Sabtu, 15 Februari 2014

Dr AK: META-COACHING - (1)



Sambil mengadap laptop/mobile seperti anda juga saya tertanya-tanya bagaimanakah cara yang mudah hendak membezakan antara "coaching" dan "meta-coaching".

Sebelum pergi lebih jauh, saya terfikir juga mungkin ramai yang masih salah faham dengan "coaching" kerana makna yang diberikan oleh kebanyakan orang serta popularnya "sport coaching". Mungkin ada di antara kita yang membayangkan tugas seorang coach ialah memberi kemahiran misalnya memperbetulkan cara menendang supaya bola boleh melencong masuk ke penjuru gol.

Mungkin ada yang beranggapan "coaching" bermaksud membimbing supaya seseorang menjadi lebih hebat dengan menyelesaikan halangan yang wujud serta memperkasakan ilmu pengetahuan yang ada misalnya presenter dicoach supaya hilang gemuruh dengan teknik NLP dan dilakukan demo bagaimana hendak melakukan "spatial anchoring" supaya penonton lebih mudah faham jalan cerita, menjadikan dia presenter yang hebat.

Kedua-dua coaching yang disebutkan itu bukanlah "meta-coaching" kerana melibatkan kandungan (content) seperti memberi kemahiran dan melakukan terapi kepada coache (orang yang dicoach).

Tugas meta-coach ialah mencungkil sumber yang ada dalam diri coache, tiada kemahiran (content) malah tiada cadangan disampaikan. Meta-coach tidak dibenarkan memberi cadangan walaupun jawapan ada di tangannya. Dia hanya boleh bertanyakan soalan sahaja supaya coache dapat menggunakan mindanya sendiri untuk mencari penyelesaian.

Contohnya untuk menyedarkan coache bahawa dia tidak sesuai berkawan dengan seorang penagih dadah, meta-coach akan bertanyakan soalan supaya coache berfikir. Kesedaran terbit dari buah fikirannya sendiri bukan dicadangkan oleh coach. Contoh soalan seperti "Dengan berkawan dengan seorang penagih dadah, apakah faedah yang diperolehi untuk mencapai matlamat anda?" Kesedaran yang terbit dari fikiran sendiri akan dipegang lebih lama.

Secara ringkasnya, boleh dikatakan meta-coach tidak mengubah kandungan tetapi memberi fokus kepada struktur dan konteks sesuatu perkara. Ianya seperti perancah (scafolding) bangunan, ia menstrukturkan bangunan supaya mencapai bentuk dan puncak yang dikehendaki tetapi tidak melibatkan kandungan bangunan tersebut seperti penambahan batu dan simen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan