Isnin, 30 Disember 2013

Dr. AK: Faedah Grafologi (Analisa Tulisan Tangan)



HANDWRITING ANALYSIS FOR RECRUITMENT AND SELECTION
18-19 Jan. 2014,
Danau Golf Club, UKM
9am - 5pm
Maklumat lanjut: http://www.akademigrafologi.com/





Ada yang bertanya mengapa perlu mengetahui Grafologi sedangkan sudah ada pengetahuan NLP, Neuro-Semantics, Meta-Coaching dan Analisa Tarikh Lahir?

Dengan NLP dan Neuro-Semantics kita boleh mengetahui meta-programs bila berbual dengan klien/pelajar. Dengan bahasa yang digunakan dan gerak badan kita boleh tahu sistem representasi diri (VAK). Ia memudahkan kita untuk mempengaruhi dan berkomunikasi.

Dengan pengetahuan Meta-Coaching pula kita dapat bertanya soalan ampuh yang dapat menjurus kepada WFO (Well-Formed Outcome) dan KPI (Key Performance Indicator), membantu klien/pelajar menerbitkan potensi sebenar mereka dengan bertanya soalan yang tepat. Ia menggunakan sumber yang ada dalam diri klien/pelajar disamping meta-program untuk membuatkan mereka berfikir lebih jauh iaitu menggunakan higher order thinking skills supaya "makna" dan "prestasi" berjalan seiring.

Analisa tarikh lahir pula digunakan untuk mengetahui potensi kanak-kanak. Kita tidak tahu masa hadapan, kita boleh agak melalui sedikit ilmu meta-fizik, bukan untuk percaya sepenuhnya. Ia juga digunakan bila tiada maklumat lain kecuali tarikh lahir dan sesuai sebagai sirih pinang untuk rapport dengan klien/pelajar.

Analisa tulisan tangan (Grafologi) pula adalah penting untuk mengetahui personaliti termasuklah meta-program dan sistem representasi diri melalui tulisan tangan tanpa perlu bertemu atau melihat klien/pelajar terlebih dahulu. Ianya alat yang dikatakan 90% tepat dan mengambilkira keadaan semasa perlakuan subconscious klien/pelajar.

Kita boleh jangka samada mereka berfikiran kumulatif, analitikal atau komprehensif, jadi persediaan sebelum bertemu klien/pelajar sudah boleh dilakukan. Dari tulisan tangan juga boleh dijangkakan samada klien/pelajar seorang yang tidak bercakap benar, jarang menyiapkan kerja, bermasalah atau seorang yang bersifat positif seperti jujur, rajin dan bercita-cita tinggi.

Sebagai pendidik, kaunselor dan trainer yang mudah akses kepada tulisan tangan klien/pelajar, dari tulisan mereka kita dapat melihat masalah dan berpeluang untuk memperbaiki, kita dapat melihat potensi dan berpeluang untuk mengilap supaya menyerlah melalui grafologi dan grafoterapi. Sebab itu ianya penting dan saya ingin mengajak Anda untuk menghadam ilmu ini.

Syarikat besar seperti Citibank, Xerox dan Hewlett-Packard menggunakan grafologi untuk pengambilan pekerja, mungkin kerana Resume adalah proses yang dilakukan secara conscious dan mudah disengajakan untuk nampak hebat. Anda akan tahu keberkesanannya bila Anda sendiri memulakan langkah pertama, sekarang!

Tiada ulasan:

Catat Komen