Tuesday, December 24, 2013

Ujian di PMD Gontor, 2013


17 Dis. 2013. Sempat melawat PMD Gontor ketika ujian lisan Bahasa Arab sedang dijalankan. Ketika saya tiba, kelihatan bangunan masjid baru yang sedang dibina. Berhampiran dengan tapak projek tersebut terdapat sebatang pokok mangga yang telah ditumbangkan. Di tangan anak-anak pondok kebanyakannya dipenuhi dengan buah mangga. 

Mereka berada di luar rayon (asrama) dan bilik kuliah, sedang menghafal perkataan dalam bahasa Arab di merata tempat termasuklah di kaki lima sepanjang jalan utama. Saya tidak sempat bertemu dengan anak-anak Malaysia pada hari ini kerana hujan turun dengan lebatnya selepas solat Zohor sehinggalah ke malam. Saya berdoa agar urusan mereka menghadapi ujian lisan dipermudahkan. Amiin.



















No comments:

Post a Comment