Sunday, March 16, 2014
Bengkel "MATLAB Programming and Artificial Neural Networks", UKM
15-16 Mac 2014. Apa yang lebih mengembirakan dari meluangkan masa bersama penyelidik dari UKM, UMP dan UPNM untuk berkongsi ilmu "MATLAB programming and Artificial Neural Networks"? Semoga berjaya dalam penyelidikan. Terima kasih semua. "May force be with you".
http://www.bengkelmatlab.com/
Monday, March 10, 2014
Meta-Coaching (6) - Aku Menulis Bukan Kerana Nama?
Saya sambung
menulis mengenai meta-coaching. Dalam posting sebelum ini, topiknya berkaitan
dengan kemahiran "supporting" dan "listening". Kini
kemahiran yang ketiga iaitu "WFO questioning".
Apakah soalan
WFO (well-formed outcome)?
Soalan WFO
adalah soalan utama dalam meta-coaching namun saya umpamakannya seperti nasi.
Kalau tiada lauk, kuah dan sayur, nasi tidaklah sedap dimakan walaupun
mengenyangkan. Ia perlu digunakan bersama dengan kemahiran lain seperti
"meta-questioning" dan "inducing state".
Berikut ialah 18
soalan WFO yang perlu dihafal dan digunakan secara "natural" dalam
sesi meta-coaching mengikut turutan.
Soalan Asas:
1. Apakah yang
anda mahu?
2. Outcome?
(VAK)
3a. Mengapa?
Soalan Konteks:
4. Di mana?
5. Bila?
6. Dengan siapa?
Soalan Tindakan:
7. Tindakan?
8. Siapa lagi?
9. Boleh
melakukannya?
10. Pernah cuba?
Soalan Meta:
11. Langkah
(steps)?
12.
Strategi/plan?
13.
Pemantauan/feedback?
14. Menghalang?
15. Sumber
dalaman/luaran?
3b. Mengapa?
(masih ingin meneruskan?)
Soalan Semakan:
16. Ekologi?
17. Sudah
putuskan?
18. Bagaimana
tahu berjaya? (bukti)
Semasa
bertanyakan soalan asas (1-3) dan soalan konteks (4-6), sesi coaching
dibayangkan seperti kapal terbang yang masih berlegar-legar di ruang angkasa.
Apabila "outcome" sudah jelas, barulah boleh mula mendarat dengan
bertanyakan soalan tindakan (7-10), soalan meta (11-15) dan soalan semakan
(16-18). Pastikan "outcome" jelas supaya mudah mencapai KPI (Key
Performance Indicator).
Soalan 7 adalah
sangat penting supaya boleh mendarat dengan sempurna. Jika jawapan kepada
soalan 7, "Apa yang perlu dilakukan untuk mencapai kemahuan anda?"
tidak jelas, maka soalan meta (11-15) akan dianggap "ungrounded" atau
bahasa sasteranya "tidak berpijak di bumi nyata".
Saya beri contoh
mudah dengan soalan dan jawapan yang kaku tanpa seni NLP dan Neuro-Semantics,
sekadar untuk memahami penggunaan dan aliran soalan WFO.
Soalan 1,
"Apa yang anda mahu?"
Jawapan,
"Saya mahu menulis buku".
Soalan 2,
"Apa yang anda lihat, dengar dan rasakan apabila menulis buku?"
Jawapan,
"Saya lihat diri saya menulis buku bertajuk 'Syoknya Meta-Coaching'
menggunakan laptop."
Soalan 3a,
"Mengapa anda mahu menulis buku?"
Jawapan,
"Saya mahu berbakti kepada masyarakat."
Soalan 4,
"Di mana anda mahu menulis buku?"
Jawapan,
"Di rumah."
Soalan 5,
"Bila anda mahu menulis buku?"
Jawapan,
"Minggu depan."
Soalan 6,
"Siapa lagi yang terlibat dalam menulis buku?"
Jawapan,
"Saya seorang saja."
Soalan 7,
"Apakah yang perlu anda lakukan untuk menulis buku?"
Jawapan,
"Saya perlu beli laptop, lakukan X dan Y."
Fokus kepada
beli laptop supaya ringkas:
Soalan 8,
"Selain anda, siapakah lagi yang terlibat untuk membeli laptop?",
Jawapan,
"Saya seorang saja."
Soalan 9,
"Mampukah anda membeli laptop?"
Jawapan,
"Mampu."
Soalan 10,
"Pernahkah anda cuba membeli laptop?"
Jawapan,
"Tidak pernah."
Soalan 11,
"Apakah langkah yang perlu dilakukan untuk membeli laptop?"
Jawapan,
"Saya perlu keluarkan wang, pergi ke Plaza Low Yat dan beli laptop."
Soalan 12,
"Apakah strategi/plan anda untuk membeli laptop?"
Jawapan,
"Saya beli laptop jenama Acer, murah sedikit."
Soalan 13,
"Bagaimana anda pastikan anda membeli laptop Acer bukan jenama lain?"
Jawapan, "Saya
bawa duit yang secukupnya untuk beli Acer."
Soalan 14,
"Ada yang menghalang anda untuk beli laptop Acer?
Jawapan,
"Tiada."
Soalan 15,
"Apakah sumber luaran dan dalaman yang anda ada untuk membeli laptop
Acer?"
Jawapan,
"Saya ada wang PTPTN (sumber luaran) dan saya tahu bagaimana hendak pergi
ke Plaza Low Yat (sumber dalaman)."
Soalan 3b,
"Adakah anda masih mahu menulis buku?"
Jawapan,
"Ya!"
Soalan 16,
"Adakah membeli laptop Acer memberi kesan kepada kehidupan anda?"
Jawapan,
"Tidak. Saya ada banyak wang simpanan."
Soalan 17,
"Sudahkah anda putuskan untuk membeli laptop Acer?"
Jawapan,
"Ya!"
Soalan 18,
"Apakah bukti yang bakal menunjukkan anda telah membeli laptop Acer?"
Jawapan,
"Saya boleh tunjuk laptop Acer dan resit belian."
KPI: Memiliki
laptop Acer (model tertentu) dan resit belian dalam masa seminggu.
Ulang soalan
8-18 untuk aktiviti X dan Y sehingga mencapai KPI.
Itulah contoh
soalan WFO yang kaku dan ringkas untuk "outcome" yang mudah difaham.
Mungkin KPI untuk sesi pertama ialah memiliki laptop, sesi kedua memastikan KPI
tersebut dicapai dan melakukan meta-coaching untuk KPI kedua, contohnya,
"Menghasilkan Bab Pertama dalam masa sebulan". Setiap sesi
meta-coaching mempunyai KPI tersendiri dan dipantau untuk memastikan kejayaan.
Saya selalu beri
perhatian kepada soalan "Mengapa" yang ditanya sebanyak dua kali.
Soalan mengapa (3a) untuk mengetahui alasan kepada soalan "Apa yang anda
mahu?" manakala soalan mengapa (3b) untuk memastikan klien masih ingin
meneruskan hajatnya.
Jika saya ingin
tahu samada menulis di sini cukup "compelling" untuk diteruskan, saya
perlu bersandar dan kadang-kadang menggaru kepala sambil berfikir. Sila semak
saya orang jenis apa? visual, auditori, kinestatik atau digital - soalan untuk
NLPer.
Setelah berfikir
saya dapati alasan utama menulis mengenai meta-coaching ialah supaya;
(1) pembaca
mendapat gambaran sebenar dari sumber yang sahih,
(2)
meta-coaching dikenali ramai. Kursus pertama ACMC diadakan di Malaysia pada
Disember 2013, masih panas lagi dan baru.
(3) pengetahuan
mengenai meta-coaching dapat dikongsikan bersama dengan rakan coach, trainer,
learning fasilitator, kaunselor, mentor dan lainnya untuk kebaikan semua
terutamanya klien.
Berdasarkan kepada
tiga alasan skema ini saya rumuskan bahawa menulis adalah
"compelling" untuk saya teruskan. Sebenarnya ada banyak lagi alasan
yang masih di peringkat meta, belum dijolok untuk dijadikan alasan tegar.
Ada pujangga
mengatakan, "Aku menulis bukan kerana nama". Soalan meta saya,
"Apakah niat tertinggi pujangga itu bila dia menggatakan aku menulis bukan
kerana nama?" Insyaallah bersambung lagi dengan kemahiran seterusnya iaitu
"meta questioning".
Saturday, March 8, 2014
Meta-Coaching (5): Madhuri Dixit Lalu Di Hadapan!
Soalan
yang masih saya ingat dari MC Trainer Lena Gray dari New Zealand dalam
kursus ACMC di Port Dickson ialah "Are you ready to learn vigorously in 8
days?" "Yup! I'm ready", balas saya dalam hati.
Saya bayangkan ianya kursus 9am-5pm. Apa sukarnya, cuma 8 hari saja. Kenyataannya tidak seperti yang dibayangkan, ianya adalah kursus 9am-9pm ditambah lagi dengan 7 kali ujian penanda aras dan aktiviti dalam kumpulan yang diketuai oleh Pak Utoro (Kumpulan 3) dari Indonesia selepas itu. Ada projek yang perlu dipersembahkan pada akhir kursus.
Ianya memang "vigorous". Bila saya ingat balik, angan-angan saya untuk
bersiar di tepi pantai; melihat laut yang luas, merasa halusnya pasir
dan mendengar suara ombak tidak sempat dilaksanakan.
Ucapan MC Trainer Colin Cox dari New Zealand yang masih saya ingat ialah "Cup's useful when it's empty." Itulah kerangka yang selalu diletakkannya pada awal setiap kursus. Saya sempat mengikuti kursus "Accessing Personal Genius" (APG) dan "Training with Music" dengan beliau.
OK!
kembali kepada topik asal. Sebelum ini saya ada sebut tujuh kemahiran
asas iaitu "Supporting", "Listening", "WFO Questioning",
"Meta-Questioning", "Giving Feedback", "Receiving Feedback" dan
"Inducing States". Sekarang tibalah masanya untuk "Listening".
Apa susahnya hendak mendengar (listening)?
Ianya mudah jika hanya berdiam diri dan memasang telinga tetapi
"listening" lebih jauh dari itu. Ianya proses yang sangat mencabar
terutama bagi mereka yang tugasnya mengajar atau memberi arahan seperti
pensyarah, guru dan trainer lebih-lebih lagi berjawatan tinggi kerana
"ego" akan memandu dan mendengar secara "defensive" (tidak terbuka).
Kemahiran yang perlu dipelajari ialah "listening" dengan mata dan
telinga sehingga dapat melihat dan mendengar "ruang semantik".
Ini bermaksud coach perlu mendengar perkataan yang disebut dan melihat
pergerakan dan "gesture" yang datang bersama dengan perkataan itu.
Contohnya jika coachee menyebut "Saya bertolak dari Bangkok ke Chengmai
dengan gembiranya" sambil mengerakkan tangannya dari kiri ke kanan pada
ruang di hadapannya dan tersenyum bila menyebut perkataan "gembira",
coach perlu memerhati, mendengar dan merekodkan ke dalam minda apa yang
dilakukan oleh coachee di hadapannya.
Apabila bertanya, coach
biasanya akan "rephrasing" ayat tersebut dan "matching" pergerakan dan
"gesture" contohnya "Saya dengar kamu kata kamu bertolak dari Bangkok ke
Chengmai dengan gembiranya, ... (tunggu pengakuan dari coache beberapa
detik, biasanya coachee akan mengangguk atau menyebut "ya". Ini tips
untuk tambah markah semasa ujian penanda aras), apabila kamu sebut
perkataan "gembira" apa yang kamu bayangkan?" sambil "matching"
pergerakan tangan, bibir (senyum), suara (tona, volume, tempo) dan
energy.
Mungkin berbeza dengan kaunselor dan coach lainnya,
Meta-coach dilarang melakukan "pharaphrasing". Ini bermaksud jika soalan
coach "kamu pergi ke Chengmai dari Bangkok dengan seronoknya...",
adalah dianggap salah dari segi semantik kerana makna perkataan
"bertolak" tidak sama dengan perkataan "pergi", begitu juga dengan
perkataan "gembira" dan "seronok". Selain itu perkataan "Chengmai
didahulukan dari perkataan "Bangkok" juga memberi makna yang berbeza.
Ini juga bermaksud ayat aktif tidak dibenarkan menjadi pasif seperti
"Ali menyepak bola" kepada "Bola disepak oleh Ali" kerana semantiknya
berbeza. Satu menekankan kepada subjek (Ali) dan satu lagi kepada objek
(bola).
Mengapa perlu "rephrasing"?
Jawapan ringkas
ialah meta-coaching lahir dari Neuro-Semantics yang mengambilkira
"psychology of meaning" selain psikologi kognitif, developmental dan
self-actualization dalam sistemnya. Antara tujuannya ialah untuk
"instant rapport" dan "matching meaning" yang diberikan oleh coachee. Ia
juga berkaitan dengan "clean language" yang tiada unsur "mind reading",
"imposing", "telling", "leading" dan sebagainya.
Makna penting
kerana ia melibatkan "meta-stating" atau perubahan kerangka dalam
minda. Contohnya makna "gembira" mungkin berbeza dengan makna "seronok"
bagi coachee. Mungkin coachee memberi makna negatif kepada "seronok"
bila coach menggunakan perkataan tersebut semasa "pharaphrasing". Jadi
ia dielakkan oleh meta-coach.
Antara perkara yang digalakkan
semasa "listening" ialah berdiam diri untuk memberi masa kepada coachee
berfikir, bertanya soalan mengenai perkara yang tidak disebut, mengajak
coachee kepada kesedaran, melakukan "tracking", meminta penjelasan bagi
perkataan tertentu, mengulangi "keywords", memandang mata dan
mengalakkan perbualan dengan berkata "okay", mengangguk, dll. Sekali
angguk juga direkod dan dikira markah semasa ujian penanda aras.
Antara perkara yang dilarang semasa "listening" ialah "paraphrasing",
"keywords" tidak diulang, "distract" (menganggu), "mind-reading",
"tell", "impose", "interrupts" dan "talk over".
Jika hendak
diterangkan satu persatu mungkin memakan helaian mukasurat, cukuplah apa
yang diterangkan sebagai gambaran kepada aktiviti "listening".
Memandangkan ianya adalah aktiviti yang aktif serta memakan banyak
memori minda terutamanya untuk "tracking" perbualan dari mula hingga
akhir, perkataan demi perkataan yang penting, ianya memerlukan fokus
yang tinggi dari mata dan telinga.
Kejayaan meta-coaching banyak bergantung kepada kemahiran ini. Tips yang saya terima ialah hilangkan "noise" (gangguan) iaitu perbualan, perasaan atau gambaran yang tidak diinginkan dalam minda. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan corak (pattern) dalam NLP atau Neuro-Semantics.
Elakkan minda
dari berfikir soalan WFO atau soalan Meta yang akan ditanya seterusnya
semasa "listening". Percayakan kepada minda subconcious bahawa semua
soalan tersebut sudah tersedia dalam minda untuk digunakan bila perlu.
Selepas coachee habis bercakap, barulah ambil sedikit masa untuk mencari
soalan yang sesuai mengikut arus (flow) perbualan coachee.
"Listen" dengan mata dan telinga seolah-olah hanya coachee sahaja yang
wujud di sepanjang sesi coaching. Kalau Madhuri Dixit lalu di hadapan
(emak mertua suka lalu di belakang) pun tidak perasan. Tips ini berkesan
untuk saya.
Saturday, March 1, 2014
Meta-Coaching (4) - How Fantastic!
Alhamdulillah! enam meta-coach telah berjaya menamatkan ujian
terakhir dalam meta-coaching dan layak diikhtiraf sebagai certified
meta-coach oleh Meta-Coach Foundation, USA ( http://www.metacoachfoundation.org/ ). How Fantastic!
Sesi benchmarking ini dikendalikan oleh Pak Utoro dan Pak Kartiko. Mereka berdua merupakan meta-coach professional, melakukan meta-coaching sepenuh masa kepada level "C" dalam pelbagai syarikat besar di Indonesia.
Ada yang bertanya, menjadi meta-coach berapa kadar untuk satu sesi 90 minit? Jawapannya bergantung kepada jenis klien, pengalaman meta-coach dan prestasi yang diinginkan. Ada servis yang diberi percuma, RM400, RM800, RM8000 atau lebih besar lagi dan ada yang melakukan secara pakej contohnya untuk 12 jam perkhidmatan, yurannya cuma RM12,000 dan lain-lain. Bila mendengar yuran tersebut ada yang terkejut, katanya terlalu "mahal".
Komen yang sama keluar dari mulut rakan pensyarah yang datang berjumpa saya untuk membincangkan soal penyelidikan di sebuah restoran mamak bila bercerita tentang meta-coaching.
Saya jawab "mahal" dan "murah" itu perkara subjektif. Bayangkan anda pemilik sebuah syarikat kecil yang menghasilkan pendapatan sejuta ringgit setahun. Bagaimana kalau saya katakan, syarikat anda boleh meningkatkan prestasi dengan pendapatan 2 juta ringgit setahun dengan khidmat meta-coaching, mahukah anda berikan 10% dari sejuta ringgit keuntungan tersebut?
Pendapatan anda akan menjadi 1.9 juta dan yuran meta-coach 100 ribu ringgit. Anda tidak menggusik pendapatan asal, tiada kos cuma perkongsian keuntungan, anda dapat 90% dan meta-coach 10%. Jika anda seorang yang bijak, tentu anda mahu prestasi syarikat anda meningkat dan mendapat keuntungan berganda.
Nah! Bukankah yuran itu "murah" pak? (slang Indonesia) cuma 10% saja, ianya mungkin untuk 12 sesi dalam jangka masa setahun. Dia mengangguk-anguk tanda faham kemudian terdiam lama. Mungkin dia membayangkan syarikat besar yang berpendapatan 100 juta ringgit setahun.
Kemudian dia tanya bagaimana meta-coaching mampu menjamin peningkatan prestasi sesebuah syarikat atau organisasi. Saya jawab, untuk setiap sesi meta-coaching yang lebih kurang 45 minit, hasilnya adalah "well-formed outcome" dalam bentuk KPI (key performance indicator) yang akan diikuti oleh syarikat tersebut. Ya benar! setiap sesi meta-coaching ada KPInya.
KPI dihasilkan oleh klien sendiri menggunakan sumber dalaman seperti kemahiran dan ilmu pengetahuan serta sumber luaran seperti pekerja dan modal yang dimilikinya. Tugas meta-coach ialah menanyakan soalan yang tepat untuk meningkatkan prestasi selari dengan makna (meaning) yang diberikan oleh klien serta memantau prestasi tersebut supaya mencapai target.
Soalan berikutnya ialah "Bagaimana hendak menanya soalan yang tepat?" Ianya melalui latihan dan praktis yang lama. Meta-coach perlu masuk ke dalam dunia klien, mengetahui corak pemikiran dan sistem representasi diri klien melalui rapport, soalan terancang dan sebagainya. Ianya berdasarkan pengetahuan NLP dan Neuro-Semantics.
"Apa itu NLP? Apa itu Neuro-Semantics?" tanya pensyarah itu lagi. Nampaknya banyak perkara yang perlu saya terangkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)