Friday, August 31, 2012

NLP: Menjadi Emas Atau Arang?

Alangkah senangnya jika dilahirkan sebagai emas yang selalu diidam-idam dan dinanti-nantikan. Semua orang ingin menyentuh, memiliki dan sangat bangga bila berada dekatnya karena nilainya yang amat tinggi. Tidak hairan jika emas dianggap sebagai logam yang mulia, karena kedudukannya yang amat tinggi di mata manusia. Banyak sekali manusia bergaduh merebut dan tak jarang pula sampai berbunuhan.

Adapun jika dilahirkan sebagai arang, mungkin akan dihindari oleh setiap orang. Sejak lahir jangankan digendong, disentuh pun tidak kerana takut tercemar olehnya. Mengenai nilainya, jangankan satu gram, satu karung pun banyak orang mampu memilikinya. Kewujudannya pun tidak dirasakan.

Namun, semahal-mahalnya emas jika ia berada di lingkungan yang salah dia akan rosak. Emas bila terkena merkuri (air raksa) akan kehilangan nilainya.

Adapun arang, apabila ia berada di tempat yang cuacanya sangat sejuk seperti di kutub utara, nilai sekarung arang mungkin jauh lebih berharga dari nilai sebukit emas.

* Lingkungan merupakan faktor yang penting, letakkan diri kita di lingkungan yang tepat.

Sumber: Internet

Wednesday, August 29, 2012

Dr AK: Kursus Neuro-Semantics

Gambar Ehsan ANLPM

29 hb. Ogos 2012. Kursus "Neuro-Semantics" yang dikelolakan oleh MTM Consultants Sdn Bhd di Shah Alam dihadiri oleh 22 peserta dari pelbagai institusi. Hari ini peserta dapat belajar tiga pattern baru dalam neuro-semantics iaitu "Reframing Motivation", "Transforming Limiting Beliefs into Enhancing Beliefs" dan "Meta-Yes Patterns" dari Sifu Hj. Md Taib Mat.

.








30 Ogos 2012. Hari kedua kursus Neuro-Semantics berjalan dengan lancar. Topik yang diamalkan termasuklah "TOTE", "Strategi Elisitasi" dan "SCORE". Kaedah-kaedah ini digunakan untuk membuat model kecemerlangan.










Monday, August 27, 2012

Ke GONTOR, Apa Yang Kau Cari?

27 Ogos 2012. Di waktu pagi saya sekeluarga bergegas ke LCCT. Saya pastikan kedua anak kesayangan kami membawa passport, surat lulus ke program KMI (Kulliyatul Muallimin al-Islamiyyah), tiket kapal terbang dan pen untuk mengisi borang imigresen di Solo (Surakarta), Indonesia.

Apabila sampai di airport, saya melihat wajah-wajah yang saya kenal iaitu ibu-bapa dan anak-anak Pondok Modern Darussalam (PMD) Gontor. Hubungan kami rapat, rasa seperti sebuah keluarga yang besar, mempunyai group sendiri untuk berkomunikasi.

FB Page: "BK Keluarga Santri"
FB Group: "Gontor News"
Blogspot: Berita-Berita Pondok Kami

Banyak anak Gontor yang akan berangkat ke sana pada hari ini malah saya dengar ada anak-anak Gontor dan keluarga datang ke LCCT dengan menyewa bas. Hebat! Terdapat lebih dari seratus pelajar Malaysia di PMD Gontor.



 

Dalam keramaian, saya teringat kali pertama saya bawa seisi keluarga ke Indonesia untuk menghantar anak lelaki yang berusia 13 tahun belajar di sana (2011). Dulu dia pernah belajar di sekolah internasional di Cape Town selama 3 tahun semasa saya cuti belajar. Anak saya mahu masuk ke sekolah menengah aliran Inggeris yang tidak terlalu fokus kepada hal akademik dan banyak aktiviti luar bilik darjah seperti sekolah di Cape Town. 

Saya cadangkan belajar saja di Indonesia kerana lebih dekat dengan Malaysia dan kosnya lebih murah jika dibandingkan dengan sekolah internasional yang ada di Malaysia. Jadi kami melayari internet, mencari sekolah di Indonesia yang sesuai dengan kemahuannya sehinggalah berjumpa dengan PMD Gontor melalui forum, blog dan Youtube. Wang pendaftaran dan visa belajar di PMD Gontor selama setahun adalah sekitar tujuh juta rupiah bersamaan dengan RM 2,500 - RM2,800.

Antara website yang mempengaruhi:

Oh Pondokku Oleh Ust. Muhammad Masruh, Kajang:
http://ohpondokku.blogspot.com/
(Ustaz Mohammad Masruh Ahmad adalah wakil PMD Gontor di Malaysia, sebarang pertanyaan mengenai urusan Visa, pendaftaran dan penempatan boleh berurusan dengan beliau, hubungi/SMS: 0163754925 / 0123398437 atau emel: masruh@yahoo.com atau masruh_gtr@yahoo.com)

Belajar Di Pondok Pesantren Gontor Oleh Imam Bachtiar:
http://imambachtiar.wordpress.com/2010/09/17/bagaimana-belajar-di-gontor/

YouTube PMD Gontor:


Saya sempat membaca novel karangan A. Fuadi yang popular, "Negeri Lima Menara" dan dari situlah saya lebih yakin untuk menghantar anak saya ke sana. Novel A. Fuadi yang dijadikan filem itu boleh dibeli di MPH Alamanda atau dimuat-turun (pdf) dari internet:

Novel "Negeri Lima Menara" Oleh A. Fuadi:
http://www.mediafire.com/?mn03kmdynnn

Pembikinan filem "Negeri Lima Menara" yang meletup di Indonesia itu boleh dilihat di sini:



Pertama kali ke sana, saya dan keluarga mendarat di Yogyakarta untuk melawat tempat-tempat menarik seperti Borobodur dan Gunung Merapi. Seterusnya ke Solo, melawat pasar Klewer dan akhirnya ke PMD Gontor Putra 2 di Ponorogo yang mengambil masa sekitar 4 jam dari Solo dengan kereta sewa.

Ketika meninjau sekitar pondok, saya terlihat satu kata hikmah yang penting untuk direnungkan iaitu "Ke Gontor, Apa Yang Kau Cari...?". Inilah persoalan utama bagi setiap orang yang mahu berjaya dalam hidup iaitu "Apa Yang Anda Mahu?".



Ia merupakan salah satu tonggak dalam NLP yang dikenali sebagai "Well-Formed Outcome". Tonggak lain ialah Rapport, Kepekaan Deria (VAK) dan "Flexibility". Tonggak NLP amat ditekankan dalam bengkel NLP. Hal yang sama juga ditekankan oleh Tn. Hj. Md Taib Mat dalam bukunya "Anda Berhak Hebat".

Apa yang menarik di PMD Gontor ialah selain hal akademik, aktiviti harian seperti menyapu sampah, memasak, bertukang dan lain-lain dilakukan sendiri oleh pelajar dan ustaz. Masing-masing mempunyai jadual untuk bekerja sebagai tukang sapu sampah, pengawal pintu pagar, pengawal malam, pekerja di dapur, menguruskan koperasi sekolah, kafeteria serta mentadbir pondok (tahun lima KMI) kerana kemahiran "soft/life skills" amat diberi perhatian dalam pembelajaran. 

Mereka mempunyai disiplin yang ketat, menurut jadual dan mendengar arahan ustaz sehinggakan terpaksa berlari-lari ke surau bimbang kena denda jika terlewat.Satu perkara yang saya hargai dari PMD Gontor ialah memberi penekanan kepada aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah seperti Pidato dan Drama. Mereka dilatih untuk berani kehadapan untuk menyampaikan pendapat dan mempersembahkan kebolehan.  




Jadual Harian:

03.30            BANGUN TIDUR
03.30-03.45 PERSIAPAN SHOLAT TAHAJJUD DAN SHUBUH
03.45-04.00 SHOLAT TAHAJJUD
04.00-04.45 MENGAJI AL QURAN DAN SHOLAT SHUBUH
04.45-05.15 MUHADATSAH / MENGAJI PAGI
05.15-06.30 MAKAN PAGI
06.39-06.55 PERSIAPAN MASUK KELAS
06.55-08.30 MASUK KELAS
08.30-09.00 SHOLAT DHUHA DAN ISTIRAHAT
09.00-10.30 MASUK KELAS
10.30-10.55 KELAS
10.55-12.15 MASUK KELAS
12.15-12.30 PERSIAPAN SHOLAT DHUHUR
12.30-13.00 SHOLAT DHUHUR
13.00-13.45 MAKAN SIANG
13.45-14.45 SEKOLAH SORE
14.45-15.00 PERRSIAPAN SHOLAT ASHAR
15.00-15.45 SHOLAT ASHAR DAN MEMBACA MA'TSUROT
15.45-17.00 ISTIRAHAT
17.00-18.30 MEMBACA AL QURAN DAN SHALAT MAGHRIB
18.30-19.00 AGENDA BA'DA MAGHRIB
19.00-19.30 MAKAN MALAM
19.30-19.45 SHOLAT ISYA'
19.45-21.30 BELAJAR MALAM
21.30-22.00 ISTIRAHAT
22.00-03.30 TIDUR

• SELASA PAGI : MUHADATSAH DAN LARI PAGI
• KAMIS SIANG : LATIHAN PIDATO DAN PRAMUKA
• KAMIS MALAM : LATIHAN PIDATO
• JUM'AT PAGI : MUHADTSAH, LARI PAGI, KERJA BAKTI
• AHAD MALAM : LATIHAN PIDATO

Inilah kata-kata hikmat di PMD Gontor yang sudah dipasak dan menjadi inkantasi mereka:



Ini pula syair yang diajarkan kepada mereka pada tahun ke-empat KMI.



Setelah tiga bulan anak saya di sana, saya melawat dan melihat progress yang memberansangkan dari segi sikap, akademik dan akhlak. Saya dapat rasakan kematangan dalam berfikir, boleh bercerita tentang "Apa yang saya mahu?" dan "Bagaimana untuk mendapatkannya?" (dua soalan yang penting untuk berjaya dalam kehidupan), tahu melayan tetamu dengan lebih baik, boleh berbincang dan fokus, lebih tahu membawa diri, berdisiplin dan lain-lain mengikut peta minda saya. Kemudian saya lakarkan pada minda anak perempuan yang berumur 17 tahun pula untuk belajar di sana.

Pada bulan Mac, saya hantar anak perempuan ke PMD Gontor Putri 2 di Ngawi pula. Alhamdulillah, selepas tiga bulan, dia sudah terbiasa dengan sistem pendidikan dan persekitaran di situ. Secara umumnya, dia nampak gembira dengan kehidupan di PMD Gontor serta mempunyai banyak rakan dari pelbagai latar belakang, berasal dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. Saya ingatkan dia bercakap bahasa Arab dan  Inggeris saja (bahasa wajib di PMD Gontor), rupanya bahasa Indonesia, Thailand serta dialek Penang dan Patani sekali dibawanya balik ke rumah semasa cuti hari raya.


Secara umum, anak perempuan lebih sukar untuk mengadaptasi diri dengan sistem di PMD Gontor kerana mereka terpaksa melakukan banyak perubahan dan pengorbanan, terpaksa berpisah dengan hand phone, internet, MP4 player, TV malah sterika elektrik juga. Berpakaian juga ada undang-undang tersendiri, saiz jam, contohnya mesti tidak melebihi ukuran dua jari dan jumlah pakaian yang terhad saja.

Pada hari ini kedua anak saya berangkat ke Indonesia dan akan menetap di sana untuk jangka waktu yang panjang sehingga Ramadhan tahun hadapan. Ianya merupakan satu cabaran buat mereka dan buat kami sekeluarga juga. Bila melihat mereka, saya bayangkan apa yang akan mereka perolehi 10 tahun akan datang (visioning), jadi tidaklah berat untuk melepaskan mereka pergi.

Betullah kata sahabat saya di airport tadi, "Sekarang mereka cuma batu granit, perlu diasah, dikikis dengan disiplin dan kesukaran hidup untuk menjadi marmar (marble). Jika batu granit tidak mahu diasah dan dikikis, kita juga tidak sanggup berkorban, bagaimana ia akan menjadi marmar?" Memang belajar di PMD Gontor satu cabaran yang hebat, hebat bagi anak-anak kerana pembelajaran yang padat, dipantau 24 jam dan hebat bagi ibu-bapa yang hidup bagaikan pungguk rindukan bulan, selalu menjengguk laman web AirAsia untuk tiket tambang murah.

Saya petik kata-kata Ustaz Mohd. Masruh, wakil PMD Gontor di Malaysia, "Tidak ada yang lebih enak bagi seorang anak melainkan hidup bersama ibu-bapa dan bergantung di sebelah ibu-bapa. Segalanya ada dan segalanya tersedia. Sangat berlainan apabila berjauhan dari ibubapa, terpaksa berdikari, bersusah-susah sendiri, menangis menanggung segala kesulitan tanpa ibu-bapa di sebelah. Tetapi itulah pendidikan nyata kehidupan yang sangat alami. Seorang anak sebaiknya tidak merasa dibuang atau dipulaukan, tetapi kerana ibu-bapa yang penyayanglah yang sanggup berpisah dengan anaknya demi masa depannya yang lebih cemerlang. Dari sinilah muncul para pemimpin yang handal dan teguh, sanggup menghadapi segala cubaan hidup".



Diharap artikel ini menjawap soalan yang selalu ditanya kepada saya mengenai PMD Gontor. Banyak yang hairan mengapa saya menghantar anak belajar di "Pondok". Mereka tertanya-tanya apa yang ada dalam wayang minda saya. Mungkin dengan adanya artikel ini dapat memberi satu idea atau alternatif kepada ibu-bapa untuk memikirkan sekolah yang sesuai untuk anak mereka. Belajar di mana-mana pun baik bergantung kepada matlamat yang ingin kita capai dan kekangan dan kelebihan yang kita ada.

Pada pandangan saya, tugas ibu-bapa memelihara anak boleh diibaratkan sebagai menyemai benih mangga. Kita perlu memilih jenis tanah yang sesuai; tanah perlu digembur, perlu dibaja dan pokok perlu disiram dengan sebaik mungkin beserta dengan doa agar berbuah lebat. Jika benih hidup subur dan pokok berbuah, rasalah isinya samada manis atau masam. Jika manis alhamdulillah, boleh dijual buahnya. Jika masam alhamdulillah, boleh buat garam belacan, dicicah sedap juga dimakan. Jika tidak berbuah, alhamdulillah boleh sediakan pelantar, berehat sambil berteduh di bawahnya.Yang penting adalah bagaimana kita memberi "makna" dan berfikiran positif dalam kehidupan.

Walaupun begitu saya ingin melihat mereka mempunyai rohani (spirituality) yang mantap kerana ia adalah tahap neuro-logikal tertinggi yang boleh menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan seperti masalah identiti, kepercayaan, keupayaan, kelakuan dan sekitaran.







Surat dari anak perempuan saya sebulan selepas masuk ke program KMI sengaja dipaparkan kerana boleh memberi gambaran keadaan kehidupan di sana. 





Seterusnya --- Ke GONTOR, Apa Yang Kau Cari - 2

Sunday, August 26, 2012

NLP: Teori dan Praktis

Suatu hari seorang Murid menulis surat kepada gurunya yang tinggal di seberang sungai.

“Guru, aku sudah mencapai tingkat spiritual yang ‘tidak boleh digoncangkan oleh 8 angin’. Kini jiwaku tenang dan tegar bagai gunung, hening bagai air telaga dan... (seterusnya) 

Lapan angin yang dimaksudkan ialah lapan keadaan hidup iaitu Pujian dan Penghinaan, Populariti dan Nama Buruk, Aman Sejahtera dan Bahaya, Berkat dan Musibah.

Setelah membaca, Guru itu tersenyum lebar membalas surat muridnya itu.

Murid itu dengan bangganya membuka surat gurunya. Dalam surat hanya tertulis satu perkataan: "Bohong"

Murid itu terus rasa marah,”Guru sungguh keterlaluan, selalu berfikiran negatif, suka curiga, prejudis dan bersangka buruk, aku harus segera menemui Guru, aku akan ajak debat terbuka dan aku akan buktikan yang aku tidak bohong!”

Murid itu segera mendayung sampan menyeberangi sungai. Setelah itu bergegas menuju ke rumah gurunya.

Baru hendak mengetuk pintu rumah, tangannya tertahan, mukanya yang merah padam berubah pucat. Kesombongannya hilang berganti rasa malu. Dengan kepala menunduk, dia melangkah perlahan-lahan menuju ke sampannya dan mendayung pulang.

Apa yang terjadi?

Di depan pintu rumah, gurunya melekatkan sekeping kertas yang tertulis:

“Katanya tidak boleh digoncangkan oleh 8 angin, ternyata hanya dengan perkataan "bohong" saja kamu sudah terpukul dan terpelanting sehingga menyeberangi sungai”.

* Murid itu hanya mengetahui teori tetapi belum praktis. Praktislah apa yang dipelajari, baru ianya memberi manfaat dalam kehidupan. Jika tidak, ilmu itu akan hilang sedikit demi sedikit.

Sumber: Internet

NLP: Harimau Dan Serigala

Di dalam sebuah hutan tinggallah seekor serigala yang cedera kakinya. Ia tinggal bersama seekor harimau yang besar. Kaki serigala itu cedera kerana ketika mahu menolong harimau yang dikejar pemburu, sebuah anak panah telah mengenai kaki belakangnya.

Kini serigala itu tidak boleh lagi memburu bersama harimau dan tinggal di dalam sebuah gua, jauh dari penempatan penduduk. Si harimau tahu membalas budi. Setiap kali selesai memburu, harimau akan membawa pulang sepotong daging untuk serigala.

Sebagai balasan, serigala menjaga keluarga harimau dari gangguan binatang lain. Laugan serigala mengerikan siapa pun yang mendengarnya. Rupanya, peristiwa itu telah sampai ke telinga seorang guru agama.

Tuan guru itu tergerak hatinya untuk datang bersama beberapa orang muridnya. Dia ingin memberikan pelajaran mengenai sifat pemurah dan persahabatan. Dia juga ingin menguji keberanian anak muridnya sebelum meluluskan pelajaran yang diajarkan olehnya. Pada awalnya banyak yang takut kepada harimau, namun setelah dibuat rapport yang berkesan, mereka semua mahu mengikutnya.

Setelah berjalan seharian, sampailah mereka di gua tempat harimau dan serigala itu menetap. Kebetulan, harimau baru saja pulang dari berburu dan sedang memberikan sepotong daging kepada serigala.

Melihat kejadian itu, tuan guru bertanya kepada murid-muridnya, “Pelajaran apa yang dapat kita lihat di sana?”.

Seorang murid berkata, “Guru, aku melihat kekuasaan dan kebaikan Allah. Allah pasti akan memenuhi keperluan setiap hambaNya. Karena itu lebih baik aku berdiam diri saja kerana Allah akan memberikan rezekiNya kepadaku melalui berbagai cara”.

Tuan guru tersenyum. Murid itu melanjutkan ucapannya, “Lihatlah serigala itu. Tanpa bersusah payah, dia boleh hidup dan mendapat makanan”. Selepas berbicara, murid itu memandang gurunya. Dia menanti jawapan dari gurunya.

“Betul, kamu tidak salah. Kamu melihat tetapi sesungguhnya kamu buta. Walaupun mata lahirmu boleh melihat tetapi mata batinmu lemah".

"Berhentilah berharap menjadi serigala dan mulailah berlaku seperti harimau!”


* tangan yang di atas lebih mulia dari tangan yang di bawah. Carilah kecemerlangan diri dan bantulah yang memerlukan.

Sumber: Internet

Saturday, August 25, 2012

Bengkel NLP Untuk Remaja

Bengkel "NLP Untuk Remaja" telah diadakan di Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM pada 25 Ogos 2012. Sebanyak 30 peserta mengikuti bengkel ini. Ia dikendalikan oleh Ir. Dr. Anuar Kasa dan Hanida Haron serta En. Mohd. Mustaqiim Asmuji dari Smart Excel Consultant yang memantau dan menyumbangkan kepakaran beliau dalam "Swish Pattern" dan "Circle of Excellence" (CoE) untuk menceriakan lagi bengkel ini.






Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah memberi partisipasi yang maksimum, kepada ibu-bapa yang memberi kepercayaan dan kerjasama untuk menjayakan bengkel ini serta jamuan hari raya di akhir bengkel, kepada pihak pentadbiran Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina yang menyediakan segala kemudahan, kepada En. Mohd. Mustaqiim Asmuji yang memantau dan Sarah Hazimah Azhar yang menjadi pembantu fasilitator.

Semoga ilmu dan pengetahuan mengenai NLP dipaktiskan dalam kehidupan supaya mencapai kecemerlangan diri. Tahniah! kerana anda telah bergerak satu langkah ke hadapan untuk berjaya. Anda cemerlang. Anda percaya dan yakin anda cemerlang. Anda putuskan anda cemerlang. Anda lihat, anda dengar, anda rasa anda cemerlang. Setiap hari anda bersyukur, berdoa dan amalkan NLP untuk cemerlang.  















Senarai peserta dan cita-cita:

1. FARHAN NAZREEN (GURU)
2. FARHAN OSAMA LADEN (USTAZ)
3. FARHAN IZZ (DOKTOR)
4. MOHAMMAD AIMAN IRFAN (JURUTERA)
5. MUHAMMAD HAZIQ MUQRI (JURUTERA)

6. MUHAMMAD HARRIZ HAKIMI (JURUTERA)
7. AINA AMALIA (PEGUAM)
8. MIRZA AQMAR (DOKTOR)
9. MUHAMMAD ZHARIF (ACCOUNTANT)
10. AHMAD WAFI (DOKTOR)

11. MUHAMMAD ALIFF (SOUND ENGINEER)
12. MUHAMMAD AFFIQ (PENULIS)
13. MUHAMMAD ARIFF (PEGAWAI BANK)
14. MOHD AKMAL HAFIZ (PILOT)
15. NUR SYAFIQAH (PEGUAM)

16. MOHD HUZAINI (tidak hadir)
17. MUHAMMAD ZUHAIMI (CHARTERED ACCOUNTANT)
18. NUR IZZATI (SCEINTIST)
19. AYNA DAMIA (ARKITEK)
20. NURUL ATIQAH (JURUTERA)

21. IMRAN HAZIM (JURUTERA)
22. SALMA HASYIMAH (DENTIST)
23. MUHAMMAD HAZIM (JURUTERA)
24. NURUL LIYANA (SCIENTIST)
25. NURUL HANAN (DOKTOR)

26. MUHAMMAD ADAM (ULAMA)
27. FADHLI MUKMIN (AHLI PERNIAGAAN)
28. AHMAD MUAZ (AHLI PERNIAGAAN)
29. AFIQAH HANIS (PENSYARAH)
30. SARAH HAZIMAH (ZOOLOGIST)

Semua peserta pasti mencapai cita-cita, berdoalah dengan bersungguh-sungguh dan berusahalah dengan bersungguh-sungguh ke arah cita-cita itu. Guna Rapport, apply Sensori (Lihat, Dengar dan Rasa), fokus pada cita-cita (Outcome) dan Fleksibellah untuk mencapainya.

Bergembiralah, cita-cita dalam genggaman anda! Mainkan wayang dalam minda anda berkali-kali. Anda telah mencapai kejayaan itu.. anda melihat universiti, anda mendengar pengajaran di universiti, anda belajar di universiti, anda memakai jubah, anda memakai topi, anda memegang ijazah... lihat, dengar dan rasakan kegembiraan anda mencapai cita-cita itu.  "MAN JADDA WAJADA".