Sunday, September 30, 2012

Dr AK: Alasan Mengapa Saya Suka NLP


Sumber: Internet

Dr AK: Meeting & Site Visit di Ipoh

Sabtu, 29 Sept. 2012. Mesyuarat di Ipoh dengan developer mengenai satu projek yang melibatkan kejuruteraan geoteknik di tanah bekas lombong. Selepas meeting pekena Kari Kepala Ikan yang terbaik pernah saya rasa di sebuah restoran di sana. Kemudian ke tapak untuk melihat keadaan tanah yang perlu dibaikpulih.











Friday, September 28, 2012

Dr AK: Kemahiran Persembahan


Jumaat, 5 Oktober 2012, satu slot mengenai "Presentation Skills" selama dua jam akan diadakan untuk kursus Projek Rekabentuk. Selain menerangkan teknik 3A (Akses, Amplify dan Anchor) dan meta-stating untuk mengatasi masalah gugup dan meningkatkan keyakinan diri sebelum memberi persembahan umum, ada 15 perkara yang akan dibincangkan dengan pelajar tahun akhir mengenai persembahan yang efektif.

1. Rapport Dengan Penonton
2. Melibatkan Penyertaan Dan Kalibrasi Penonton
3. Menyauh Spatial Dan Gesturing
4. Induksi Keadaan Diri Dan Penonton
5. Melakukan 4 MAT (Why, What, How & What else)
6. Keberkesanan Suara (Tone, Sauh Analog, Pause)
7. Demo Dan Pengetahuan Subjek
8. Metafora Dan Penceritaan
9. Pertanyaan Dan Soalan Relevan
10. Kerangkaan; Permulaan, Pertengahan Dan Akhir Sesi
11. Menangani Soalan & Isu
12. Penyampaian VAK Secara Fleksibel
13. Kawalan Penonton Dan Peripheral Vision
14. Ayat-ayat Yang Mempengaruhi
15. Kawalan Pentas & Pentadbiran

Wednesday, September 26, 2012

Dr AK: Kursus MATLAB Semester 1 UKM

Salam semua,

Untuk penyelidik sarjana (MSc & PhD) terutamanya yang mendaftar di UKM, jika berminat untuk mengikuti kursus MATLAB pada semester ini, ia diadakan pada:

Hari:  Setiap Khamis
Tempat: Makmal CAD/CAM, FKAB, UKM
Masa: 10 pagi - 12 tengahari
Seat kosong: 5 sahaja

Tiada bayaran dikenakan. Yang penting MATLAB digunakan dalam penyelidikan.

Dr AK.






Saturday, September 22, 2012

Dr AK: Certified NLP for Teachers di Bangi

22-23hb. September 2012. Bengkel "Certified NLP for Teachers" diadakan di Bandar Sri Putra, Bangi. Fasilitator hebat yang mengendalikan kursus ini ialah Mr. K dan Mohd Hamka. Peserta terdiri daripada pelbagai profession terutamanya guru dan kaunselor.

"Saya teruja melihat Mr. K dan Hamka menyampaikan NLP for Teachers. Banyak ilmu yang dapat saya kutip dari mereka yang begitu dedikasi dengan NLP. Saya tidak teragak-agak untuk memberi rekomen kepada sesiapa yang ingin mendalami ilmu NLP. Mereka tahu apa yang mereka buat.

Apa yang saya bawa balik hari ini? Saya akan ingat kata-kata Mr. K, "kitalah (ibu-bapa) yang merosakkan nilai-nilai murni yang ada dalam diri anak-anak jika tiada pengetahuan NLP"... kata-kata yang menyentuh hati kerana kebenarannya boleh dilihat, didengar dan dirasa di mana-mana. Saya juga akan sentiasa ingat paten "Coklat Godiva" dari Hamka untuk menukarkan kelakuan dari "tidak boleh minum madu" kepada "boleh minum madu", dan terbukti peserta boleh minum madu. Excellent job!" - Dr AK. 














Thursday, September 20, 2012

Dr AK: Penyelidik! Tuan perlukan Artificial Neural Networks


Salam ceria kepada semua penyelidik,

Saya perihatin kepada penyelidik yang sedang berjuang dalam Program Master & Ph.D. Mungkin minda anda sedang kusut untuk menyelesaikan masalah penyelidikan?

(i) Bagi yang baru mula, mungkin mencari idea untuk tajuk penyelidikan
(ii) Bagi yang sedang menjalankan penyelidikan, mungkin tercari-cari metodologi yang sesuai untuk analisis data
(iii) Bagi yang di akhir penyelidikan, mungkin keputusan analisis tidak memuaskan, terpaksa tukar kaedah baru.

Apa pun bidang pengajian anda; Kejuruteraan, Pendidikan, Ekonomi & Perniagaan, Kehakiman, Perubatan, Sains Tulen, Sains Teknologi Maklumat, Matematik, Psikologi, Sains Sosial, Pengajian Islam, Politik dan lain-lain, anda perlu melakukan analisis ke atas data penyelidikan. Anda boleh lihat contoh masalah di bawah dan fikirkan masalah anda, mungkin Artificial Neural Networks (ANN) boleh membantu. Mungkin anda telah membuat survei atau kajian makmal dan mempunyai banyak data Input dan Output seperti di bawah;

(i) Sains Perikanan
Data Input:  (1) berat ketam, (2) lebar ketam, (3) saiz penyepit dan lain-lain.
Data Output: (1) jantina ketam

(ii) Sains Kesihatan (Perubatan)
Data Input: (1) saiz leher, (2) saiz pinggang, (3) berat badan dan lain-lain
Data Output: (1) kandungan lemak dalam badan

(iii) Ekonomi
Data Input: (1) jarak dari pekan, (2) kadar jenayah, (3) jumlah penduduk dan lain-lain
Data Output: (1) harga rumah

(iv) Kejuruteraan
Data Input: (1) beban, (2) diameter bahan, (3) jenis bahan, dan lain-lain
Data Output: (1) kekuatan maksimum

(v) Penyelidikan Anda
Data Input: fikirkan sendiri Input
Data Output: fikirkan sendiri Output


Jika anda mempunyai banyak data Input dan Output, kemudian ingin menganggar (predict) nilai Output berdasarkan data Input dan Output yang sedia ada, penggunaan ANN adalah sesuai terutama apabila kaedah Statistik tidak memberi kejituan yang diingini.

Dan jika anda perlu menghasilkan Sistem atau Perisian untuk menganggar nilai Output bila nilai Input diketahui, anda boleh menggunakan MATLAB.

Atau jika anda hanya ingin mengetahui hubungan dalam bentuk persamaan antara nilai Input dan Output, anda perlu tahu kaedah Statistik yang "advanced" seperti Response Surface Methodology (RSM) terutama apabila mempunyai data Input lebih dari satu. Dalam bengkel ini analisis RSM, ANN dan ANFIS (Adaptive Neuro-Fuzzy Inference System) akan dilakukan secara hand-ons. Perbandingan hasil analisis (error) akan dilakukan dengan menggunakan data sebenar di lapangan.


Anda tidak perlu mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk mengetahui ANN dan Kaedah Statistik Advanced serta ANFIS untuk menyelesaikan masalah anda, dengan hanya dua hari, anda dapat menyelesaikannya.

Bengkel "Introduction to MATLAB & Artificial Neural Networks":
http://www.bengkelmatlab.com/

Dan jika anda sudah terlalu "meta" dalam penyelidikan, silalah ke "Klinik Meta-State", dibuka untuk appointment setiap Jumaat. :) 

Yang perihatin,

Ir. Dr. Anuar Kasa
Fasilitator / Pengurus Program

Tuesday, September 18, 2012

Dr AK: Fundamental of MATLAB & Artificial Neural Networks


18hb Sept. 2012. Bengkel "Fundamental of Matlab & Artificial Neural Networks" diadakan di Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM. Peserta terdiri daripada pelajar sarjana dan PhD serta pensyarah dari pelbagai bidang. Hari ini peserta didedahkan dengan pengaturcaraan komputer menggunakan MATLAB.

"Saya teruja melihat semangat peserta untuk mendalami pengaturcaraan komputer. Kebanyakannya menggunakan MATLAB dan ANN untuk menganalisa data dalam penyelidikan mereka. "Good Luck!" - Dr AK

Maklumat lanjut mengenai bengkel:
http://www.bengkelmatlab.com/






19hb. Sept. 2012, hari kedua Bengkel MATLAB dan Artificial Neural Networks. Hari ini peserta didedahkan dengan "flow control" dan Artificial Neural Networks dengan menggunakan data sebenar di lapangan. Peserta juga didedahkan dengan analisa statistik menggunakan kaedah "Response Surface Methodology".