Thursday, April 11, 2013

Dr AK: AirAsia oh AirAsia


10 April 2013. Menghadapi masalah dengan servis AirAsia, isunya ialah saya tidak dibenarkan check-in bagasi kerana sudah tutup. OK lah mungkin saya sudah lewat. Bila saya bawa bagasi untuk cuba masuk melalui pintu perlepasan, saya disekat oleh pengawal AirAsia di situ. Saya katakan tidak boleh check-in dari kaunter, dia kata “masih boleh, belum 45 minit lagi”. Saya kata “saya dah cuba tapi tidak boleh”. Dia kata “ada banyak masa lagi, mesti boleh, pergi ke kaunter hujung sekali”. Saya pun berkejar ke sana membawa bagasi, manatau kalau-kalau boleh sebab kaunter yang berbeza. Bila sampai di kaunter tersebut, setelah aplikasi pelbagai ilmu termasuk NLP dan segala mak nenek ilmu lagi hasilnya masih tidak boleh. Maksudnya tidak boleh tu memang tidak bolehlah.

Saya tengok satu keluarga di situ menghadapi masalah yang sama, sangkut di kaunter tersebut untuk merayu. Hendak merayu macamana, pegawai yang menjaga kaunter itu kata dialah supervisor dan dialah manager di situ. Di satu kaunter lain terdengar "terlebih 3 kilo, 1 kilo RM50, kalau tak bayar takkan saya nak bayar". Dalam hati berkata "masih banyak yang perlu AirAsia perbaiki terutama urusan di kaunter, menanggani masalah pelanggan dengan berhemah serta komunikasi berkesan antara staf AirAsia supaya arahan tidak bertentangan, yang menjadi mangsa ialah pelanggan."

Ingatkan urusan kaunter sahaja, rupanya di atas pesawat juga sama. "Kita terpaksa mendarat di airport Jakarta kerana cuaca buruk dan alat komunikasi di airport Bandung rosak" begitulah kata-kata kapten yang saya faham. Urusan saya di Bandung tertunda beberapa jam kerana masalah itu. Namun di sebalik kejadian yang berlaku, ada perkara yang mengubat jiwa, teringat peramugari AirAsia yang menyuruh saya relax, memberi isyarat dari jauh supaya jalan perlahan-lahan seolah-olah faham melihat saya termengah-mengah kerana berjalan laju untuk mengejar flight yang jauhnya saya rasa lebih dari 1 km dari pintu perlepasan.