Sunday, September 2, 2012

NLP: Karot, Telur dan Kopi

Seorang anak mengeluh pada ayahnya tentang kesulitan yang dialami. Dia tidak tahu berbuat apa dan ingin menyerah saja. Ayahnya, seorang tukang masak tersenyum dan membawa anaknya ke dapur lalu mengambil tiga buah periuk kecil, mengisi masing-masing dengan air dan menjerang di atas dapur. Beberapa saat kemudian air mendidih.

Pada periuk pertama, dimasukkan karot, periuk kedua telur dan periuk ketiga serbuk kopi. Kemudian dibiarkan masing-masing mendidih. Dua puluh minit kemudian, si ayah mematikan api lalu menyedok karot dan meletakkannya pada sebuah piring, begitu juga kepada telur. Air kopi pula dimasukkan ke dalam cawan.

Si Ayah menoleh kepada anaknya dan bertanya, "Apa yang kau lihat, nak?"

"Karot, telur dan kopi" jawab si anak. "Apa maksud semua ini, ayah?" tanya si anak.

Si ayah menjelaskan bahawa setiap benda tadi telah mengalami hal yang sama, iaitu direbus dalam air mendidih tetapi selepas direbus mereka berubah menjadi sesuatu yang berlainan.

Karot yang keras bila direbus menjadi lembut. Telur pula sebaliknya, yang mudah pecah bila direbus menjadi keras. Serbuk kopi pula setelah direbus, mengubah air yang merebusnya dengan aroma yang sedap.

"Maka, yang manakah dirimu?" tanya si ayah pada anaknya. "Selepas mengalami kesulitan, perubahan apa yang terjadi pada dirimu? Apakah kau menjadi karot, telur atau kopi?"

* Setiap orang tidak sama dari segi persekitaran, kelakuan, keupayaan & kemahiran, kepercayaan & nilai, serta identiti diri. Jika orang lain yang nampak lebih berkeupayaan gagal menempuh suatu ujian, belum pasti kita juga akan gagal sepertinya. Kejayaan lebih bergantung kepada "Kepercayaan" dari "Keupayaan" diri.

Sumber: Internet

No comments:

Post a Comment