Friday, September 19, 2014

Kursus MATLAB sudah penuh



Cabaran baru. 97 siswa ditempatkan di makmal yang mempunyai 83 komputer. Nampaknya mungkin setengah pelajar perlu membawa laptop sendiri. Mungkin saya perlu lebih kreatif, menggunakan kaedah "flipped classroom".

Dari survei pagi ini mengenai apa yang mereka MAHU daripada kursus ini, kebanyakannya memberi jawapan biasa seperti mendapat gred A dan skor cemerlang. Jawapan yang menarik antaranya menjadi genius dan banggakan ibu-bapa. Jawapan yang agak ganjil ialah mahir membaiki komputer dan menjadi pendakwah.Apa-apa pun semuanya jawapan yang hebat.

Tugas seterusnya menjadikan apa yang mereka MAHU kepada apa yang mereka PERLU. Mahu saja tidak cukup. Itu pentingnya kemahiran "Inducing States", salah satu dari tujuh kemahiran dalam Meta-Coaching. Kemahiran lain ialah (1) supporting, (2) listening, (3) asking WFO questions, (4) asking meta questions, (5) receiving feedback, dan (6) giving feedback.



No comments:

Post a Comment