Friday, March 8, 2013

Dr AK: Ke GONTOR Apa Yang Kau Cari? ... (5)


"MAN JADDA WAJADA". Teruja dapat berita yang mengatakan "Negeri Lima Menara" akan ditayangkan oleh TV Hijrah, 10 Mac 2013, 9 pm. Ia merupakan sebuah film adaptasi Novel best seller karya A. Fuadi. Saya sudah beberapa kali membaca novel ini kerana hendak tahu kehidupan di Pondok Modern Darusalam Gontor (dalam filem dinamakan Pondok Madani) sebelum membuat keputusan untuk menghantar anak lelaki dan perempuan menuntut ilmu di sana. Beberapa hari yang lalu anak perempuan saya telefon memaklumkan tarikh pulang ke Malaysia, cuti sempena Ramadhan dan Syawal iaitu pada 29 Jun 2013 bagi Gontor Putri 1 (Mantingan) dan 1 Julai bagi Gontor Putra 3 (Kediri). Semoga pelajar Malaysia di sana tekun belajar dan berjaya dalam pelajaran mereka. Subjek yang diajar menurut walisantri "Gontor News" adalah seperti berikut;

01 Imla' Arab
02 Insya (Ujian Tulis)
03 Insya (Ujian Lisan)
04 Muthola'ah (Ujian Tulis)
05 Muthola'ah (Ujian Lisan)
06 Nahwu
07 Sorof
08 Tamrin Lughoh
09 Mahfudzot
10 Balaghoh
11 Tarikhul Adab
12 Kasyful Mu'jam
13 Al-Qur'an
14 Tajwid
15 Tarjamah
16 Tafsir
17 Hadits
18 Mustolahul Hadits
19 Fiqh
20 Ushul Fiqh
21 Faroid
22 Ilmu Tauhid
23 Adyan (Perbedaan Agama)
24 Dienul Islam
25 Tarikhul Islam
26 Tarbiyah
27 Psikologi
28 Khot
29 English (Lisan)
30 English (Tulis)
31 Grammar
32 Dictation
33 Insya English (Cerita)
34 Berhitung
35 Matematika
36 Fisika
37 Biologi
38 Kimia
39 Bhs Indonesia
40 Sejarah
41 Geografi
42 Tata Negara
43 Ilmu alIjtima (Sosiologi)
44 Su'wanul Mahad (Kepondok Moder nan)
(Sumber: hasil tanya-tanya/diskusi bersama Ustadzah Nadia Narulita)

Ke GONTOR Apa Yang Kau Cari... (6)