Tasik Chini Resort.

28 Nov. - 1 Dis. 2013. Bercamping di Tasik Chini untuk aktiviti projek tahun akhir mahasiswa di Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, UKM.















Strategi Mentoran Berkesan, EdD

26-28 Nov. 2013. Kursus GW84h1 "Strategi Mentoran Berkesan" bagi program Ed.D dijalankan di Concord Inn, KLIA. Seramai 14 peserta hadir dalam kursus yang dikendalikan oleh Prof. Dr. Zuria, PM Dr. Zainab dan Dr. Ruslin. 









Friday, November 22, 2013

MATLAB and Artificial Neural Networks, UKM


21-22 Nov. 2013. Alhamdulillah! Bengkel "MATLAB dan Artificial Neural Networks" berlansung tanpa sebarang masalah dan berjaya mencapai hasratnya iaitu berkongsi pengetahuan mengenai MATLAB, ANN, Neuro-fuzzy dan Response Surface Methodology. Empat model matematik iaitu Multiple Linear Regression, Pure Quadratic, Interactions and Full Quadratic digunakan untuk membuat prediction dalam pelbagai bidang pengajian.

Nampaknya peserta dapat menguasai MATLAB dan ANN dengan baik sekali. Mereka terdiri daripada penyelidik doktor falsafah dari UKM, USM dan UPM serta kakitangan akademik UniKL yang bakal menyambungkan pengajian di luar negara.

Dalam bengkel Kali ini saya berpeluang untuk berkenalan dengan peserta luar negara iaitu dari Iran dan Nilgeria. Saya teruja bertemu dan berkongsi pengetahuan dengan mereka yang mahir dalam bidang masing-masing.

Insya Allah mereka akan menggunakan hasil perkongsian ini dalam kerjaya. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi fasilitator. Bengkel seterusnya ialah pada 21-22 Disember 2013 di UKM, Bangi. Sila lawati: http://www.bengkelmatlab.com/





Wednesday, November 20, 2013

Persidangan Meja Bulat "Islam dan Neurosains", IKIM


20 Nov. 2013. Sehari di IKIM untuk mengikuti persidangan meja bulat "Islam dan Neurosains". Tn Hj. Md Taib (Akademi NLP Malaysia) membentang kertas kerja yang bertajuk "Kaedah NLP Dalam Latihan di Malaysia". Selain itu, pembentangan dilakukan oleh Dr. Mohd Zaidi, PM Dr. Wan Suhaimi, Prof. Ir. Dr. Fatimah, Dr. Siti Norlina dan PM Dr Hairul Nizam.

Tahniah kepada IKIM kerana berjaya mengendalikan persidangan ini. Peserta terdiri dari pelbagai bidang seperti neurosains, NLP dan pengajian Islam.

Bagaimana neurosains (konsep plastisiti otak) mempengaruhi proses Pengajaran dan Pembelajaran?
Kata Dr Hairul Nizam;

(1) Neuron berinteraksi secara signal elektrik dan kimia
(2) Litar genetik adalah asas keseluruhan sistem saraf
(3) Pengalaman hidup boleh mengubah sistem saraf

Salah satu hasil kajian neurosains merumuskan pelajar mencerap lebih baik apabila mereka bergerak, jadi sesuailah dengan kaedah pengajaran aktif. Sebagai pendidik kita boleh membantu proses pembelajaran dengan menyuruh pelajar berdiri ketika pengajaran atau duduk sambil goyang kaki. Pelajar lelaki pula dipisahkan dari pelajar perempuan kerana aktiviti otak yang berlainan untuk memudahkan P&P. Metod ini semakin popular di Amerika.

Peranan NLP sangat penting kerana ia menjadi penghubung antara pelbagai ilmu pengetahuan termasuk neurosains dengan outcome yang dikehendaki. NLP menyediakan tool seperti anchoring, mind to muscle, perceptual positions dan neuro-logical level untuk menyelesaikan isu "Bagaimana" hendak mencapai matlamat/outcome.






Wednesday, November 13, 2013

Dr AK: Naked Meta-NLP (1)

Ada seorang pelajar datang bersama rakannya di ofis kerana mempunyai masalah dengan boy friend. Fikirannya selalu terganggu dan tidak dapat belajar. Kadang-kadang dia bercakap seorang diri seolah-olah berbual dengan seorang yang dia marah dan sakit hati.


Untuk menghilangkan perasaan marah dan sakit hati, saya gunakan sebahagian dari "Phobia Pattern" dalam NLP. Selepas melakukan induksi (relakskan minda dan badan), saya suruh dia ingatkan kejadian yang berlaku secara spesifik dan "disassociated" dari mula hingga hujung (tamat) dalam bentuk video berwarna hitam dan putih supaya terhasil klip video.

Kemudian saya minta dia "associate"kan diri dalam video tersebut bermula dari hujung klip dan bayangkan video tersebut dalam keadaan berwarna dan berlatar belakangkan bunyi yang mengembirakan seperti bunyi sekitar "fun fair". Saya suruh dia "rewind" klip video tersebut dalam mindanya dengan cepat, lebih pantas dari pergerakan Charlie Chaplin dalam wayang supaya gambar dan bunyi bergerak dari belakang ke depan dalam keadaan berterabur.

Semasa "rewind" saya suruh dia bunyikan suara dan gerakkan jari (anchoring) mengikut bunyi. Saya suruh dia "rewind" banyak kali, lebih dari 7 kali.

Selepas itu saya lakukan "future pacing" untuk memastikan dia benar-benar hilang perasaan marah dan sakit hati bila teringat kejadian tersebut pada masa hadapan. Ianya sama seperti "Phobia Pattern" iaitu menghilangkan "perasaan takut" dari memori. Ingatan kepada kejadian itu masih disimpan tetapi tiada emosi. Itulah salah satu teknik yang saya gunakan dalam klinik "meta-states" untuk menghilangkan perasaan negatif.

Selepas itu saya berpesan, "Kita adalah 'tuan' kepada perasaan. Kita boleh keluar dari perasaan (step out) dan modify gambar dalam minda untuk mengubah emosi yang tidak diingini. Kalau ternampak orang yang kita marah, kita boleh bayangkan "red bubble" di atas hidungnya seperti badut. Kita akan tersenyum. Kalau kita terlihat orang yang kita sakit hati, kita boleh lancarkan bom dan letupkan dirinya dalam minda. Kita akan tersenyum. Yang penting ialah kita boleh belajar dan bekerja seperti biasa tanpa gangguan emosi."

Kawannya mencelah, "Saya lagi hebat Dr, saya baling batu ke rumah ex-boyfriend. Saya tidak bayangkan lagi, saya terus baling batu."

Saya tersenyum dan memikirkan "ekologi" bagi tindakannya.

Sunday, November 3, 2013

Dr AK: Hidup Sekali Hiduplah Yang Bererti

Sumber: Internet
Teringat ucapan seorang rakan, pensyarah pengajian Islam, "Kebanyakan profesional hantar anak mereka belajar agama manakala ustaz pula hantar anak belajar supaya jadi profesional. Terbalik dah."

Dia buat kesimpulan begitu setelah mengetahui ramai peserta kursus menghantar anak remaja mereka belajar agama di merata negara seperti Mesir, Yaman dan Indonesia dengan biaya sendiri.

Saya tidak kata apa-apa cuma teringat salah satu halatuju Gontor iaitu menghasilkan ulama yang intelek bukan intelek yang tahu agama.

Sehebat manapun ilmu dunia yang ada, setinggi mana jawatan yang disandang dan sebesar mana gelaran yang diterima, apabila di penghujung senja pasti akan merasai kekosongan jiwa bila tiada ilmu agama yang kukuh. Rasa menyesal wujud di sebalik minda bawah sedar.

Mengapa dulu aku tidak belajar agama sedalamnya; hendak salahkan sistem pendidikan yang ada, atau ibu-bapa yang tidak peka, atau diri sendiri yang terleka?

"Hidup Sekali Hiduplah Yang Bererti"

P/S: Baca buku "Travelog Haji". Respek dengan pengakuan Prof. Muhd Kamil yang mula belajar membaca al-Quran setelah bergelar Professor dan menghantar anak remajanya ke Sudan.

Dr AK: Elak Stress Gaya Meta-NLP


Pergeseran kebanyakannya disebabkan oleh pertentangan antara:

Visual vs. Digital/Auditory (Representation System)
External vs. Internal (Meta-Program)
Difference vs. Similarity (Meta-Program)
Heavy Pressure vs Light Pressure (Hand Writing Analyses)
Comprehensive Thinking vs. Cumulative Thinking (Hand Writing Analyses)


Jika mempunyai perbezaan pendapat

(i) sedar akan perbezaan
"rakan aku berbeza orangnya"
[awareness]

(ii) redha dengan perbezaan 
"aku raikan perbezaan kerana Allah jadikan manusia memang berbeza"
[acceptance]

Jika mempunyai masalah

(iii) anggap masalah itu cabaran
"Allah hendak menduga aku dengan cabaran ini"
[+ve reframing]

(iv) cinta cabaran
"cabaran ini akan menjadikan aku lebih baik"
[+ve meta-stating]

(v) gila cabaran
"tidak sabar rasanya untuk menyelesaikannya"
[+ve meta-stating]

(vi) pasak cabaran
"esok pagi jam 9 aku selesaikannya"
[meta-model, chunck down]

Dr AK: Just a Naked Meta-NLP thought!

Orang Islam sejak zaman dulu lagi buat modeling ke atas Rasulallah saw.

Saya teringat bayan dari seorang rakan tabligh yang mengkatakan ada seorang sahabat yang lalu di satu tempat kemudian menundukkan kepala. Bila ditanya kenapa tunduk beliau jawab lebih kurang, "Dulu masa Rasulallah saw, ada sebatang dahan yang melintang di sini. Rasulallah saw biasa melalui tempat ini dan tunduk jadi saya pun tunduk walaupun dahan tersebut sudah tiada".

Hebat! Apa yang dilakukan oleh sahabat tersebut boleh dianggap modeling. Yang pastinya beliau memodelkan "physiology" Rasulallah saw. Tukar "physiology" bermakna menukar "state".

Bagaimana dengan "Internal Representation" atau wayang minda? Adakah sama dengan wayang minda Rasulallah saw?

Untuk menghasilkan modeling yang berjaya, menurut kaedah "Design Human Engineering" seseorang perlu melihat kepada wayang minda iaitu mengubah submodaliti supaya wayang minda adalah sepadan dengan wayang minda orang yang ingin dimodelkan.

Kerja modeling oleh Richard Bandler dan Prof. John Grinder dilakukan kepada terapist Virginia Satir, Fritz Perls dan Milton Erickson semasa mereka masih hidup. Mungkin agak sukar bagi kita yang tidak pernah bertemu dengan Rasulallah saw untuk mengetahui wayang minda beliau berdasarkan koleksi hadis yang sedia ada. Mungkin pendekatan alternatif boleh difikirkan untuk mencari struktur kemahiran beliau.

Yang pastinya penyelidikan perlu dilakukan oleh orang Islam yang mahir dengan teknologi minda disamping pakar hadis supaya berjaya mencari struktur kejayaan beliau. Siapalah Virginia Satir, Frits Perls dan Milton Erickson berbanding dengan Rasulallah saw yang bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat?



Saya berpendapat orang Islam terutamanya pendidik dan pengkaji Islam perlu belajar NLP kerana boleh memudahkan urusan memodelkan Rasulallah saw kerana ilmu permodelan agak "established" dalam NLP.

Dalam bidang kejuruteraan, contohnya untuk merekabentuk bangunan, jurutera mengunakan teknik permodelan yang diperkenalkan oleh orang barat seperti kaedah "Finite Element". Kaedah ini dihasilkan melalui R&D yang komprehensif. Ianya digunakan dalam dunia Islam kerana kaedah permodelan tersebut lebih menyeluruh, tepat dan konsisten berbanding dengan kaedah lain yang ada.

Atas semangat yang sama, kaedah "permodelan NLP" juga boleh digunakan untuk memodelkan Rasulallah saw supaya kajiannya bersistematik dan hasilnya lebih tepat dan konsisten.

Dr AK: Bengkel "NLP New Code", Shah Alam



2 Nov. 2013. Bengkel "NLP New Code" diadakan di Akademi NLP Malaysia, Shah Alam. Ia dikendalikan oleh Tn. Hj. Md Taib Mat untuk berkongsi pengetahuan setelah menghadiri kursus tersebut di Sepanyol, bawah bimbingan Prof. Dr. John Grinder, salah seorang pengasas NLP. Peserta terdiri daripada pengamal NLP yang ingin mengemaskini pengetahuan mereka dengan teknologi minda terkini. 

Apa hebatnya NLP New Code?

Mengikut pengasas NLP tersebut, kod NLP yang dihasilkannya bersama dengan Richard Bandler (awal 70an) mempunyai kesilapan yang ketara. Pada tahun 80an, NLP New Code dihasilkan oleh Prof. John Grinder bersama dengan Judith DeLozier dan Carmen Bostic St. Clair. Buku "Whispering in the Wind" ditulis untuk menerangkan hasil penemuan mereka termasuklah memperbaiki teknik NLP seperti "Six Step Reframing".

Salah satu sumbangan mereka yang hebat ialah menghasikan "High Performance State" (HPS).  HPS dihasilkan dengan cara mengubah pernafasan, fisiologi dan state melalui aktiviti permainan (game) yang dapat memberi "alignment" kepada otak kanan dan kiri. Saya jangkakan NLPer pada masa hadapan akan mengganti "energizer" contohnya "chicken dance" dengan permainan HPS seperti "alphabet game" dalam training mereka. 

Mengapa lebih hebat dari energizer? Sudah tentu lebih hebat kerana ia bukan sahaja untuk menghilangkan mengantuk tetapi untuk mendapat keadaan minda yang terbaik, biasanya dicapai melalui motivasi yang hebat. Melalui energizer, peserta mungkin berasa segar kembali tetapi belum tentu mahu memberi fokus kepada persembahan.


Perubahan ketara dalam teknik NLP yang saya perhatikan sebagai pengamal ialah penggunaan "Perceptual Positions" dan fokus kepada "context", bukannya "content" serta pergantungan besar kepada minda bawah sedar (subconscious) untuk mengubah state dari state biasa (keadaan sekarang) kepada HPS (keadaan yang diingini).

Kebanyakan teknik dimulakan dengan posisi ke-tiga, kemudian barulah masuk ke posisi pertama untuk melibatkan diri (associate) dengan keadaan sekarang. Kemudian keluar untuk masuk ke dalam keadaan "know nothing" sebelum melakukan HPS. Apabila selesai saja aktiviti HPS, peserta akan terus masuk ke posisi pertama bersama dengan HPS untuk mendapat keadaan yang diingini. Ianya melibatkan "context" sahaja. Short cut!

Salah satu yang menarik mengenai NLP new code ialah kebolehan berkomunikasi dengan minda bawah sedar secara fisikal. Kita contohnya boleh menyuruh minda bawah sedar memberi signal seperti mengerakkan jari atau bahagian lain pada badan. Wow! tetapi sudah tentu secara bawah sedar juga. Selain itu, akses ingatan seperti "cuba ingat satu kejadian apabila anda merasa sangat yakin" tidak digunakan lagi kerana dianggap sebagai kesilapan dalam mengekod NLP kerana ianya mencemari minda bawah sedar dengan aktiviti sedar iaitu "mengingat".

Saya teruja dengan "NLP New Code" seperti terujanya saya kepada "Generative Trance" yang dihasilkan oleh Dr. Robert Dilts dan Dr. Stephen Gilligan, pernah disampaikan oleh Tn Hj Md Taib Mat. Saya berdoa semoga beliau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Sukar hendak mencari guru yang sanggup ke hujung dunia menimba ilmu baru sedangkan ilmu yang sedia sudah melebihi dari cukup pada pandangan orang. Hanya orang yang "mencintai ilmu" yang sanggup berbuat demikian. 





Dr AK: Bengkel Spectral Analyses of Surface Wave, UKM


30 Okt. - 1 Nov. 2013. Bengkel SASW diadakan di Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM. Ia dikendalikan oleh Prof. Joh dari Chung Ang University, Korea dan En. Khairul Anuar Nayan dari UKM.