Wednesday, November 21, 2012

Dr AK: Sunan Ampel


Di Surabaya saya berpeluang untuk menziarahi makam Sunan Ampel (Sayyid Rahmatullah) yang berasal dari negeri Champa. Beliau datang ke Majapahit untuk memenuhi permintaan Ratu Dewi Anarawati dan Prabu Kertabumi, memperbaiki moral rakyat dan pembesar Majapahit yang rosak. Ajaran MO LIMO iaitu "Tidak Mahu Melakukan Lima Perkara" (judi, arak, ganja, korupsi dan zina) diperkenalkan. 

Setelah nampak hasil dari didikan Sunan Ampel, Prabu Brawijaya suka kepada ajaran tersebut dan sangat gembira kerana kerajaan Majapahit tidak lagi kucar-kacir. Ketika itulah Sunan Ampel mengumumkan bahawa itu adalah ajaran agama Islam dan mengajak Prabu Brawijaya memeluk Islam. Walaupun tidak memeluk Islam kerana enggan meninggalkan agama asal, beliau membenarkan Sunan Ampel menyebarkan ajaran agama Islam kepada sesiapa sahaja dengan syarat mereka tidak dipaksa. 

Sunan Ampel wafat pada tahun 1478M dan dimakamkan di sebelah barat Masjid Agung Sunan Ampel. Beliau ialah salah seorang wali songo yang mana kebanyakan mereka (wali songo) bersikap "flexible" dalam mencapai matlamat mereka. Contoh yang lebih baik mungkin Sunan Bonang (Raden Makdum Ibrahim) yang menyampaikan ajaran agama melalui bonang (alat musik) dan pantun-pantun yang bernafaskan agama.

Persoalannya, adakah kita "flexible" dalam menyampaikan ajaran agama atau "rigid" sehingga menyatakan "sesat" kepada sesiapa yang tidak sealiran atau mempunyai peta yang tidak sama dengan kita?"



No comments:

Post a Comment