Thursday, November 29, 2012

Dr AK: Snapshot Terindah


Jika ditanya manakah snapshot terbaik yang melekat di minda sepanjang perjalanan baru-baru ini, saya katakan gambar di atas iaitu ketika melihat tiga female yang penting dalam hidup saya duduk bersama. Dalam masa yang singkat, masing-masing mengubati kerinduan yang terpendam setelah lama terpisah. Rasa hidup ini sempurna dan damai sepenuhnya. Jika hati boleh berkata-kata tentu ia sudah menyanyi. Dan begitu juga dengan snapshot di bawah di mana si kecil memperbetulkan tudung mamanya di tepi kawah gunung berapi setelah penat menunggang kuda dan mendaki tangga yang tinggi dan curam.



Mungkin juga snapshot di bawah ini, bila keindahan alam di sekeliling mengembalikan keremajaan dan mengetarkan seluruh resonan keceriaan. Walau di mana pun kita ditakdirkan hidup samada di puncak gunung atau di paya lumpur, atau dengan siapa pun kita bersama samada si helang atau si gagak, kita berhak untuk gembira dan menikmati kehidupan dengan memberi makna yang positif atas setiap langkah dan pengalaman yang kita jejaki. "We're meaning making machine! Let's give positive meaning to whatever experience we have."


Atau mungkin juga snapshot di bawah ini di mana kesepakatan ahli keluarga dan saudara mara menjadi nadi kepada keutuhan silatulrahim. Saling tolong menolong, berbaik sangka dan empati pada yang dilanda kesusahan penting untuk menghasilkan hubungan yang harmoni. "Setiap niat dan kelakuan yang baik akan menghasilkan daya yang akan memandu kepada niat tersebut".

Wednesday, November 28, 2012

Dr AK: Ke GONTOR, Apa Yang Kau Cari? - (2)

12 Nov. 2012. Saya berkesempatan untuk melawat anak perempuan di PMD Gontor Putri 1 dan menginap di Wisma Gontor dengan kadar Rup. 120,000 (~RM40) semalam. Semasa di sana saya bertembung dengan guru agama dan pelajar dari pelbagai sekolah di Lembah Kelang yang datang melawat ke Pondok Modern ini untuk mengetahui sistem P&P yang diamalkan di sini. Mereka datang dengan sebuah bas penuh dengan peserta.




 
 

Pada kesempatan yang lain, saya melawat PMD Gontor Putra 2 untuk melihat anak lelaki kemudiannya ke PMD Gontor 1. Saya bertuah kerana dapat menyambut awal Muharram di sana. Pelajar menganjurkan pelbagai aktiviti seperti membuka gerai, ruang pameran, pertunjukan silat, pertandingan kuiz dan sebagainya.

Ke GONTOR Apa Yang Kau Cari - (3)





 























Friday, November 23, 2012

Dr AK: Bengkel MATLAB & Artificial Neural Networks






26-27 Nov. 2012. Bengkel MATLAB & Artificial Neural Networks (ANN) diadakan di Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM khas untuk penyelidik terutamanya yang berada dalam program pengajian sarjana dan doktor falsafah. Peserta yang terdiri daripada penyelidik dalam bidang matematik, kejuruteraan hidrologi, kejuruteraan makanikal, kejuruteraan geoteknik dan pengurusan teknologi dari UTeM, UMP, UPM dan UKM ini dikehendaki membawa laptop sendiri dan bengkel ini bersifat "hand-ons" dengan matlamat supaya penyelidik mampu menggunakan MATLAB dan ANN untuk menyelesaikan masalah dalam penyelidikan.
 
"Alhamdulillah! Selain dari ANN, Response Surface Methodology (RSM) serta Adaptive Neuro-Fuzzy Inference System (ANFIS) juga sempat didedah dan praktiskan oleh peserta dalam bengkel kali ini kerana mereka cepat mencerap maklumat. Data sebenar di lapangan digunakan dalam latihan. Perbandingan antara hasil anggaran kaedah ANN, ANFIS dan RSM dapat dilakukan. Saya dapat lihat dan rasakan kebolehan mereka melakukan analisis menggunakan MATLAB serta ANN, ANFIS dan RSM dengan baik dan jayanya. Diharap ilmu ini berguna dalam kerjaya dan penyelidikan mereka" - Dr AK.

Maklumat lanjut boleh diakses melalui:


Penggunaan MATLAB dan ANN dalam Penyelidikan:

Thursday, November 22, 2012

Dr AK: Kursus Asas NLP/NS (Nov 2012)

22 Nov. 2012. Terima kasih kepada MTM Consultants Sdn Bhd kerana menjemput saya sebagai pemeriksa luar untuk ujian pengamalan asas NLP di Shah Alam yang telah dijalankan selama 6 hari (17-22 hb Nov. 2012). Pemeriksa luar lain yang jauh lebih senior dari saya ialah Mohd Fauzi Nordin, A Ghafar Hasnan (Pak Ghafar) dan Mohammed Faisal (Dr. Love). Seramai 17 peserta di dalam kursus ini yang dikendalikan oleh Sifu Tn. Hj. Md Taib Mat. Terima kasih kepada Saudara Hamka yang sudi mengambil gambar dan tahniah kerana bersama dengan Akademi NLP Malaysia.














Wednesday, November 21, 2012

Dr AK: Sunan Ampel


Di Surabaya saya berpeluang untuk menziarahi makam Sunan Ampel (Sayyid Rahmatullah) yang berasal dari negeri Champa. Beliau datang ke Majapahit untuk memenuhi permintaan Ratu Dewi Anarawati dan Prabu Kertabumi, memperbaiki moral rakyat dan pembesar Majapahit yang rosak. Ajaran MO LIMO iaitu "Tidak Mahu Melakukan Lima Perkara" (judi, arak, ganja, korupsi dan zina) diperkenalkan. 

Setelah nampak hasil dari didikan Sunan Ampel, Prabu Brawijaya suka kepada ajaran tersebut dan sangat gembira kerana kerajaan Majapahit tidak lagi kucar-kacir. Ketika itulah Sunan Ampel mengumumkan bahawa itu adalah ajaran agama Islam dan mengajak Prabu Brawijaya memeluk Islam. Walaupun tidak memeluk Islam kerana enggan meninggalkan agama asal, beliau membenarkan Sunan Ampel menyebarkan ajaran agama Islam kepada sesiapa sahaja dengan syarat mereka tidak dipaksa. 

Sunan Ampel wafat pada tahun 1478M dan dimakamkan di sebelah barat Masjid Agung Sunan Ampel. Beliau ialah salah seorang wali songo yang mana kebanyakan mereka (wali songo) bersikap "flexible" dalam mencapai matlamat mereka. Contoh yang lebih baik mungkin Sunan Bonang (Raden Makdum Ibrahim) yang menyampaikan ajaran agama melalui bonang (alat musik) dan pantun-pantun yang bernafaskan agama.

Persoalannya, adakah kita "flexible" dalam menyampaikan ajaran agama atau "rigid" sehingga menyatakan "sesat" kepada sesiapa yang tidak sealiran atau mempunyai peta yang tidak sama dengan kita?"



Dr AK: Bila Merapi dan Bromo Akan Meletus Lagi?


12-19 Nov. 2012. Berkesempatan untuk melawat Merapi di Yogyakarta serta Bromo dan tanah lumpur di Surabaya, Indonesia. Pastinya kedua gunung berapi yang masih aktif itu akan meletus lagi, tapi persoalannya ialah bila? 

Selepas meletus tanggal 5 Nov. 2010, Merapi mengorbankan 38 penduduk termasuk seorang bayi. Kesan letusan masih boleh dilihat, didengar dan dirasai. Namun ianya pasti akan lupus dan mula dilupai menerusi masa sehingga letusan yang berikutnya terjadi, itulah lumrah alam. Bencana dapat dikurangkan jika semua yang terlibat mengambil langkah pencegahan dan menurut arahan pihak yang berwajib dan berpengetahuan.

Dulunya sungai yang lebar, kini sudah tertimbus
Kesan letusan Merapi

Mereka yang terkorban
Begitu juga dengan Bromo, ianya masih aktif dan bisa meletus pada bila-bila masa sahaja samada dalam skala kecil atau besar. Namun di sebalik bencana yang bakal dihadapi, terdapat keindahan yang menyejukkan mata dan menenangkan hati.

Matahari terbit di Bromo
Di kaki Bromo





Lumpur yang terbit dari perut bumi juga mengancam kehidupan sehinggakan 16 kampung diliputi oleh lumpur setinggi 18 meter. Bayangkan rumah-rumah yang tertimbus di bawah tasik lumpur seluas 20 hektar tersebut. Sehingga kini (2012) ianya masih aktif dan mengancam penduduk dan lebuh raya yang berhampiran.

Itulah tanda kekuasaan Allah, kita hanyalah makhluk yang kerdil, sentiasa bergantung kepada rahmatNya. Pada bila-bila masa bisa diambil pemberianNya samada dalam bentuk ilmu, kesihatan dan kebendaan malah nyawa yang menghidupkan jasad. Bersyukurlah, kita masih boleh bernafas, melihat, mendengar dan merasai (BVAK). 

Tasik lumpur