Soalan
yang masih saya ingat dari MC Trainer Lena Gray dari New Zealand dalam
kursus ACMC di Port Dickson ialah "Are you ready to learn vigorously in 8
days?" "Yup! I'm ready", balas saya dalam hati.
Saya bayangkan ianya kursus 9am-5pm. Apa sukarnya, cuma 8 hari saja. Kenyataannya tidak seperti yang dibayangkan, ianya adalah kursus 9am-9pm ditambah lagi dengan 7 kali ujian penanda aras dan aktiviti dalam kumpulan yang diketuai oleh Pak Utoro (Kumpulan 3) dari Indonesia selepas itu. Ada projek yang perlu dipersembahkan pada akhir kursus.
Ianya memang "vigorous". Bila saya ingat balik, angan-angan saya untuk
bersiar di tepi pantai; melihat laut yang luas, merasa halusnya pasir
dan mendengar suara ombak tidak sempat dilaksanakan.
Ucapan MC Trainer Colin Cox dari New Zealand yang masih saya ingat ialah "Cup's useful when it's empty." Itulah kerangka yang selalu diletakkannya pada awal setiap kursus. Saya sempat mengikuti kursus "Accessing Personal Genius" (APG) dan "Training with Music" dengan beliau.
OK!
kembali kepada topik asal. Sebelum ini saya ada sebut tujuh kemahiran
asas iaitu "Supporting", "Listening", "WFO Questioning",
"Meta-Questioning", "Giving Feedback", "Receiving Feedback" dan
"Inducing States". Sekarang tibalah masanya untuk "Listening".
Apa susahnya hendak mendengar (listening)?
Ianya mudah jika hanya berdiam diri dan memasang telinga tetapi
"listening" lebih jauh dari itu. Ianya proses yang sangat mencabar
terutama bagi mereka yang tugasnya mengajar atau memberi arahan seperti
pensyarah, guru dan trainer lebih-lebih lagi berjawatan tinggi kerana
"ego" akan memandu dan mendengar secara "defensive" (tidak terbuka).
Kemahiran yang perlu dipelajari ialah "listening" dengan mata dan
telinga sehingga dapat melihat dan mendengar "ruang semantik".
Ini bermaksud coach perlu mendengar perkataan yang disebut dan melihat
pergerakan dan "gesture" yang datang bersama dengan perkataan itu.
Contohnya jika coachee menyebut "Saya bertolak dari Bangkok ke Chengmai
dengan gembiranya" sambil mengerakkan tangannya dari kiri ke kanan pada
ruang di hadapannya dan tersenyum bila menyebut perkataan "gembira",
coach perlu memerhati, mendengar dan merekodkan ke dalam minda apa yang
dilakukan oleh coachee di hadapannya.
Apabila bertanya, coach
biasanya akan "rephrasing" ayat tersebut dan "matching" pergerakan dan
"gesture" contohnya "Saya dengar kamu kata kamu bertolak dari Bangkok ke
Chengmai dengan gembiranya, ... (tunggu pengakuan dari coache beberapa
detik, biasanya coachee akan mengangguk atau menyebut "ya". Ini tips
untuk tambah markah semasa ujian penanda aras), apabila kamu sebut
perkataan "gembira" apa yang kamu bayangkan?" sambil "matching"
pergerakan tangan, bibir (senyum), suara (tona, volume, tempo) dan
energy.
Mungkin berbeza dengan kaunselor dan coach lainnya,
Meta-coach dilarang melakukan "pharaphrasing". Ini bermaksud jika soalan
coach "kamu pergi ke Chengmai dari Bangkok dengan seronoknya...",
adalah dianggap salah dari segi semantik kerana makna perkataan
"bertolak" tidak sama dengan perkataan "pergi", begitu juga dengan
perkataan "gembira" dan "seronok". Selain itu perkataan "Chengmai
didahulukan dari perkataan "Bangkok" juga memberi makna yang berbeza.
Ini juga bermaksud ayat aktif tidak dibenarkan menjadi pasif seperti
"Ali menyepak bola" kepada "Bola disepak oleh Ali" kerana semantiknya
berbeza. Satu menekankan kepada subjek (Ali) dan satu lagi kepada objek
(bola).
Mengapa perlu "rephrasing"?
Jawapan ringkas
ialah meta-coaching lahir dari Neuro-Semantics yang mengambilkira
"psychology of meaning" selain psikologi kognitif, developmental dan
self-actualization dalam sistemnya. Antara tujuannya ialah untuk
"instant rapport" dan "matching meaning" yang diberikan oleh coachee. Ia
juga berkaitan dengan "clean language" yang tiada unsur "mind reading",
"imposing", "telling", "leading" dan sebagainya.
Makna penting
kerana ia melibatkan "meta-stating" atau perubahan kerangka dalam
minda. Contohnya makna "gembira" mungkin berbeza dengan makna "seronok"
bagi coachee. Mungkin coachee memberi makna negatif kepada "seronok"
bila coach menggunakan perkataan tersebut semasa "pharaphrasing". Jadi
ia dielakkan oleh meta-coach.
Antara perkara yang digalakkan
semasa "listening" ialah berdiam diri untuk memberi masa kepada coachee
berfikir, bertanya soalan mengenai perkara yang tidak disebut, mengajak
coachee kepada kesedaran, melakukan "tracking", meminta penjelasan bagi
perkataan tertentu, mengulangi "keywords", memandang mata dan
mengalakkan perbualan dengan berkata "okay", mengangguk, dll. Sekali
angguk juga direkod dan dikira markah semasa ujian penanda aras.
Antara perkara yang dilarang semasa "listening" ialah "paraphrasing",
"keywords" tidak diulang, "distract" (menganggu), "mind-reading",
"tell", "impose", "interrupts" dan "talk over".
Jika hendak
diterangkan satu persatu mungkin memakan helaian mukasurat, cukuplah apa
yang diterangkan sebagai gambaran kepada aktiviti "listening".
Memandangkan ianya adalah aktiviti yang aktif serta memakan banyak
memori minda terutamanya untuk "tracking" perbualan dari mula hingga
akhir, perkataan demi perkataan yang penting, ianya memerlukan fokus
yang tinggi dari mata dan telinga.
Kejayaan meta-coaching banyak bergantung kepada kemahiran ini. Tips yang saya terima ialah hilangkan "noise" (gangguan) iaitu perbualan, perasaan atau gambaran yang tidak diinginkan dalam minda. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan corak (pattern) dalam NLP atau Neuro-Semantics.
Elakkan minda
dari berfikir soalan WFO atau soalan Meta yang akan ditanya seterusnya
semasa "listening". Percayakan kepada minda subconcious bahawa semua
soalan tersebut sudah tersedia dalam minda untuk digunakan bila perlu.
Selepas coachee habis bercakap, barulah ambil sedikit masa untuk mencari
soalan yang sesuai mengikut arus (flow) perbualan coachee.
"Listen" dengan mata dan telinga seolah-olah hanya coachee sahaja yang
wujud di sepanjang sesi coaching. Kalau Madhuri Dixit lalu di hadapan
(emak mertua suka lalu di belakang) pun tidak perasan. Tips ini berkesan
untuk saya.
No comments:
Post a Comment