Saturday, February 15, 2014

META-COACHING - (2)


Dalam posting pertama, saya beranggapan ramai yang telah mendapat gambaran maksud "coaching" yang ingin disampaikan. Untuk recap, boleh dikatakan tugas coach tidak mengajar kemahiran tertentu atau melakukan terapi tetapi melihat kepada struktur dan proses untuk mencapai outcome.

Tujuan coaching ialah untuk membawa coache dari keadaan diri (prestasi) masa sekarang kepada keadaan diri (prestasi) yang diingini (masa hadapan). Ayat mudah ialah membawa coache kepada apa yang dia mahu. Coach hanya bertanyakan soalan supaya coache dapat berfikir dan bergerak ke arah outcome menggunakan sumber yang ada pada diri coache.

Bagaimana kalau si coache agak lembab dan tidak pandai berfikir untuk mencapai outcome? Tidak capailah hajat si coache?

Salah satu soalan untuk mencapai KPI (Key Performance Indicator) dalam coaching ialah "Apakah sumber dalaman dan luaran yang anda (coache) ada untuk mencapai outcome?" Kalau coache tiada sumber dalaman seperti pengetahuan, kemahiran, kebolehan berfikir dengan baik, dll, dia boleh menggunakan sumber luaran seperti mendapat bantuan daripada pakar, ayah, pak cik, dsbnya untuk mencapai outcome. Tugas coach menjadi 'guide' dalam berfikir dan memantau prestasi.

Di pasaran terdapat pelbagai jenis coaching seperti Meta-coaching, SOIF coaching, ICF coaching, New Ventures West coaching, dsbnya sehingga saya sendiri pun macam hendak mempelopori "grapho-coaching" yang menggunakan pengetahuan grafologi (analisa tulisan tangan) di samping kemahiran coaching.

Tidak adil jika saya memperkatakan atau lebih lagi menilai sesuatu kemahiran coaching yang saya tiada ilmu dalamnya. Apa yang boleh saya buat ialah menerangkan Meta-coaching dan biarkan anda menilai berdasarkan kemahiran anda dalam bidang masing-masing termasuklah "kaunseling" yang saya rasa "sama" sahaja secara konsep dan matlamat dengan "coaching".

Meta-coaching! Di mana mahu saya mulakan? Mungkin cara terbaik ialah membedah meta-coaching mengikut komponen. Saya potong meta-coaching kepada 7 bahagian iaitu;

(i) Supporting
(ii) Listening
(iii) WFO (well-formed outcome) Questioning
(iv) Meta-Questioning
(v) Giving feedback
(vi) Receiving feedback
(vii) Inducing states

Inilah tujuh aktiviti yang dilakukan dalam meta-coaching. Insyaallah disampaikan secara detil bila waktu mengizinkan. Terima kasih kerana membaca.

No comments:

Post a Comment