Ya Allah! Tuhan yang memiliki segalanya. Berilah aku istiqamah untuk terus berjalan di atas jalanmu.
Ya Allah! Tuhan yang Pengasih dan Penyayang. Sayangilah aku dengan rahmatMu.
Ya Allah! Tuhan yang Suci. Sucikan diriku dari segala kotoran dosa.
Ya Allah! Tuhan yang Bijaksana. Limpahkanlah ilmu kebijaksanaan ke dalam dadaku.
Ya Allah! Tuhan yang Agung. Tetapkan mataku untuk melihat KeagunganMu.
Ya Allah! Sesungguhnya aku terlalu lemah menghadapi setiap ujianMu dan terlalu lalai menerima godaan syaitan dan nafsu. Janganlah Engkau tinggalkan aku. Aku berpaut pada kasih sayangMu dan kecintaanku pada Muhammad dan ahli keluarganya.

*********
Alhamdulillah!
tuan berpeluang untuk belajar di luar negara. Tahniah! Sebenarnya tuan
yang lebih maklum mengenai diri tuan untuk buat pilihan samada belajar
di dalam negeri atau luar negara. Saya cuma boleh berikan satu sudut
pandang berdasarkan pengalaman.
Bila tuan di luar negara, tuan akan lebih fokus pada pengajian; tidak perlu terlibat dengan majlis perkahwinan dan doa selamat saudara-mara, sahabat dan jiran-jiran, kurang terpengaruh dengan aktiviti sampingan untuk tambah pendapatan seperti berniaga, melabur dan memberi kursus di sana-sini, bergaul dan bersahabat dengan masyarakat Melayu yang sama cita-cita.
Tetapi yang lebih saya suka ialah dapat merasai hidup berkeluarga yang lebih ideal dan islamik; tuan dan keluarga tuan tidak mengumpul harta atau mengejar kemewahan kerana sedar hidup di sana hanyalah sementara; tuan bergembira dengan pergi melawat ke sana-sini bila berpeluang dan yang lebih penting isteri dan anak-anak tuan pun faham bahawa mereka tidak akan lama di situ, jadi tidak meminta itu dan ini serta redha walaupun hidup bersederhana.
Hidup ini singkat dan kita cuma pengembara tuan, travel light amat penting untuk berjaya sampai ke destinasi. Kalau tuan tidak percaya boleh tanya tourist guide orang asli.

Tuan
tengok di hujung sana. Mereka ada masa, ada wang dan ada tenaga untuk
datang ke sini; borak-borak, makan-makan dan hisap hooka beramai-ramai.
Kalau mereka masih di sekolah rendah mungkin mereka dengar cakap kita sebagai role model. Bila di sekolah menengah, pengaruh kita sudah kurang. Mereka dengar cakap rakan sebaya lebih dari ibu-bapa.
Kalau kita boleh pastikan masa mereka dipenuhi dengan aktiviti yang berguna 24 jam, tenaga mereka digunakan untuk kerja yang berfaedah 24 jam dan wang yang kita diberi dibelanjakan untuk perkara yang baik 24 jam maka insyaallah mereka akan selamat dari masalah dadah, rempit, bohsia, budaya kuning, couple-couple, ponteng sekolah, rosakkan harta awam dan lain-lain.
Masalahnya kita tidak ada masa, kita tidak ada tenaga dan kita tidak ada wang untuk bimbing dan pantau mereka 24 jam kerana kita juga sibuk bekerja.
Masyarakat di bandar bukan seperti masyarakat di kampung yang rajin menegur jika melihat sesuatu yang tidak kena dilakukan oleh anak jiran. Kadang-kadang jiran sebelah rumah pun ada yang tidak kenal.
Cara paling mudah dan selamat ialah pastikan anak-anak kita berkawan dengan rakan yang baik dan berada di persekitaran yang baik. Biar mereka pilih kawan bukan kawan pilih mereka.
Bila ada ruang masa dengan anak-anak, dekati mereka, dengari cerita mereka, dasari hati mereka kemudian bimbing mereka menggunakan model dunia mereka bukan model dunia kita. Kita juga perlu kenali ibu-bapa rakan anak-anak kita dan saling bertanya khabar. Kita perlu tahu ke mana mereka pergi dan dengan siapa.
Eh! Maaf tuan, tidak perasan hooka dah tak berasap. Nanti saya order perasa yang baru. Kita sudah cuba perasa epal, belum cuba perasa pisang lagi.

mahu jadi kaya atau miskin adalah pilihan tuan tetapi jika tuan cinta
akan sunnah dan sirah, nabi saw memilih untuk zuhud atau bersederhana.
Kata isterinya Aishah, nabi saw dan seisi rumahnya tidak pernah kenyang lebih dari 3 hari sehinggalah beliau wafat. Kadang-kadang dapur tidak berasap lebih dari sebulan kerana makan buah kurma saja. Pernah mereka tidak makan untuk berbuka puasa kerana memberi kepada yang meminta. Nabi saw tidur di atas tikar, bila bangun berbekas ditubuhnya dan tidak nyenyak tidur bila ada baki wang yang tinggal dalam simpanan tidak diberi kepada yang memerlukan.
Mungkin tuan ingat nabi saw tidak berharta atau sememangnya miskin? Tidak tuan, nabi saw memilih untuk hidup sederhana walaupun wang dan harta penuh di tangan. Hasil ladang kurma kepunyaannya di Fadak cukup banyak dan cukai/harta dari negara jajahan melimpah ruah begitu juga dengan khum, seperlima rampasan perang untuknya. Nabi saw banyak harta tetapi memilih untuk hidup sederhana.
Mungkin tuan tertanya-tanya mengapa nabi saw memilih untuk hidup sederhana. Mungkin nasihat beliau kepada orang-orang Ansar yang datang ke masjid untuk mengambil harta dari Bahrain yang dibawa oleh Abu Ubaidah boleh memahamkan tuan. Kata nabi saw "Demi Allah, bukan kefakiran yang aku khawatirkan terhadap kalian, tetapi yang aku khawatirkan adalah jika kekayaan dunia dilimpahkan kepada kalian sebagaimana telah dilimpahkan kepada orang-orang sebelum kalian, kemudian kalian akan berlomba-lomba mendapatkannya sebagaimana mereka berlomba-lomba dan akhirnya dunia itu membinasakan kalian sebagaimana ia telah membinasakan mereka".
Tuan mungkin tahu harta itu membawa kepada kemewahan dan kelazatan. Tengok saya, bila saya ada duit lebih sedikit, saya bawa anak isteri saya makan di Pizza Hut. Sekali kami merasa sedapnya dunia kami hendak lagi dan lagi sehingga budaya makan lazat sebati dan tidak boleh dielak lagi. Saya sudah tidak boleh berpatah balik lagi sebab itu tuan perlu naikkan gaji saya. Bukan untuk saya tuan tetapi untuk anak isteri saya yang sudah terbudaya makan lazat. Dengan gaji sekarang sekali-sekala mampulah tetapi kalau selalu terpaksa berhutang tuan.

Sekali-sekala
bila kita letih dengan kehidupan yang mencabar atau kita ingin meminta
sedikit kemanjaan untuk rasa disayangi atau kita mencari ketenangan
dalam kekusutan, kita rebahkan badan, letakkan kepala di atas riba
seseorang yang kita sayang dan biarkan apa yang ada di dalam minda dan
dada hilang begitu saja. Kita rehat dengan merasai kasih sayang.
Kaum wanita beruntung kerana boleh bergantung harap kepada riba ibu, ayah, suami dan rakan-rakan yang banyak. Malangnya kaum lelaki hanya boleh berteduh di riba ibu dan isteri. Mungkin sebab itu lelaki terpaksa mencari riba baru bila cuba letakkan kepala di riba isteri dikata "buang tabiat ke? dah tua bangka perangai macam anak kecil". Di mana hendak cari riba lain kalau ibu sudah meninggal dunia? Kesian kaum lelaki.

Ada
beza antara (i) berjalan, (ii) berlari dan (iii) tersadung jatuh. Kita
adalah penunggang kuda yang menentukan tujuan dan arah perjalanan samada
hendak menunggang secara perlahan atau laju tetapi jika kuda tersadung
dan kita jatuh tersungkur, itu adalah dugaan dan ketentuan Allah. Kita
cuma hambaNya. Belajarlah untuk bangun semula dan menunggang lagi.
Tetapi jika kita tahu kuda itu sudah mati, amatlah tidak cerdik jika
kita masih menunggang kuda tersebut untuk sampai ke destinasi.
**********
Ya
Allah! Indahnya ciptaanMu di luar sana. Engkaulah yang Pengasih dan
Penyayang. Engkaulah yang Merancang dan Menghisab. Engkau jualah yang
membolak-balikkan hati hambaMu.
Ya Allah! Sesungguhnya minda dan hatiku adalah milikMu. Uruskanlah keduanya dengan sebaik urusan dan janganlah Engkau biarkan aku menguruskannya walaupun seketika. Jadikanlah aku seorang hamba yang berjalan di atas jalanMu. Janganlah Engkau biarkan aku terlalai dengan tanggung-jawabku dan terleka dengan permainan dan keindahan dunia yang mengasyikkan. Sampaikan kerinduanku pada kekasihMu Muhammad dan ahli keluarganya. Amin.