Wednesday, May 29, 2013

Dr AK: Viva Doktor Falsafah



29 Mei 2013. Viva selama tiga setengah jam oleh pelajar doktor falsafah dari Iran, Rahim Aminzadeh berlansung di FKAB, UKM. Setelah menjawab pertanyaan dari pelbagai sudut iaitu 360 darjah penilaian, jawatankuasa memutuskan beliau perlu melakukan pembetulan dan wajib hantar tesis dalam masa 3 bulan untuk disemak semula. Tahniah kepada beliau kerana telah berusaha selama lima tahun dalam penyelidikan "Value Engineering Modelling for Highway Construction Projects", begitu juga kepada penyelia yang dedikasi menjalankan tugas.      





Tuesday, May 28, 2013

Dr AK: Kenangan Projek 1993

Entah mengapa teringat bekas pensyarah kursus Projek Rekabentuk Kejuruteraan di tahun 1993 apabila melihat setimbun report pelajar tahun akhir yang akan diberi markah. Mungkin umur aku sudah lanjut seperti dia dan mengendalikan kursus yang sama seperti dia; dulu dia menyelia pelajar sekarang aku pula, dulu dia membakar semangat pelajar untuk berusaha keras sekarang aku pula, dulu dia memberi markah report pelajar sekarang aku pula.

Malangnya dia tidak sempat menilai pembentangan akhir kami kerana rebah di depan bilik kuliah sebelum persembahan. Dalam suasana sedih atas kematiannya, ada khabar gembira. Kami semua diputuskan mendapat gred A untuk kursus itu kerana tiada yang layak menilai projek kami kecuali dia.

Dulu dia rebah di depan bilik kuliah, Ya Allah! sekarang minta-minta janganlah aku pula. Sayangilah jantung kita! Rasa seperti mahu beri gred A kepada semua pelajar.

Sunday, May 26, 2013

Dr AK: Blackout Undang-Undang


Jan 2012. Semasa perjalanan dari hotel ke Shahjalal International Airport, Dhaka saya amat kecewa kerana tidak dapat berbuat apa-apa melihat kekejaman berlaku di depan mata. Apa tidaknya, ianya seperti wayang tamil zaman dulu-dulu, kenderaan yang saya naiki terpaksa berhenti di satu simpang kerana kesesakan lalulintas. Semua kenderaan berhenti, orang ramai menyaksikan drama seorang taikun (mungkin gengster) keluar dari sebuah kereta mewah memukul dan menendang seorang pemandu rickshaws (tut-tut) betul-betul di tengah simpang. Beberapa rakan taikun tersebut berdiri di tepi kereta mewah bersebelahan dengan pintu yang terbuka, ala-ala kumpulan mafia. 

Bahagian yang menyedihkan ialah setelah pemandu rickshaws dipukul teruk, ditendang kemudian jatuh tersandar di tayar hadapan rickshaws yang sama besar dengan tayar vespa. Kemudian taikun itu memijak badan dan berkata sesuatu sebelum meninggalkannya. Tiada siapa yang berani bersuara atau menegur perbuatan taikun tersebut. Entah apa salahnya, tetapi tindakan yang sebegitu tidaklah wajar kerana negara mempunyai undang-undang. Mungkin negara sudah blackout undang-undang.

Dalam perjalanan pulang ke Malaysia menaiki MAS (bukan AirAsia), saya teringat perbualan dengan rakan-rakan di sana. Seorang Profesor BUET (Bangladesh University of Engineering & Technology) memuji pihak pentadbiran universiti itu kerana mengambil langkah yang bijak kerana menjana elektik sendiri, jadi penyelidikan tidak terganggu oleh blackout yang sering terjadi di bandaraya itu. Seringkali yang dimaksudkan itu ialah hampir setiap hari.

Saya tanya sahabat saya punca masalah seperti blackout, pollution, poverty dan overpopulation (sekitar 12 juta) di bandaraya yang mempunyai sekitar 400,000 rickshaws itu. Menurut sahabat saya, punca masalah ialah kerana terlalu kerap demonstrasi. Boleh dikatakan setiap hari ada saja demonstrasi, biasanya di depan BUET katanya. Pada hari berangkat pulang juga saya diminta bertolak dari hotel lebih awal kerana dijadualkan demonstrasi. 

Dalam hati saya berkata "Betullah, kalau asyik demonstrasi saja, bagaimana negara mahu progress dan masyarakat pula dibudayakan dengan tabiat melawan undang-undang dan peraturan. Macamana mahu disiplinkan masyarakat?" Gengster berleluasa di pekan-pekan juga adalah perkara biasa menurut rakan saya.

Walaupun begitu, terdapat sifat-sifat yang baik seperti amanah, kasih sayang dan rajin bekerja di kalangan penduduk Bangladesh mungkin kerana ajaran Islam masih diamalkan, sesuai dengan bandaraya Dhaka yang dikenali sebagai "City of Mosques". Seminggu di sana telah merubah persepsi saya tentang "Mat Bangla", saya lebih yakin dengan mereka sebagai rakan penyelidik dan suka bekerjasama dalam urusan kerja.   










Saturday, May 25, 2013

Dr AK: Kidding and Wedding

 

24 Mei 2013. "There's no kidding when it comes to a wedding", kata hati saya sambil bersiap untuk ke Majlis Akad Nikah walaupun letih balik dari Kajang, cari baju Melayu warna biru untuk kelihatan sedondon esok hari. Seperti saat gembira dalam drama Korea, ada flashback, terkenang zaman silam dengan anak-anak saudara. Sekarang mereka sudah besar dan tidak lama lagi seorang pula akan berumah tangga.

Dulu kalau cuti semester di Pittsburgh, roomates sudah tahu saya akan balik "kampung" di Ohio berjumpa dengan anak saudara dan keluarga. Ohio waktu itu jika dibandingkan dengan Pittsburgh seperti Tanjung Malim dengan Bangi, adalah sedikit perbezaan. he3x (jangan marah orang TM). Dulu kalau balik Ohio, sepanjang jalan boleh nampak ladang ternak; lembu, ayam, itik dan juga perkampungan masyarakat Amish.

Yang menarik sekali ialah melawat ladang kecil tomato milik "Pak Ya". Sekarang kalau ke Tanjung Malim pula boleh tengok ubi kayu. Dulu mungkin stress sebab sistem Quarter di Ohio State University serta Ujian Komprehensif, jadi cari jalan keluar dengan menanam tomato. Mungkin sekarang tanam ubi kayu kerana stress dengan pelajar universiti yang berdemo. Walau bagaimanapun, hari ini mungkin dia rasa "lega" kerana satu tanggung jawab sebagai seorang bapa sudah diserahkan kepada pengantin lelaki yang segak bergaya. "No kidding! Welcome to our family." Tahniah kepada keluarga "Pak Ya" serta semua yang terlibat dan bersusah payah menjayakan majlis ini.








Thursday, May 23, 2013

Dr AK: Kehebatan Minoriti


Tengok handphone, ada satu miss call awal pagi tadi. Saya call balik, rupanya seorang bapa dari Terengganu yang ingin mendapat pandangan mengenai halatuju anaknya yang sedang belajar bahasa Cina di negeri China. Dua anaknya berada di sana dan seorang akan tamat pengajian pada bulan Ogos nanti. Masalahnya tiada sijil untuk masuk universiti samada di Malaysia atau di China selepas tamat pengajian bahasa, jadi mungkin perlu kembali ke Malaysia untuk mengambil SPM. Dia berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sistem pengajian pondok modern Gontor di Indonesia.

Yang menariknya, semua anaknya dihantar ke sekolah aliran Cina sehingga tamat sekolah rendah di Malaysia. Dia memberi ransangan kepada saya untuk menghantar anak ke sekolah aliran Cina, katanya baik kerana mereka adalah minoriti di situ dan akan belajar lebih rajin selain mengetahui bahasa Cina yang penting untuk perniagaan antarabangsa. Mereka juga belajar agama lebih baik dari sekolah kebangsaan biasa kerana ustaz/ustazah memberi perhatian yang lebih.

Saya setuju dengan pandangan beliau mengenai sikap minoriti (minoriti dari segi bilangan). Teringat semasa belajar di Pittsburgh dulu selama tiga tahun. Pelajar Melayu di sana cuma minoriti, lebih kurang 30 orang termasuk pelajar sarjana yang sudah berkeluarga. Kehebatan hidup sebagai minoriti ialah bekerja keras, saling tolong-menolong, bersatu-padu serta bertoleransi antara ahli.

Teringat aktiviti BBQ, saya dan roomates adakan pada satu hujung minggu di balkoni rumah sewa di Atwood Street. Disebabkan ruang yang kecil, kami hanya jemput jiran Melayu yang hampir dengan rumah. Bila diketahui oleh yang lain, mereka bertanya, rasa bersalah, jadi jemput mereka untuk hujung minggu berikutnya. Perkara ini berulang sehingga beberapa minggu. Kami sanggup melakukannya kerana mereka penting bagi survival kami di sana selain merasa seperti satu keluarga yang besar.

Dari situ kita boleh faham mengapa masyarakat Cina yang minoriti di Malaysia boleh bersatu kerana ia adalah soal survival manakala masyarakat Melayu pula masih di zon selesa, entah sampai bila?

Mengenai pengajian agama juga saya setuju. Tempat di mana muslim adalah minoriti, pengajian agama amat dipentingkan dan disampaikan dengan ikhlas, penuh semangat. Saya masih ingat lagi, guru yang mengajar al-Quran di Pittsburgh adalah seorang doktor pakar berasal dari Yaman, dia mengajar al-Quran bermula dengan surah-surah pendek kepada anak muslim, revert dan mereka yang ingin tahu mengenai Islam.

Penekanan adalah kepada "MAKNA", bukannya "BACAAN" seperti yang biasa dilakukan di Malaysia. Kadang-kadang terasa janggal mendengar black American melaungkan azan kerana sebutan yang tidak betul tetapi keikhlasan dan kefahaman yang dinilai. Mungkin sebab itu Bilal, berasal dari Afrika dilantik sebagai muazzin walaupun sebutannya tidak sebaik orang Arab Madinah di zaman Rasulallah saw.

Kalau orang tanya saya, di mana tempat yang sesuai untuk belajar agama, saya akan cadangkan tempat di mana muslim adalah minoriti atau Islam dipinggirkan. Di situ akan didapati guru-guru yang ikhlas, mewakafkan diri untuk mengajar agama bukan sebagai sumber pendapatan atau karier sesuai dengan ayat 21, surah Yassin. “Ikutlah orang yang tidak meminta upah, mereka adalah orang yang mendapat petunjuk."

Saturday, May 11, 2013

Dr AK: Felda Residence Hot Springs


6 Mei 2013. Take a break setelah lama melihat perkembangan politik di Malaysia untuk PRU13. Semalaman tidak tidur untuk mengetahui pihak mana yang menang dan akhirnya dijulang oleh Barisan Nasional. Tahniah! dan untuk Pakatan Rakyat Selamat Maju Jaya! Tiada yang benar-benar menang dan tiada yang benar-benar kalah. 






Dr AK: Pilihanraya 2013



5 Mei 2013. PRU13 jatuh pada hari ini. Sebagai rakyat Malaysia, saya keluar mengundi di Semenyih. 







NLP: Potato Chips


A little boy wanted to meet God. He knew it was a long trip to where God lived, so he packed his suitcase with a bag of potato chips and a six-pack of juices and started his journey.

When he had gone about three blocks, he met an old man. He was sitting in the park, just staring at some pigeons. The boy sat down next to him and opened his suitcase. He was about to take a drink from his juices when he noticed that the old man looked hungry, so he offered him some chips. He gratefully accepted it and smiled at him.

His smile was so pretty that the boy wanted to see it again, so he offered him juice. Again, he smiled at him. The boy was delighted!

They sat there all afternoon eating and smiling, but they never said a word. As twilight approached, the boy realized how tired he was and he got up to leave; but before he had gone more than a few steps, he turned around, ran back to the old man, and gave him a hug. He gave him his biggest smile ever..

When the boy opened the door to his own house a short time later, his mother was surprised by the look of joy on his face. She asked him, "What did you do today that made you so happy?"

He replied, "I had lunch with God." But before his mother could respond, he added, "You know what? He's got the most beautiful smile I've ever seen!"

Meanwhile, the old man also radiant with joy, returned to his home. His son was stunned by the look of peace on his face and he asked, "dad, what did you do today that made you so happy?"

He replied "I ate potato chips in the park with God." However, before his son responded, he added, "You know, he's much younger than I expected."

Too often we underestimate the power of a touch, a smile, a kind word, a listening ear, an honest compliment, or the smallest act of caring, all of which have the potential to turn a life around.

People come into our lives for a reason, a season, or a lifetime! Embrace all equally! Have lunch with God.......bring chips.

Source: internet

Dr AK: Bengkel NVivo 2013


8 - 9 Mei 2013. Mengikuti bengkel NVivo yang dikendalikan oleh PM Dr Salleh Amat di UKM. Ianya software yang wajib bagi seorang penyelidik terutamanya postgraduate tidak kira apa bidang pengajian supaya dapat mengendalikan data seperti survei dan kajian perpustakaan dengan lebih mudah dan professional.

Friday, May 10, 2013

Dr AK: Ubah, Syukur dan Redha



Hari ini berpeluang untuk menikmati keindahan Tasik Shah Alam. Dua puluh tahun yang lalu di sinilah tempat menghabiskan hujung minggu bila tidak tahu hendak buat apa atau ke mana. Seksyen 6, 17 dan 18 sentiasa dalam kenangan sebagai bekas pelajar PPP/ITM. Di Seksyen 6, tempat mulanya bermimpi dalam Bahasa Inggeris. Di Seksyen 17 dan 18 tempat mengenali peritnya Calculus dan Physics.

Hari ini sempat melihat KFC di Kompleks PKNS dari jauh, di situlah tempat "pekena" rakan-rakan bila harijadi. Terlalu banyak yang berubah di pusat bandar Shah Alam jika dibandingkan sejak dua dekad yang lalu. Rasa seperti masih ada bas-bas mini yang sedang berbaris untuk mengambil penumpang. Hidup ini sentiasa berubah samada secara revolusi atau evolusi. "Ubah" atau "tidak ubah" sama saja bila masa depan tiada siapa yang tahu kecuali Allah. Indahnya jadi seorang muslim; bila berjaya kita "syukur", bila gagal kita "redha", ada peluang kita cuba lagi, usaha tetap diteruskan. Tiada erti "dendam" dan "kecewa".




Dr AK: NLP, Naga & Anda


10 Mei 2013. Majlis pelancaran buku "NLP, Naga & Anda", tulisan Tn. Hj. Md. Taib Mat dan Pn. Masida Rasyed diadakan di Shah Alam hari ini. Saya dijemput untuk bersama-sama dalam majlis yang meriah ini, dikelilingi oleh rakan-rakan NLP dan tetamu-tetamu kehormat seperti Dr. Aris Kasan, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi JPA dan Datuk Zulkifli Noordin, ahli politik terkemuka.

Teruja membaca buku ke-empat keluaran Akademi NLP Malaysia ini kerana ianya agak berlainan sedikit kerana ditulis dengan gaya santai dan senang difahami oleh sesiapa saja. Buku setebal 161 muka surat ini sarat dengan pengalaman penulis menangani isu/masalah menggunakan teknik NLP. Saya suka membaca buku ini kerana bukan saja pengalaman tetapi juga teknik NLP diterangkan secara mudah langkah demi langkah. Ianya boleh didapati dengan harga RM35 (Akademi NLP: 03-55134588).

Terima kasih kepada Akademi NLP Malaysia kerana menjemput saya. Insyaallah buku "NLP, Naga & Anda" akan mempunyai tempat di hati pembaca. Saya tidak teragak-agak untuk mencadangkan buku ini kepada mereka yang ingin mengetahui NLP dan mengamalkannya.