Friday, April 10, 2015

Certified Basic Practitioner of NLP (NFNLP/MFNLP) - Night 1

6 April 2015. Alhamdulillah, Modul 12 malam Certified Basic Practitioner of NLP (NFNLP/MFNLP) berjalan dengar lancar. Kumpulan kecil ini terdiri daripada tiga peserta dari Akademi Grafologi Malaysia (AGM) dan dua dari UKM iaitu pelajar sarjana dan doktor falsafah. Tinggal satu kerusi lagi yang insyaallah akan diisi oleh seorang lagi pelajar sarjana malam esok.

Peserta dari AGM mengikuti kursus ini dengan tujuan untuk memantapkan lagi grafoterapi (terapi analisa tulisan tangan) dengan teknik-teknik NLP manakala dari UKM untuk menukar sikap (behaviour change) masyarakat dengan teknik NLP supaya menggunakan tong sampah kitar semula. Projek penyelidikan ini melibatkan lebih dari 10 jurulatih sukarela di peringkat sarjana yang akan melatih lebih kurang 50 pelajar tahun dua Fakulti Kejuruteraan UKM. Mereka akan bertemu dengan masyarakat dan memberi penerangan secara besar-besaran dan berkala di Bangi.

MFNLP yang telah ditubuhkan oleh 7 Trainers dari NFNLP, USA menjadikan Wisma UNIKEB UKM sebagai tapak untuk mengembangkan sayapnya. Selain bertujuan untuk pensijilan NLP, MFNLP juga bertangungjawab untuk memastikan NLP dikendalikan mengikut standard dan kualiti yang ditetapkan.

Malam Pertama: 

Pengenalan
Apa Itu NLP?
Sejarah NLP
Q & A berkenaan NLP
Kesedaran Sensori
Virginia Satir?
Milton Erickson?





No comments:

Post a Comment