Matahari kemerahan,
Mata kepedihan,
Bila lagi rahmat Tuhan,
Aku sudah tidak tahan. - kata sang "kerbau"
PS: Tengok kerbau-kerbau ini sambil mengosok siku yang pernah berparut kerana kemalangan "head to head" dengan kerbau.
25 Jun 2013, 10:00am - 12:00pm. Menunggu
seorang pelajar menghadapi makeup exam. Melihat dia tekun menulis
terfikir mengenai strategi penulisan yang ada dalam mindanya. Peta minda
saya mengatakan menulis mudah bagi setengah orang dan sukar bagi yang lain. Lebih sukar lagi jika mahu mempengaruhi.
Ada orang menulis mengikut rasa asalkan sampai tujuan tanpa memikirkan
strategi. Cabaran penulis mengikut peta minda saya ialah menentukan
samada mesej disampaikan; (i) secara sedar atau separa sedar (subconsious) atau yang mana satu lebih dominan, (ii) kepada kumpulan pembaca yang bagaimana; visual, auditori, kinestetik atau kombinasi, (iii) menggunakan metapogram apa; internal-external, moving away-moving toward, general-spesifik, option-prosedur, dll (iv) oleh siapa; posisi pertama (saya), kedua (kamu), ketiga (kita) atau keempat (mereka), (v) mengunakan frame apa; preframing dan reframing. (vi) memuaskan hati sendiri atau menjaga hati pembaca. (vii) mempunyai pintu keluar supaya telus hujah ahli logika seperti menggunakan perkataan kebanyakan, mungkin, biasanya. (viii) menggunakan bahasa hati, Ad (digital audio) jika mahu terkesan dan berimpaks tinggi spt. hasil karya arwah Yasmin dalam iklan-iklan. (ix) berbentuk kabur (Milton) atau spesifik (Meta Model) bergantung samada mahu berdiplomasi atau berhujah. (x)
menggunakan metafora atau perkataan-perkataan hipnotik seperti
"tertanya-tanya", "kerana", "anda", dll. untuk menghasilkan trance.
Walau apapun, cerita berdasarkan pengalaman sendiri adalah menarik, mempengaruhi dan kurang bantahan (komen). Nampak
kurangnya penulis/pengarah seperti arwah Yasmin di pasaran yang mahir
menyentuh perasaan. Tools boleh didapati dalam NLP.