10 April 2013. Bersama Pak Irfai, guru hipnoterapi dan Pak Avivy, guru grafologi di Kota Bandung. Tiga kotak buku yang harus dipelajari untuk memantapkan diri dalam ilmu ini. Bila melihat buku-buku yang bertimbun dan bermodul ini, teringat pengajian diploma "Microcomputer and Microprocessor" yang saya jalani di Pittsburgh secara jarak jauh semasa mengikuti pengajian sarjanamuda Kejuruteraan Awam dulu. Saya mengambil masa dua tahun sebelum diberi sijil oleh National Radio Institute, Washington. Pengetahuan grafologi penting untuk mengetahui personaliti dan karakter seseorang melalui tulisan tangan.