Saturday, February 22, 2014

Meta-Coaching (3) - Aaarrrgghh! gagal lagi


"Tak sangka benchmarking sampai begini detil" kata hati saya selepas menerima feedback dari benchmarker, seorang certified meta-coach dalam kursus meta-coaching selama lapan hari.

Mula-mula rasa "down" juga apabila melihat skor bawah tahap lulus (2.5) untuk pelbagai kemahiran coaching. Seperti yang saya sebut dalam posting terdahulu, ada tujuh aktiviti atau kemahiran utama dalam meta-coaching iaitu "supporting", "listening", "questioning", "meta-questioning", "giving feedback", "receiving feedback" dan "inducing states".

Bila dapat berita dari rakan yang bertahun-tahun dalam dunia coaching (yang saya tahu ICF-coach dan NLP-coach), kaunselor dan psikologist juga mendapat skor yang "seciput", keceriaan datang semula. Dalam hati "aku ini tidaklah teruk sangat, dari background engineering." Meta-coaching adalah kemahiran yang berbeza, mungkin semakin berpengalaman dalam coaching (bukan meta-coaching) semakin sukar untuk mengubah kepada kemahiran baru ini.

Saya anggap ianya sebagai proses pembelajaran kerana terdapat 7 ujian selama berkursus. Setiap peserta perlu lulus setiap kemahiran sebanyak dua kali semasa berkursus dan sekali di luar kursus untuk mendapat sijil "certified meta-coach".

Mulanya rasa tergadai juga "ego" terutama apabila kemahiran "supporting" (bersuai-kenal dan membantu melancarkan sesi coaching) yang nampak remeh boleh gagal sedangkan semua peserta adalah Pengamal Master NLP atau Pengamal Asas NLP (ISNS) + Coaching Essensial + Coaching Genius yang sepatutnya sudah "hadam" melakukan rapport dengan teknik NLP seperti "mirroring" dan sebagainya. Kursus tersebut adalah pra-syarat untuk menjalani kursus meta-coaching.

Bila diingat, masih terngiang-ngiang suara benchmarkers yang datang dari pelbagai pelusuk negara; New Zealands, Australia, Singapura dan Indonesia. Setiap tiga orang peserta, seorang certified meta-coach disediakan sebagai benchmarker. Jadi untuk kursus tersebut yang mempunyai 30 peserta, penganjur perlu menyediakan sekurang-kurangnya 10 benchmarkers, terpaksa diimport dari pelbagai negara. Di Malaysia sekarang (2014) terdapat lebih kurang 40 meta-coaches.

Selepas mengadakan sesi coaching selama 22 minit (sesi awal) atau 30 minit, benchmarker akan duduk di sebelah coach, menunjukkan helaian rekod, berkenal-mesra (rapport) dan berkata lebih kurang,

"Sudah bersedia untuk mendengar keputusan? Ini hanyalah keputusan yang saya lihat dan dengar, kamu sebenarnya lebih dari keputusan ini (you're more than this result).

Untuk kemahiran pertama iaitu supporting (sambil menunjuk bahagian supporting di atas kertas rekod dengan jari), saya bilang kamu telah set tujuh kerangka (frames) sebelum sesi bermula iaitu "meta-coach", "calm", "confident", "centered", "confront", "30 minutes" dan "support from beginning to the end".

Untuk match external, saya perhatikan 8 kali kamu matchkan kedudukan tangan, energy kamu 6 klien 8, posture badan kamu membengkok begini (menunjukkan aksi) manakala klien menegak, voice volume kamu 5 manakala klien 7, voice tempo kamu 6 manakala klien 7, voice tone kamu dan klien sama 5.

Untuk semantic match, saya sempat rekod tiga kali kamu matchkan pergerakan tangan mengikut klien iaitu semasa klien menyebut "finish", "without quality" dan "happy", kemudian saya berhenti mengira.

Untuk mempunyai kemahiran supporting pada aras 3.5 kamu perlu "identify pattern", saya dengar kamu lakukan sekali iaitu semasa klien menyebut "happy" sebanyak 4 kali dan kamu bertanya lebih lanjut maksud "happy" tersebut, kamu perlu "confront", saya rekod sekali bila kamu sebut "you said you've tried many times, but where's your plan?", kamu juga perlu ada "commitment" yang mana saya tidak rekod kamu melakukannya.

Pada aras 3.0 kamu perlu "acknowledge", "validate", "celebrate", "set frames", "hold frames", "challenge" ... saya perhatikan kamu "hold frame" "30 minutes" pada minit ke 10 bila klien masih belum jelas dengan tujuannya.

bla! bla! bla!...

Saya perhatikan kamu secara umumnya beroperasi pada tahap 3.5, memandangkan kamu telah melakukan pergerakan ibu jari tanpa sedar (fidgeting) sebegini (ditunjukkan aksi) sebanyak 7 kali, kamu tidak melakukan semantic match sebanyak 3 kali iaitu bila klien menyebut "good", "house" dan "big" (ditunjukkan aksi), kamu "intterupt" sekali pada minit ke 18 tetapi tidak menggangu perbualan, saya tidak kira ini untuk memotong markah. Kamu tidak "judge" dan "impose". Markah untuk kemahiran supporting ialah 2.0.

Adakah kamu okay dengan markah tersebut?"

Dalam hati coach, "Aaarrrgghh! gagal lagi." Dia hanya mampu mengangguk, mengatakan "okay!" dan beradap baik ketika mendengar "feedback" kerana kemahiran "receiving feedback" juga dinilai.

No comments:

Post a Comment