Seekor keldai terjumpa kulit singa yang telah ditinggalkan oleh pemburu di dalam hutan. Ia kemudian memakai kulit singa itu untuk menghiburkan dirinya dengan cara bersembuyi di sebalik semak, kemudian melompat keluar untuk menakut-nakutkan binatang yang melalui tempat itu. Semua binatang menjadi takut dan lari ketika melihat keldai yang mereka sangka seekor singa.
Keldai tersebut gembira melihat semua binatang lari, seolah-olah dirinya adalah raja hutan sehingga disebabkan terlalu bangga, ia mulai mengaum dengan keras tetapi bukanlah ngauman singa yang keluar dari mulutnya, melainkan cuma ringikan keldai yang parau. Seekor musang yang tadinya ikut lari bersama dengan binatang lain menjadi terhenti ketika mendengar suara itu. Perlahan-lahan dia mendekati keldai itu dan menyedari ia hanyalah seekor keldai yang memakai kulit singa.
Musang itu kemudian berkata sambil tertawa, "Jika kamu menutup mulutmu, mungkin aku akan berlari ketakutan juga tetapi kamu mengaum dan mengeluarkan suaramu yang parau".
* Jika ingin memodel seseorang, selain penampilan (fisiologi), pastikan keadaan minda (state) dan wayang minda juga sama.
Sumber: Internet
Friday, August 24, 2012
Saturday, August 18, 2012
NLP: Musibah atau NIKMAT?
Ada seorang pemuda yang buta huruf bekerja sebagai pengawal di sebuah sekolah. Sudah lebih 20 tahun dia bekerja di situ. Suatu hari pengetua sekolah itu telah bertukar dan menerapkan peraturan baru.
Semua pekerja mesti boleh membaca dan menulis jadi pengawal yang buta huruf itu terpaksa diberhentikan kerja.
Mulanya dia sangat sedih dan tidak berani pulang ke rumah untuk memberitahu isterinya. Dia berjalan seorang diri di sepanjang jalan. Tiba-tiba muncullah idea untuk membuka kiosk di tepi jalan tersebut. Tidak disangka, usahanya berjaya, dari satu kiosk sampai jadi beberapa kiosk. Kini dia menjadi seorang pengusaha yang berjaya dan kaya.
Suatu hari, dia pergi ke bank untuk membuka akaun, namun kerana buta huruf, dia tidak boleh mengisi borang. Pegawai bank datang membantunya.
Pegawai bank berkata, "Wah! Tuan yang buta huruf saja mampu mengumpul wang sebanyak ini, apalagi kalau tuan boleh membaca dan menulis, pasti lebih kaya lagi".
Dengan tersenyum dia berkata, "Kalau saya boleh membaca dan menulis, pasti saya masih menjadi pengawal sekolah".
* Apa yang nampak seperti musibah, boleh jadi merupakan NIKMAT untuk kita. Berbaik sangkalah dengan Allah.

NLP: Kepuasan Pelangan
Seorang pemuda masuk ke sebuah pasaraya untuk menggunakan telefon awam di sebelah kedai ubat. Semasa bercakap di telefon awam dia berkata "Puan, apakah puan memerlukan khidmat untuk membersihkan kebun?".
Wanita di telefon itu menjawab "Saya sudah membayar seseorang untuk membersihkannya".
"Puan boleh membayar saya setengah harga saja dari apa yang ditawarkan kepada puan" kata pemuda itu seolah-olah wanita itu sudah berpuas hati dengan hasil kerja dari orang tersebut.
Namun pemuda itu tidak berputus asa dan menawarkan, "Puan, saya juga akan menyapu pinggiran jalan dan halaman rumah puan”.
Berbagai tawaran diberikan, namun wanita itu tetap menolak. Sambil tersenyum, pemuda itu meletakkan gagang telefon.
Pemilik kedai ubat yang mendengar perbualan menghampiri pemuda itu dan berkata "Saya suka sikap kamu itu. Saya mengagumi semangat yang kau miliki. Bagaimana kalau kamu bekerja untuk saya saja?".
Pemuda itu menjawab, "Terima kasih, saya sudah ada kerja. Sebenarnya saya hanya menyemak hasil pekerjaan saya sendiri".
* Pastikan pelangan berpuas hati dengan khidmat yang kita diberikan.

NLP: Erti Kebahagiaan
Suatu petang, seorang mahasiswa berjalan bersama rakannya di tepi sebuah hutan. Ketika melihat sepasang kasut yang buruk di tepi jalan, mereka yakin kasut itu milik seorang miskin yang bekerja mencari rezeki di dalam hutan.
Si mahasiswa berkata kepada rakannya "Bagaimana kalau kita sembunyikan kasut itu kemudian kita lihat apa yang akan terjadi".
Rakannya itu menjawab, "Kita tidak seharusnya bergembira dengan menyusahkan orang lain. Untuk lebih merasai gembira caranya adalah dengan memasukkan wang ke dalam kedua kasutnya. Setelah itu kita bersembunyi untuk melihat reaksi orang tersebut".
Mahasiswa itu pun melakukan apa yang dicadangkan oleh rakannya, lalu mereka bersembunyi di sebalik semak. Tak lama kemudian, pemilik kasut keluar dari hutan dan bergegas-gegas mengambil kasutnya. Ketika memasukkan salah satu kakinya, dia merasakan ada benda di dalam kasutnya. Dia nampak terkejut dan hairan kerana ada wang di dalam kasutnya. Dia memegang wang tersebut, lalu melihat ke sekelilingnya. Dia tidak melihat seorang pun di sana, lalu memasukkan wang tersebut ke dalam poketnya sambil memasang kasut lainnya.
Kemudian dia terkejut lagi kerana ada wang di dalam kasutnya yang satu lagi. Perasaan terharu menguasainya, dia memandang ke langit dan berkata sesuatu kepada Allah, suaranya jelas keluar dari mulut.
Dia berbicara mengenai isterinya yang sakit serta anaknya yang kelaparan kerana tidak ada wang.
Dia bersyukur atas kemurahan yang Allah berikan melalui orang yang dia tidak ketahui.
Melihat hal itu, si mahasiswa menitiskan airmata dan sangat terharu. Dia berpaling pada rakannya lalu berkata "Kau telah memberiku pelajaran yang tidak akan aku lupakan. Kini aku mengerti bahawa lebih bahagia memberi daripada menerima".
* Untuk bahagia, bahagikan keuntungan atau pendapatan; 10% untuk memberi kepada yang kurang upaya, 10% untuk menabung, 10% membayar hutang dan 70% untuk belanja harian.

NLP: Bagaimana Hendak Berjaya
Seekor arnab sedang berehat di tepi pantai. Tiba tiba datang seekor musang besar yang hendak menangkapnya. Lalu arnab itu berkata "Kalau memang kamu berani, ayuh kita bergaduh di dalam lubang arnab. Yang kalah akan jadi makanan yang menang dan aku yakin aku akan menang".
Musang rasa tercabar dan berkata "Di manapun boleh, bila kau nak melawan aku?".
Mereka pun masuk ke dalam sarang arnab. Sepuluh minit kemudian si arnab keluar sambil menggenggam sebelah paha musang dan memakannya.
Si arnab kembali berehat di tepi pantai. Tiba tiba datang seekor serigala besar yang hendak menangkapnya. Lalu arnab berkata "Kalau memang kamu berani, ayuh kita bergaduh di dalam lubang arnab. Yang kalah akan jadi makanan yang menang dan aku yakin aku akan menang".
Serigala rasa tercabar dan berkata "Di mana pun jadi, Takkan kau boleh menang melawan aku?".
Mereka pun masuk ke dalam sarang arnab. Lima belas minit kemudian si arnab keluar sambil menggenggam sebelah paha serigala dan memakannya dengan nikmat.
Si arnab kembali bersantai di tepi pantai. Tiba tiba datang seekor beruang yang hendak menangkapnya. Lalu si arnab berkata "Kalau kau berani, ayuh kita bergaduh di dalam lubang arnab. Yang kalah akan menjadi makanan yang menang dan aku yakin aku akan menang".
Beruang rasa tercabar dan berkata, "Di manapun jadi, takkan kau boleh menang melawan aku?".
Mereka pun masuk ke dalam sarang arnab. Tiga puluh minit kemudian arnab keluar sambil menggenggam sebelah paha beruang dan memakannya dengan nikmat.
Ketika waktu senja sudah tiba, si arnab kembali ke sarangnya. Dia melihat ke bawah dan melambai "Hai kawan! Keluar! Hari sudah senja, esok kita sambung lagi".
Keluarlah seekor harimau dari lubang itu, sangat besar badannya. Sambil menguap Harimau berkata "Kerjasama kita berjaya hari ini, kita makan kenyang dan saya tidak perlu mengejar ke sana-sini menangkap buruan".
* Orang yang berjaya selalu berfikir mengenai kerjasama sementara orang yang gagal selalu berfikir bagaimana menjadi tokoh yang paling berjaya.

NLP: Praktis
Pada zaman dahulu kala, hidup seorang panglima perang yang terkenal karena memiliki kemahiran memanah yang tiada tandingannya. Suatu hari, panglima ini ingin memperlihatkan kemahiran memanahnya kepada rakyat. Lalu diperintahkan prajurit menyiapkan papan sasaran serta 100 buah anak panah.
Setelah semuanya siap, si panglima masuk ke tanah lapangan dengan penuh percaya diri, lengkap dengan busur di tangannya.
Panglima mulai menarik busur dan melepaskan satu persatu anak panah itu ke arah sasaran. Rakyat bersorak-sorak menyaksikan kehebatan beliau. Sungguh luar biasa! Seratus kali anak panah dilepas, 100 anak panah tepat mengenai sasaran.
Dengan wajah berseri-seri penuh kebanggaan, panglima berucap "Rakyatku, lihatlah panglimamu! Saat ini, kemahiran memanahku tidak ada tandingannya. Bagaimana pendapat kalian?"
Di antara kata-kata pujian yang diterima dari orang ramai, tiba-tiba seorang tua penjual minyak menyampuk "Panglima memang hebat! Tetapi itu hanya kemahiran yang diperolehi dari praktis".
Panglima dan seluruh yang hadir memandang dengan tercengang dan bertanya-tanya, apa maksud perkataan orang tua penjual minyak itu.
Tukang minyak menjawab, "Tunggu sebentar!" sambil beranjak dari tempatnya. Dia mengambil sebuah syiling kuno yang berlubang di tengahnya. Syiling itu diletakkan di atas mulut botol minyak yang kosong. Dengan penuh keyakinan, si penjual minyak mengambil gayung berisi penuh minyak dan menuangkan dari atas melalui lubang kecil di tengah syiling tadi sampai botol itu terisi penuh. Hebatnya, tidak ada setitik minyak pun yang mengenai permukaan syiling tersebut!
Panglima dan rakyat tercengang. Mereka bersorak-sorak menyaksikan demonstrasi kemahiran si penjual minyak. Dengan penuh kerendahan hati, tukang minyak membongkokkan badan menghormati panglima sambil mengucapkan kalimat bijaknya, "Itu hanya kemahiran yang diperolehi dari praktis! Praktis yang berterusan akan melahirkan kemahiran".
* Praktislah ilmu yang diterima supaya mahir

NLP: Lembu Dan Khinzir
Pada suatu ketika ada seorang yang kaya bertanya kepada sahabatnya.
"Mengapa aku dicela sebagai orang yang kedekut? Padahal semua orang tahu aku telah membuat surat wasiat untuk mendermakan seluruh harta kekayaanku bila aku mati kelak".
"Begini," kata sahabatnya, aku akan ceritakan kepadamu tentang kisah lembu dan khinzir.
Suatu hari khinzir mengeluh kepada lembu mengenai dirinya yang tidak disukai manusia.
"Mengapa orang selalu membicarakan tentang kebaikanmu? tanya khinzir. Memang kau memberikan susu, mentega dan keju, tapi yang aku berikan jauh lebih banyak. Aku memberikan lemak, daging, paha, bulu, kulit, sehinggakan kakiku pun dibuat makanan asin! Tetapi tetap saja manusia tak menyenangiku. Mengapa?"
Lembu berfikir sejenak dan kemudian menjawab, "Ya! mungkin sebab aku memberi kepada manusia ketika aku masih hidup".
* Semasa umur masih ada berbuat baiklah.

NLP: Sekolah Binatang
Syahdan, tersebarlah sebuah khabar dari dunia binatang. Menurut cerita, para binatang besar ingin membuat sekolah untuk para binatang kecil. Mereka, para binatang besar itu merancang untuk menciptakan sebuah sekolah yang di dalamnya akan diajarkan mata pelajaran memanjat, terbang, berlari, berenang dan menggali.
Akhirya mereka tidak dapat mengambil kata sepakat mengenai subjek mana yang paling penting. Mereka memutuskan agar semua murid mengikuti seluruh mata pelajaran yang diajarkan. Jadi, setiap murid harus mengikuti mata pelajaran memanjat, terbang, berlari, berenang dan menggali.
Pada tahun itu, sekolah pun dibuka dan menerima murid dari pelbagai pelusok hutan.
Pada saat-saat awal dikhabarkan aktiviti sekolah berjalan dengan lancar. Seluruh murid dan pengajar di sekolah itu gembira dengan pembaharuan itu hinggalah pada suatu hari salah satu murid bernama arnab yang mahir berlari mengikuti kelas berenang. Arnab ini hampir tenggelam. Pengalaman mengikuti kelas berenang ternyata amat sukar bagi dirinya.
Disebabkan sibuk dengan pelajaran berenang, si arnab ini pun kehilangan kemahirannya yang hebat, dia tidak lagi dapat berlari dengan pantas seperti sebelumnya.
Setelah itu ada kejadian lain yang cukup memeningkan pengetua sekolah. Murid lain bernama Helang yang sangat pandai terbang, ketika mengikuti kelas menggali, tidak mampu menjalankan tugas-tugas yang diberikan kepadanya. Akhirnya, dia pun harus mengikuti kelas pemulihan menggali. Kelas itu ternyata mengambil banyak waktunya sehingga dia lupakan cara untuk terbang yang sebelumnya sangat dikuasainya.
Demikianlah, kesulitan demi kesulitan ternyata melanda juga ke diri binatang-binatang lain, seperti itik, burung pipit, monyet, ular dan binatang kecil lain.
Para binatang kecil itu tidak mempunyai kesempatan lagi untuk berprestasi dalam bidang keahlian mereka masing-masing. Ini berlaku kerana mereka dipaksa melakukan hal-hal yang tidak menghargai sifat alami mereka.
* Kenali diri dan kenali potensi diri.

NLP: Ini Pun Akan Berakhir
Seorang petani yang kaya meninggal dunia. Dia mempunyai dua orang anak lelaki. Sepeninggalan si ayah, kedua lelaki ini hidup bersama dalam satu rumah. Pada satu hari mereka bertengkar dan memutuskan untuk berpisah dan membagi harta warisan ayah mereka. Setelah membahagi harta, masih tertingal satu kotak yang selama ini disembunyikan oleh ayah mereka.
Mereka membuka kotak itu dan menemukan dua buah cincin di dalamnya, satu dibuat daripada platinum bertahtakan berlian dan satu lagi daripada gangsa yang murah. Melihat cincin berlian itu, timbullah rasa tamak si abang dan berkata “Aku rasa cincin ini bukan milik ayah tapi warisan turun-temurun dari nenek moyang kita. Oleh itu, kita harus menjaganya untuk anak-cucu kita. Sebagai anak yang sulung, aku akan menyimpan yang mempunyai berlian dan kamu simpan yang gangsa.”
Si adik tersenyum dan berkata “Baiklah, ambil saja yang berlian dan aku ambil yang gangsa”.
Keduanya mengenakan cincin tersebut di jari masing-masing dan berpisah.
Kedua mereka mengalami jatuh bangunnya dalam kehidupan. Ketika berjaya, si abang berpesta, mabuk-mabukan dan lupa daratan. Ketika gagal, si abang menderita tekanan batin, tekanan darah tinggi serta berhutang di sana-sini. Demikianlah terjadi dari masa ke masa sehingga dia sukar untuk tidur dan terpaksa makan ubat penenang jiwa. Akhirnya dia terpaksa menjual cincin berlian untuk membeli ubat.
Sementara itu, ketika berjaya si adik mensyukurinya, tidak menjadi sombong dan lupa daratan. Ketika gagal, dia tidak terjerumus dalam kesedihan. Hidupnya tetap saja naik-turun, kadang-kadang berjaya dan kadang-kadang gagal, namun dia tahu bahwa tiada yang kekal selamanya. Semua yang berlaku, akan berakhir dan dia juga sentiasa menginggatkan mati setiap kali memandang cincin gangsa tersebut.
Dia hidup dalam tenteram, seimbang dan bahagia. Ini terjadi kerana selepas mendapat cincin gangsa si adik tertanya-tanya dalam hati “Tidak aneh kalau ayah menyimpan cincin platinum bertakhtakan berlian yang mahal itu tetapi kenapa ayah menyimpan cincin gangsa yang murah ini?” Dia memerhati dengan teliti pada cincin itu dan bertemu sebuah kalimat terukir di cincin itu yang berbunyi “INI PUN AKAN BERAKHIR”. “Oh! rupanya ini kalimat ayah untuk berjaya dalam hidup yang dipasak (anchor) pada cincin” katanya sambil mengenakan cincin tersebut.
Kalimat itulah yang sentiasa menginggatkan dia ketika jatuh dan bangun dalam kehidupan setiap kali dia melihat cincin gangsa itu.
* Apakah kalimat yang kita pegang dan di mana kita membuat pasakan (anchor) untuk hidup berjaya di dunia dan akhirat?

NLP: Menjual Sikat Kepada Sami Buddha
Sebuah syarikat pengeluar sikat menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor pemasaran. Lebih dari 100 orang datang untuk temuduga.
Setelah melalui berbagai proses pemilihan yang cukup ketat, terpilihlah tiga calon utama. Sebut saja A, B dan C. Syarikat itu memberi tugas kepada tiga orang yang terpilih. A, B dan C diminta untuk menjual sikat kepada para sami buddha dalam jangka waktu 10 hari. Bagi sebagian orang, tugas ini tidak masuk akal kerana sami buddha berkepala botak dan tidak memerlukan sikat.
Sepuluh hari pun berlalu, akhirnya ketiga calon tersebut kembali ke pejabat untuk melaporkan hasil penjualan mereka.
Calon A: Saya hanya mampu menjual satu sikat. Saya sudah berusaha menawarkan sikat itu kepada sami buddha di sana tetapi mereka marah-marah kerana saya dianggap mempermainkan mereka. Tetapi untung, ketika saya berjalan menuruni tangga ada seorang sami muda yang mau membeli satu sikat dari saya. Sikat itu digunakan untuk menggaru kepalanya yang berkudis.
Calon B: Saya berhasil menjual sepuluh sikat. Saya pergi ke sebuah wat siam dan melihat banyak pelawat yang rambutnya tidak kemas kerana angin kencang yang bertiup di luar wat. Sami buddha di dalam wat itu mendengar cadangan saya dan membeli 10 sikat untuk para pelawat agar mereka menunjukkan rasa hormat kepada Buddha ketika bersembahyang.
Calon C: Saya berhasil menjual seribu buah sikat. Setelah melakukan pengamatan beberapa hari di wat siam itu, saya melihat banyak pelancung yang datang berkunjung ke sana. Kemudian saya berkata pada ketua sami buddha, “Tuan, saya melihat banyak penziarah yang datang ke sini. Jika tuan bisa memberi mereka sebuah cenderamata, maka itu akan lebih menggembirakan hati mereka”. Saya bilang padanya bahwa saya punya banyak sikat yang bagus dan murah. Saya lalu meminta ketua sami tersebut untuk meletakkan tanda tangan pada setiap sikat sebagai hadiah bagi para penziarah di wat siam itu. Ketua sami bersetuju dan langsung memesan 1,000 buah sikat.
Akhirnya syarikat pengeluar sikat itu menerima ketiga orang tersebut sebagai pekerja barunya. Calon C dipilih sebagai Pengurus Pemasaran, calon B menjadi pembantu pengurus dan calon A sebagai pegawai pemasaran biasa.
* Kajian dari Harvard University menunjukkan 85% kejayaan adalah kerana sikap dan 15% kerana kemampuan. Sikap ternyata lebih penting dari kepandaian.

Tiga Pintu Kebijaksanaan
Seorang raja mempunyai seorang anak yang berani dan pintar. Untuk menyempurnakan pengetahuan, raja menghantarnya kepada seorang ilmuan untuk memberi nasihat tentang “Jalan Hidup”.
Kata ilmuan itu kepada anak raja "Di Jalan Hidupmu kau akan menemui 3 pintu. Bacalah kata-kata yang tertulis di setiap pintu dan ikuti kata hatimu".
Selepas itu anak raja meneruskan perjalanan dan bertemu dengan sebuah pintu besar yang di atasnya tertulis "UBAHLAH DUNIA".
"Ini memang yang aku inginkan" fikir anak raja. "Karena di dunia ini ada hal-hal yang aku sukai dan ada pula hal yang aku tak sukai. Aku akan mengubahnya sesuai dengan keinginanku".
Maka anak raja memulakan pertarungannya yang pertama iaitu “Mengubah Dunia”. Keazaman dan kekuatan membantunya dalam usaha menakluk dunia agar sesuai mengikut hasratnya. Dia merasa senang dengan usahanya tetapi hatinya tidak merasa damai. Walaupun sebahagian berhasil diubahnya tetapi ada sebahagian yang lain menentangnya.
Tahun demi tahun berlalu. Suatu hari, dia bertemu si ilmuan lagi.
"Apa yang kau pelajari dari Jalanmu ?" Tanya si ilmuan.
"Aku belajar untuk membezakan apa yang dapat dilakukan dengan kekuatanku dan apa yang di luar kemampuanku" jawab anak raja.
"Bagus! Lakukan sesuatu sesuai dengan kemampuanmu. Lupakan apa yang diluar kemampuanmu" kemudian si ilmuan berlalu pergi.
Tak lama kemudian, anak raja tiba di Pintu Kedua yang bertulis "UBAHLAH SESAMAMU".
"Ini memang keinginanku" fikirnya. "Orang-orang di sekitarku adalah sumber kesenangan dan kebahagiaan tetapi mereka juga yang mendatangkan derita, kepahitan dan kehampaan". Kemudian dia cuba mengubah semua orang yang tidak disukainya. Dia cuba mengubah karakter mereka dan menghilangkan kelemahan mereka. Ini menjadi pertarungannya yang kedua.
Masa berlalu, kembali dia bertemu si ilmuan lagi.
"Apa yang kau pelajari kali ini?" tanya si ilmuan.
"Saya belajar bahawa orang-orang di sekitar bukanlah sumber kegembiraan atau kedukaanku, keberhasilan atau kegagalanku. Mereka hanya memberikan kesempatan agar hal-hal tersebut dapat muncul. Sebenarnya di dalam dirikulah segala hal tersebut berakar umbi".
"Kau benar" kata si ilmuan. "Sebenarnya orang-orang di sekitarmu mengenalkan kau pada dirimu sendiri. Bersyukurlah pada mereka yang telah membuatmu senang dan bahagia serta membuatmu derita dan kecewa”. Kemudian si ilmuan berlalu pergi.
Selepas itu anak raja tiba di pintu ketiga iaitu "UBAHLAH DIRIMU".
"Jika memang diriku sendiri sumber bagi segala masalahku, memang aku harus mengubahnya". Anak raja berkata kepada dirinya sendiri.
Dia mulakan pertarungannya yang ketiga iaitu mengubah karakternya sendiri, melawan ketidak sempurnaannya, menghilangkan kelemahannya, mengubah segala hal yang tidak disukai dari dirinya, yang tidak sesuai dengan gambaran ideal.
Setelah beberapa tahun berusaha, sebahagian berhasil dan sebahagian lagi gagal diubahnya, anak raja bertemu si ilmuan kembali.
"Kini apa yang kau pelajari ?" tanya si ilmuan.
"Aku belajar bahawa ada hal di dalam diriku yang boleh diubah dan ada yang tidak boleh diubah" kata anak raja.
"Itu bagus" ujar si ilmuan. "Ya" kata anak raja, "tapi aku mulai letih untuk bertarung melawan dunia, melawan setiap orang dan melawan diri sendiri. Tidakkah ada akhir dari semua ini? Bila aku boleh tenang? Aku ingin berhenti bertarung, ingin menyerah, ingin meninggalkan semua ini!".
"Itu adalah pelajaranmu berikutnya" kata si ilmuan. Tapi sebelum itu, pusing kebelakang dan lihatlah “Jalan” yang telah kau tempuhi". Kemudian si ilmuan berlalu pergi.
Ketika melihat ke belakang, dia nampak Pintu Ketiga dan melihat adanya tulisan yang berbunyi "TERIMALAH DIRIMU".
"Ketika seorang bertarung, dia mula menjadi buta" katanya pada dirinya sendiri. Dia mula menyedari kekurangan dirinya, menerima diri seadanya. Dia belajar mencintai dirinya sendiri dan tidak lagi membandingkan dirinya dengan orang lain, tanpa mengadili, tanpa mencerca dirinya sendiri.
Dia bertemu si ilmuan dan berkata "Aku belajar untuk menerima diriku seadanya, secara total dan tanpa syarat."
"Bagus, itu adalah Pintu Pertama Kebijaksanaan" , ujar si ilmuan. "Sekarang kau boleh kembali ke Pintu Kedua".
Apabila sampai Pintu Kedua, tertulis di sisi belakangnya "TERIMALAH SESAMAMU".
Dia melihat orang-orang di sekitarnya, mereka yang dia suka serta mereka yang dia benci. Mereka yang menyokongnya, juga mereka yang melawannya. Yang menghairankan, dia tidak lagi melihat ketidaksempurnaan mereka, kekurangan mereka. Apa yang sebelumnya membuat dia malu dan berusaha mengubahnya.
Anak raja bertemu si ilmuan kembali, "Aku belajar" katanya "Bahwa dengan berdamai dengan diriku sendiri, aku tidak punya sesuatu pun untuk mempersalahkan orang lain, tidak sesuatupun yang perlu ditakuti dari mereka. Aku belajar untuk menerima dan mencintai mereka, apa seadanya”.
"Itu adalah Pintu Kedua Kebijaksanaan" ujar si ilmuan, "Sekarang pergilah ke Pintu Pertama".
Di belakang Pintu Pertama, anak raja melihat tulisan "TERIMALAH DUNIA".
"Sungguh aneh!" katanya pada dirinya sendiri "Mengapa saya tidak melihat sebegini sebelum ini". Dia melihat sekitarnya dan mengenali dunia yang sebelumnya dia berusaha untuk menakluk dan mengubahnya. Sekarang dia terpesona dengan betapa indahnya dunia, dengan kesempurnaannya. Tetapi ini adalah dunia yang sama, apakah memang dunia yang berubah atau cara pandangnya?
Kembali dia bertemu dengan si ilmuan: "Apa yang kau pelajari sekarang?"
"Aku belajar bahawa dunia sebenarnya adalah cermin dari jiwaku. Ketika jiwaku senang, maka dunia pun menjadi tempat yang menyenangkan. Ketika jiwaku muram, maka dunia pun kelihatan muram. Dunia sendiri tidaklah menyenangkan ataupun muram. Ia ADA, itu saja. Bukanlah dunia yang membuatku terganggu melainkan makna (meaning) yang aku berikan mengenainya. Aku belajar untuk menerima tanpa menghakimi, menerima seutuhnya, tanpa syarat”. Kata anak raja.
"Itu Pintu Ketiga Kebijaksanaan" kata si ilmuan. "Sekarang kau berdamailah dengan dirimu, dengan sesamamu dan dengan dunia" kata si ilmuan kemudiannya menghilangkan diri.
Anak raja merasakan kedamaian dan ketenteraman yang berlimpah memasuki dirinya. Dia merasa hening dan damai kini.
* Tiada yang baik atau buruk, berfikir (memberi makna) menjadikannya baik atau buruk. Berdamailah dengan diri sendiri, dengan orang-orang di sekitar dan dengan dunia. Terimalah seada-adanya.

NLP: Perempuan Tua dan Hantu
Pada zaman dahulu kala ada seorang wanita tua yang sangat gembira walaupun hampir tidak memiliki apa-apa, dan dia sudah tua, miskin dan tinggal sendirian.
Di suatu senja, ketika berjalan pulang ke rumahnya, dengan penuh senyuman seperti biasanya, dia terjumpa sebuah baldi hitam yang besar di atas tanah.
"Ya Allah!" katanya, "Baldi ini bagus untuk menyimpan sesuatu! Sayangnya saya tidak memiliki apa-apa! Siapa yang telah meletakkan baldi ini disini?"
Kemudian dia melihat disekeliling berharap pemilik baldi berada tidak jauh dari situ tapi dia tidak melihat siapa pun di sana.
Ketika dia mengangkat penutup baldi dan melihat ke dalam. "Ya Allah!" teriaknya dengan penuh kagum. "Penuh dengan syiling emas. Betapa beruntungnya saya!"
Di dalam baldi tersebut dilihatnya syiling emas yang berkilap. Saat itu dia begitu gembira dan tidak bergerak sama sekali, kemudian akhirnya dia berkata
"Saya merasa sangat kaya sekarang, benar-benar kaya raya!"
Dia mulai berpikir bagaimana hendak membawa harta karun itu ke rumahnya. Baldi berisi emas itu begitu berat untuk dibawa dan dia tidak menemukan cara yang baik selain mengikat baldi itu pada hujung selendang dan menariknya sampai ke rumah.
"Sebentar lagi hari akan gelap," katanya sendiri dan mulai berjalan. "Ah! itu lebih baik karena jiranku tidak akan melihat apa yang aku bawa dan aku boleh bersendirian sepanjang malam memikirkan apa yang akan dilakukan dengan syiling emas ini. Mungkin saya akan membeli rumah yang besar dan berehat sambil menikmati teh seperti seorang Ratu”.
Apabila merasa lelah kerana menarik baldi yang berat itu, dia berhenti sejenak untuk berehat dan melihat hartanya. Tiba-tiba apa yang dilihatnya bukan berisi syiling emas, tapi hanya syiling perak di dalamnya. Dia melihat baldi itu dan menggosok matanya dan melihat kembali.
"Saya fikir baldi tadi berisi emas! Saya mungkin bermimpi. Tapi ini lebih menguntungkan! Perak tidak menyusahkan, ia jarang dicuri. Syiling emas mungkin membawa kematian untuk saya dan dengan sebaldi syiling perak ini...".
Kemudian dia berjalan lagi sambil memikirkan apa yang harus dilakukannya dan merasa seperti orang kaya hingga akhirnya dia keletihan lagi dan berhenti rehat dan melihat kembali apakah hartanya masih ada di situ. Tiba-tiba dia tidak melihat syiling perak melainkan setompok besi.
"Saya menyangka baldi itu berisi syiling perak. Saya pasti bermimpi, tapi ini lebih menguntung, sungguh menyenangkan. Saya dapat menjual dan mendapatkan sedikit wang. Sedikit wang lebih mudah dibawa dan disimpan berbanding dengan syiling emas dan perak. Saya tidak perlu tidur dengan gelisah karena takut dicuri”.
Kemudian dia berjalan lagi sambil memikirkan apa yang harus dilakukannya dengan sedikit wang itu nanti, hingga sekali lagi dia berhenti rehat dan menengok kembali apakah hartanya masih ada di situ. Kali ini dia tidak melihat apa-apa pun selain batu-batu besar dalam baldi itu.
"Saya menyangka baldi ini berisi besi. Saya pasti bermimpi, tapi ini lebih menguntungkan karena saya sudah lama menginginkan batu besar untuk menahan pintu pagar saya supaya sentiasa terbuka".
Dia sangat ingin melihat bagaimana batu itu nanti menahan pintu pagarnya supaya sentiasa terbuka. Akhirnya dia tiba di pondoknya dan membuka pintu pagar. Kini apa yang dilihatnya bukanlah batu besar melainkan serpihan-serpihan batu.
Tiba-tiba dia terkejut diiringi dengan sebuah jeritan. Mahkluk pelik yang mempunyai empat kaki dan dua telinga panjang terbang ke udara sambil memekik dan ketawa seperti kanak-kanak nakal keluar dari baldi tersebut.
Wanita tua itu memandang makhluk itu menghilang dari pandangan, kemudian akhirnya perempuan itu ketawa juga.
Katanya sambil tertawa, "Saya beruntung! Cukup beruntung! Saya gembira melihat hantu jadi-jadian dengan mata kepala saya sendiri dan selamat juga darinya! Ya Allah! saya merasa sangat bahagia!".
Kemudian dia masuk ke pondoknya dan ketawa sepanjang malam membayangkan kejadian tadi dan merasa betapa beruntungnya dia hari itu.
* Untuk bahagia, kita perlu mengubah sudut pandang supaya sentiasa melihat yang positif.

NLP: Tapisan 3K
Socrates adalah seorang ahli falsafah yang terkenal kerana pengetahuan dan kebijaksanaannya. Suatu hari seorang lelaki berjumpa dengan Socrates dan berkata, "Tahukah anda apa yang baru saya dengar mengenai salah seorang kawan anda?"
"Tunggu sebentar," jawab Socrates. "Sebelum beritahu saya sesuatu, saya ingin anda melakukan ujian tapisan 3K."
"Ujian Tapisan 3K?" tanya lelaki tersebut.
"Betul!" jawab Socrates.
"Sebelum anda mengatakan sesuatu kepada saya mengenai teman saya, mungkin idea yang bagus untuk menapis apa yang akan anda katakan. Tapisan pertama adalah KEBENARAN. Sudah pastikah anda bahwa apa yang anda akan katakan adalah benar?"
"Tidak" kata lelaki tersebut, "sesungguhnya saya baru saja mendengarnya dan ingin memberitahu kepada anda".
"Baiklah" kata Socrates, "Jadi anda sungguh tidak tahu apakah hal itu benar atau tidak. Sekarang mari kita tengok tapisan kedua iaitu KEBAIKAN. Apakah yang akan anda katakan mengenai teman saya adalah sesuatu yang baik?".
"Tidak, sebaliknya mengenai hal yang buruk", jawab lelaki tersebut.
"Jadi" lanjut Socrates "anda ingin mengatakan sesuatu yang buruk mengenai dia tetapi anda tidak yakin itu benar. Anda mungkin boleh lulus ujian selanjutnya iaitu KEGUNAAN". Apakah yang anda ingin beritahukan tentang teman saya tersebut berguna kepada saya?".
"Tidak, sungguhnya tidak", jawab lelaki tersebut.
"Kalau begitu" simpul Socrates, "Jika apa yang anda ingin beritahukan kepada saya tidak benar, tidak juga baik, bahkan tidak berguna untuk saya, kenapa ingin menceritakan kepada saya?"
* Kata-kata yang menyakiti hati seseorang ibarat sebuah panah yang keluar dari busurnya dan membunuh jiwa yang tidak bersalah. Ianya tidak boleh ditarik balik. Jadi sebelum berbicara, gunakanlah “Tapisan 3K”.

NLP: Lori Sampah
Suatu hari saya naik sebuah teksi untuk ke lapangan terbang. Ketika teksi bergerak dengan laju tiba-tiba sebuah kereta hitam keluar dari tempat letak kereta tepat di depan kami.
Pemandu teksi memijak pedal brek dengan cepat dan bersungguh-sungguh sehingga tayar kereta berbunyi dan teksi berhenti hanya beberapa cm dari kereta tersebut.
Pemandu kereta itu mengeluarkan kepalanya dan mulai memaki-hamun ke arah kami walaupun dia yang berbuat salah.
Pemandu teksi hanya tersenyum dan melambaikan tangan pada pemandu kereta itu. Saya benar-benar hairan dengan sikapnya seolah-olah bersahabat.
Lalu saya bertanya, "Mengapa anda melakukannya? Orang itu hampir merosakkan teksi anda dan boleh menyebabkan kemalangan!".
Pemandu teksi hanya ketawa sambil berkata: “Buat apa bising-bising, bersabar lebih baik kerana kita sudah mengurangi musuh. Saya kan harus memberi keutamaan kepada encik yang akan ke lapangan terbang”.
Saat itulah saya belajar mengenai apa yang saya kemudian panggil "Hukum Lori Sampah".
Banyak orang yang ibaratnya seperti lori sampah. Mereka berjalan ke sana-sini membawa sampah seperti kemarahan, kekecewaan maupun kegagalan dan seringkali mereka membuangnya kepada kita.
Jangan ambil hati, lebih baik senyum sahaja, lambaikan tangan, fokuslah pada prioriti dalam hidup kita, maafkan dan berkati mereka, lalu lanjutkan hidup kita.
Jangan kita ambil “sampah” mereka untuk kita buangkannya kepada orang lain pula yang kita temui di tempat kerja, rumah atau dalam perjalanan.

NLP: Falsafah Memanah
Di suatu senja, kelihatan seorang raja beserta rombongannya pulang dari berburu di hutan. Hari itu tidak ada satu buruan pun yang berhasil dibawa pulang.
Setibanya di pinggir hutan, raja memutuskan untuk berehat sekejap di rumah milik seorang pemburu yang terkenal karena kehebatannya memanah. Setelah berbual-bual, si pemburu berkata, "Maaf baginda, sepertinya baginda tidak gembira. Apakah hasil buruan hari ini tidak memuaskan baginda?"
Tidak menjawab pertanyaan, raja itu menghampiri sebuah busur tanpa tali yang terletak di suatu sudut. "Pemburu, kenapa busurmu tidak terpasang talinya? Apakah engkau sudah tidak memanah lagi?" tanya si raja dengan nada terkejut.
"Bukan begitu baginda, tali busur memang sengaja hamba lepas agar busur itu boleh ‘berehat'. Berdasarkan pengalaman hamba, tali busur yang tegang terus menerus, tidak boleh dipakai untuk memanah secara optimum".
"Wah, hebat sekali pengetahuanmu! Ternyata itu rahsia kehebatan memanahmu selama ini ya?" kata baginda.
"Memang, kami turun temurun adalah pemburu. Dan pelajaran seperti ini sudah ada sejak dari dulu. Untuk memaksimumkan alat berburu, kebiasaan seperti itulah yang harus hamba lakukan. Mohon maaf baginda, masih ada pelajaran lainnya yang tidak kalah penting yang biasa kami lakukan."
"Apa itu?" tanya baginda ingin tahu.
"Menjaga fikiran. Sehebat mana pun busur dan anak panah, bila fikiran kita tidak fokus, perasaan kita tidak seirama dengan tangan, anak panah dan busur, maka hasilnya juga tidak akan maksimum untuk mencapai sasaran buruan yang kita inginkan".
Mendengar penjelasan si pemburu, tiba-tiba si raja ketawa dan berkata; "Terima kasih pemburu. Hari ini rajamu mendapat pelajaran yang sangat berharga dari seorang pemburu yang hebat."
* Kita perlu tahu mengatur masa untuk bekerja dan beristirahat supaya keberkesanan kerja terjaga.

NLP: Confusius
Yan Hui adalah murid kesayangan Confusius yang suka belajar. Pada suatu hari ketika Yan Hui sedang bertugas, dia melihat satu kedai kain sedang dikerumuni oleh banyak orang. Dia mendapati pembeli dan penjual kain sedang berbalah.
Pembeli menjerit: "3 x 8 = 23, kenapa kamu bilang 24?"
Yan Hui mendekati pembeli kain dan berkata: "3 x 8 = 24, tidak usah diperdebatkan lagi". Pembeli kain tidak puas hati lalu berkata "Siapa minta pendapatmu? Benar atau salah Confusius yang berhak menentukan".
Yan Hui: "Baik, jika Confusius kata kamu salah, bagaimana?".
Pembeli kain: "Kalau Confusius kata saya salah, kepalaku aku potong. Kalau kamu yang salah, bagaimana?".
Yan Hui: "Kalau saya yang salah, aku berhenti kerja".
Keduanya pergi mencari Confusius. Setelah Confusius tahu duduk persoalannya, Confusius berkata kepada Yan Hui sambil tertawa: " 3 x 8 = 23. Yan Hui, kamu kalah. Sekarang berhenti kerja". Ketika mendengar Confusius kata dia salah, dia pun meletakkan jawatannya.
Pembeli kain itu pergi dengan puas hati. Walaupun Yan Hui menerima penilaian Confusius tapi hatinya tidak sependapat. Dia merasa Confusius sudah tua dan nyanyuk. Dia tidak mahu lagi belajar dengan Confusius. Sebelum pulang, Confusius memberi Yan Hui dua nasihat: "(1) Bila hujan lebat, janganlah berteduh di bawah pokok dan (2) jangan membunuh".
Di dalam perjalanan pulang, tiba-tiba angin kencang disertai petir seperti akan hujan. Yan Hui ingin berlindung di bawah pokok tapi dia teringat nasihat Confusius dan berpikir untuk menuruti kata gurunya lalu meninggalkan pokok itu. Belum lama dia pergi, petir menyambar dan pohon itu hancur.
Yan Hui terkejut, nasihat gurunya yang pertama sudah terbukti.
Apakah aku akan membunuh orang? Fikir Yan Hui. Dia tiba dirumahnya sudah larut malam dan tidak mahu mengganggu isterinya tidur. Sesampainya di katil, dia meraba dan mendapati ada seseorang di sisi isterinya. Dia sangat marah dan mau menghunus pedangnya. Semasa memegang pedangnya, dia teringat nasihat Confusius, jangan membunuh. Dia lalu menyalakan lilin dan ternyata yang tidur disamping isterinya adalah adik iparnya.
Pada keesokan harinya, Yan Hui kembali berjumpa Confusius, berlutut dan berkata: "Guru, bagaimana guru tahu apa yang akan terjadi?"
Confusius berkata: "Kelmarin hari sangat panas, diperkirakan akan turun hujan petir, maka aku mengingatkanmu untuk tidak berlindung di bawah pokok. Kelmarin kamu pergi dengan marah dan membawa pedang, aku mengingatkanmu agar jangan membunuh".
Yan Hui berkata: "Guru, perkiraanmu hebat sekali, saya sangat kagum".
Confusius berkata: "Aku tahu kamu tidak ingin belajar lagi dariku. Cubalah kamu pikir. Kelmarin aku kata 3 x 8 = 23 adalah benar, kamu kalah dan kehilangan kerja. Tapi jikalau aku bilang 3 x 8 = 24 adalah benar, si pembeli kainlah yang kalah dan itu bererti akan hilang satu nyawa. Menurutmu, kerjamu lebih penting atau kehilangan satu nyawa yang lebih penting?"
* Cerita ini mengingatkan kita:
Bersikap keras melawan pelanggan. Kita menang, tapi sebenarnya kalah juga.
Bersikap keras melawan orang atasan. Kita menang, tapi sebenarnya kalah juga.
Bersikap keras melawan suami. Kita menang, tapi sebenarnya kalah juga.
Bersikap keras melawan teman. Kita menang, tapi sebenarnya kalah juga.

NLP: Peta Harta Karun
Ada seorang lelaki berjalan-jalan di tepi laut dan melihat sebuah botol kaca. Dia memungut dan membuka penyumbat botol. Ternyata dia menjumpai sebuah peta harta karun tetapi tidak percaya sehingga dia memasukkan peta itu semula ke dalam botol dan melemparkannya ke dalam laut.
Kemudian, seorang lelaki lain melihat botol itu. Dia juga mengambil botol, membukanya dan menemukan peta harta karun. Orang ini cukup tertarik dengan harta karun tersebut. Dia mencuba berjalan menuju ke tempat yang ditunjukkan dalam peta tersebut iaitu sekitar 30 meter ke tengah laut. Tetapi ketika tinggi air laut mencapai paras dada, dia memutuskan untuk berhenti. “Ini cuma gurauan!” katanya. Jadi, dia kembali ke tepi pantai dan membuang botol itu kembali ke laut.
Kemudian lelaki ketiga berjalan di tepi pantai dan melihat botol kaca itu terapung di atas air. Dia mengambil dan menemukan peta. “Hmm, peta ini boleh dipercayai.” katanya, “Aku akan berusaha mencari harta karun ini!”, lalu dia menyewa perahu dan menuju ke tempat yang ditunjukkan oleh peta tersebut.
Setelah sampai di tempat yang dituju, dia melihat ada sesuatu di bawah air yang menyerupai peti harta karun. Dia menyelam tetapi ternyata lokasi peti itu jauh lebih dalam dari perkiraannya. Dia hampir kehabisan nafas lalu kembali ke perahu dan menyerah kalah. Botol berisi peta itu diambilnya, ditutup dan dilemparkannya kembali ke laut.
Setelah itu, ada seorang lelaki lagi berjalan-jalan di tepi pantai. Seperti lelaki sebelumnya, dia juga melihat botol itu dan menemukan peta harta karun. Dia sangat bersemangat untuk menemukan harta karun tersebut. Dia menggunakan perahu untuk sampai di tempat tersebut lalu menyelam ke arah peti harta karun. Ternyata lokasi peti itu sangat dalam dan nafasnya tidak boleh menjangkaunya.
Dia memutuskan untuk kembali ke pantai dan menyewa perlengkapan selam. Kemudian dia mendayung perahunya kembali ke tempat harta karun. Dengan perlengkapan selam yang lengkap dia kembali menyelam dan mendapat peti harta karun dan membawanya ke perahu. Dia gembira ketika melihat peti harta karun itu penuh dengan emas dan berlian.
* Bagaimana tahap usaha kita dalam kehidupan?
Sumber: Internet
NLP: Mati Kesejukan
Di sebuah perusahaan pengangkutan ada seorang pekerja, namanya Nick. Dia sangat rajin bekerja dan bertanggung jawab. Pada suatu hari semua pekerja bergegas untuk merayakan hari ulang tahun ketua mereka.
Tanpa disedari Nick terkunci di dalam sebuah lori pengangkut ais. Nick berteriak, memukul pintu lori dengan keras, tetapi tidak ada yang mendengar.
Tangannya sudah merah dan bengkak-bengkak memukul pintu lori itu, suaranya sudah serak akibat berteriak terus tetapi tetap tidak ada orang yang mempedulikannya, akhirnya dia duduk di dalam sambil menghelakan nafas yang panjang.
Semakin dia berpikir semakin dia merasa takut, dalam hatinya dia berpikir “dalam lori pengangkut ais suhunya pasti di bawah 0 darjah celcius, kalau tidak segera keluar dari situ, pasti dia akan mati kedinginan”.
Keesokan harinya, semua pekerja datang bekerja. Mereka membuka pintu lori pengangkut ais tersebut dan sangat terkejut melihat Nick yang terbaring di dalam. Mereka segera mengangkat Nick untuk ditolong tetapi dia sudah tidak bernyawa lagi.
Sesuatu yang mereka hairankan ialah suis untuk menghidupkan mesin pendingin itu tidak dibuka dan dalam lori yang besar itu juga ada cukup oksigen untuknya. Suhu dalam lori itu 28 darjah tetapi Nick mati "kesejukan"!
Nick bukanlah mati kerana suhu dalam lori terlalu rendah tetapi dia mati kesejukan di dalam hatinya. Dia sudah menghakimi dirinya dengan sebuah hukuman mati. Bagaimana dapat hidup terus?
* Orang yang percaya kepada diri tidak akan terus putus asa begitu saja, dia tidak akan bersedih terhadap keadaan hidupnya yang dalam kesusahan.
Sumber: Internet
NLP: Rumah Tukang Kayu
Seorang tukang kayu tua mahu berhenti dari pekerjaannya di sebuah syarikat pembinaan. Pemilik syarikat merasa sedih kehilangan salah seorang pekerja terbaiknya. Dia lalu memohon pada tukang kayu tersebut untuk membuatkan sebuah rumah untuk terakhir kalinya.
Tukang kayu mengangguk menyetujui permohonan pribadi pemilik perusahaan itu. Tapi, sebenarnya dia merasa terpaksa. Dia ingin segera berhenti. Hatinya tidak sepenuhnya dicurahkan. Dengan tidak bersungguh-sungguh dia mengerjakan projek itu dengan menggunakan bahan-bahan ala kadarnya.
Akhirnya selesailah rumah yang diminta. Hasilnya bukanlah sebuah rumah yang baik. Sungguh sayang dia harus mengakhiri kerjayanya dengan prestasi yang tidak begitu memuaskan.
Ketika pemilik syarikat itu datang melihat rumah tersebut, dia menyerahkan sebuah kunci rumah pada si tukang kayu. "Ini adalah rumahmu," katanya, "hadiah dari kami".
Betapa terkejutnya si tukang kayu. Betapa malu dan menyesalnya. Seandainya dia mengetahui bahwa dia sesungguhnya mengerjakan rumah untuk dirinya sendiri, dia tentu akan mengerjakannya dengan cara yang lain sama sekali.
Kini dia harus tinggal di sebuah rumah yang tak bagus hasil kerjanya sendiri.
* Itulah yang terjadi pada kehidupan kita. Kadangkala, ada dari kita yang membangunkan kehidupan dengan cara ala kadar. Bahkan pada bahagian-bahagian terpenting dalam hidup, kita tidak memberikan yang terbaik. Hidup kita pada esok hari adalah akibat sikap dan pilihan yang kita buat pada hari ini.
Sumber: Internet
NLP: Hilangkan Sifat Marah
Dulu, Ahmad seorang yang pemarah. Dia tidak boleh mengawal sifat marahnya setiap hari. Ayahnya menyedari hal tersebut.
Untuk mengurangi rasa marah, Ayah Ahmad memberi sebungkus paku dan mengatakan kepadanya supaya memaku ke pagar di belakang rumah setiap kali dia marah.
Hari pertama Ahmad memaku 50 paku di pagar belakang rumah. Namun secara berperingkat jumlah itu berkurang. Ahmad menyedari bahwa lebih mudah menahan marah dari memaku di pagar.
Akhrnya dia dapat menahan dan mengendalikan sifat marahnya. Dia pun memberitakukan hal itu kepada Ayahnya.
Ayah Ahmad menyuruh Ahmad mencabut satu paku di pagar setiap hari bila dia tidak marah. Hari-hari berlalu dan tidak terasa paku-paku yang melekat di pagar telah dicabut semuanya. Dia memberitahukan hal ini kepada Ayahnya.
Ayah Ahmad tersenyum dan membawa Ahmad ke pagar. Dia berkata “Errm, kamu telah berhasil dengan baik anakku, tapi lihatlah lubang-lubang di pagar ini. Pagar ini tidak akan menjadi sama seperti sebelumnya. “Ketika kamu mengatakan sesuatu dalam kemarahan. Kata-katamu meninggalkan bekas”.
Ayah Ahmad seterusnya berkata “Seperti lubang ini di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu, tetapi tidak peduli beberapa kali kamu minta maaf, luka itu akan tetap ada dan luka karena kata-kata adalah sama buruknya dengan luka fisikal”
* Elakkan marah kerana kita mungkin menyesal dengan apa yang kita sebutkan semasa dalam keadaan marah.
Sumber: Internet
NLP: Biola Dengan Satu Tali
Niccolo Paganini, seorang pemain biola yang terkenal di abad 19, memainkan konsert untuk para peminatnya. Dia bermain biola dengan diiringi oleh orkestra yang lengkap.
Tiba-tiba salah satu tali biolanya putus. Keringat dingin mulai membasahi dahinya tapi dia menerus memainkan lagunya. Kejadian yang sangat mengejutkan tali biolanya yang lain pun turut putus satu persatu hanya meninggalkan satu tali sahaja, tetapi dia tetap bermain. Ketika para penonton melihat dia hanya memiliki satu tali dan tetap bermain,mereka berdiri dan berteriak, "Hebat!, Hebat!".
Paganini menyuruh mereka duduk. Penonton menyedari tidak mungkin dia dapat bermain dengan satu tali. Paganini memberi hormat pada para penonton dan memberi isyarat pada pengiring orkestra untuk meneruskan bahagian akhir dari lagunya itu. Dengan mata bersinar dia berkata, "Peganini dengan satu tali". Dia meletakkan biolanya di dagu dan mula memainkan bahagian akhir dari lagunya dengan indah sekali. Penonton sangat terkejut dan kagum pada kejadian itu.
* Hidup kita dipenuhi oleh pelbagai persoalan, kekuatiran, kekecewaan dan semua hal yang tidak selesa. Kita seringkali menghabiskan terlalu banyak masa untuk memikirkan pada tali kita yang putus dan segala sesuatu yang kita tidak dapat ubah. Jangan melihat ke belakang, majulah terus, mainkan tali satu-satunya itu.
Sumber: Internet
NLP: Pujian Yang Berfaedah
Dua orang wanita bekerja di pejabat yang sama. Keduanya mempunyai karakter yang berbeza dan sukar untuk berkomunikasi. Walaupun keduanya tidak saling membenci, namun mereka bukanlah sahabat karib dan tidak saling menyukai cara kerja serta sifat masing-masing.
Suatu hari, Wanita A meminta bantuan rakan kerja lain, Wanita C untuk menegur Wanita B supaya memperbaiki serta mengawal emosinya, jika tidak, pegawai lain mungkin tidak akan berkawan dengannya. Demikian alasan Wanita A.
Selang beberapa hari, Wanita A bertemu dengan Wanita B. Wanita B menegur Wanita A dengan penuh ramah dan sopan. Sejak itu, Wanita A melihat adanya perubahan besar dalam diri Wanita B yang telah berubah menjadi seorang yang berperibadi baru, seorang yang menyenangkan dan disukai oleh banyak orang.
Wanita A kemudiannya bertemu Wanita C untuk mengucapkan terima kasih, serta menanyakan resepi yang digunakan untuk menasihati Wanita B.
Wanita C menjawab: "Saya hanya kata kepada Wanita B, saat ini ada banyak orang yang memuji dan mengagumimu terutama Wanita A, dia secara istimewa mengatakan engkau sangat lemah lembut, pandai mengawal emosi serta disukai oleh banyak orang".
* Pujian adalah bunyi yang paling indah dari segala jenis bunyi-bunyian.

NLP: Ketam Marah
Bagaimana cara memancing ketam?
Dengan menggunakan sebatang buluh, ikatkan tali di hujung batang buluh, dan di hujung tali pula ikatkan seketul batu kecil. Ayunkan buluh supaya batu di hujung tali terayun menu

ju dan menggena ketam sehingga ia marah.
Jika berhasil, ketam akan menyepit tali atau batu itu dengan geramnya sehingga boleh ditangkap dan dimasak ketam tersebut.
Ketam itu menjadi korban kerana kemarahan dan kegeramannya terhadap gangguan seketul batu kecil.
* Kita sering melihat banyak orang mengalami kesulitan, menghadapi masalah, kehilangan peluang, kehilangan kerja, bahkan kehilangan segalanya karena MARAH. Pastikan kita tahu mengendalikan marah supaya tidak kerugian.

NLP: Reframing
Ada seorang ibu yang memiliki empat orang anak lelaki. Urusan belanja, makan, kebersihan dan kerapian rumah dapat ditanganinya dengan baik. Rumah nampak selalu rapi, bersih dan teratur.
Cuma ada satu masalah, ibu yang pembersih ini sangat tidak suka kalau karpet di rumahnya kotor. Ia boleh meledak marah berpanjangan hanya kerana melihat jejak sepatu di atas karpet dan suasana ini akan berlangsung seharian. Padahal, dengan empat orang anak lelaki di rumah, perkara ini mudah sekali terjadi dan menyiksakannya.
Atas nasihat keluarganya, dia pergi menemui seorang psikologist bernama Virginia Satir dan menceritakan masalahnya. Setelah mendengarkan cerita si ibu dengan penuh perhatian, Virginia Satir tersenyum dan berkata: "Harap ibu tutup mata dan bayangkan apa yang akan saya katakan". Ibu itu kemudian menutup matanya.
"Bayangkan rumah ibu yang rapi dan karpet ibu yang bersih terbentang, tak ternoda, tanpa kotoran, tanpa jejak sepatu, bagaimana perasaan ibu?" Sambil tetap menutup mata, senyum ibu itu merekah, mukanya yang murung berubah cerah. Ia tampak senang dengan bayangan yang dilihatnya.
Virginia Satir melanjutkan "Itu artinya tidak ada seorang pun di rumah ibu. Tak ada suami, tak ada anak-anak, tak terdengar gurau senda dan tawa ceria mereka. Rumah ibu sepi dan kosong tanpa orang-orang yang ibu kasihi". Seketika muka ibu itu berubah keruh, senyumnya langsung menghilang, nafasnya mengandung isak. Perasaannya terguncang. Pikirannya langsung cemas membayangkan apa yang tengah terjadi pada suami dan anak-anaknya.
"Sekarang lihat kembali karpet itu, ibu melihat jejak sepatu dan kotoran di sana, artinya suami dan anak-anak ibu ada di rumah, orang-orang yang ibu cintai ada bersama ibu dan kehadiran mereka menghangatkan hati ibu". Ibu itu mulai tersenyum kembali, ia merasa nyaman dengan visualisasi tersebut.
Sekarang bukalah mata ibu" Ibu itu membuka matanya "Bagaimana, apakah karpet kotor masih menjadi masalah buat ibu?". Ibu itu tersenyum dan menggelengkan kepalanya. "Aku tahu maksud anda" ujar si ibu, "Jika kita melihat dengan sudut yang tepat, maka hal yang nampak negatif dapat dilihat secara positif".
Sejak dari itu, ibu tersebut tidak pernah lagi mengeluh soal karpetnya yang kotor karena setiap melihat jejak sepatu di sana, ia tahu keluarga yang dikasihinya ada di rumah. Kisah di atas adalah kisah nyata. Virginia Satir adalah seorang psikologist terkenal yang dijadikan model oleh Dr. Richard Bandler dan Prof. John Grinder untuk menciptakan NLP (Neuro Linguistic Programming). Teknik yang dipakainya di atas disebut Reframing iaitu bagaimana kita 'membingkai semula' sudut pandang kita sehingga sesuatu yang tadinya negatif dapat menjadi positif.

NLP: Optimist
Di akhir tahun, seorang pelajar membawa buku laporan prestasi kembali ke rumah dan menyerahkan kepada ayahnya.
Ayahnya begitu terkejut karena melihat terlalu banyak tulisan berwarna merah.

Tidak tahu apa yang harus dikatakan kepada anaknya, si ayah cuma bertanya; “Apa yang boleh kamu katakan tentang semua ini?”
“Ada satu hal penting yang boleh saya katakan” Jawab anak itu. “Ayah seharusnya berbangga”.
“Ayah harus berbangga dengan nilai merah yang kamu hadiahkan ini?” Tanya si ayah yang kini bertambah hairan.
“Bukan! Ayah seharusnya berbangga atas kejujuran saya. Saya tidak menipu Ayah dengan hasil yang saya capai”.
* Orang optimist masih boleh melihat dengan cerah ketika dunia dilanda kegelapan.

NLP: Siapa Yang Miskin?
Suatu ketika seseorang yang sangat kaya mengajak anaknya melawat sebuah kampung dengan tujuan untuk menunjukkan kepada anaknya betapa sukar dan susahnya orang miskin. Mereka tinggal beberapa hari di sebuah daerah pertanian yang sangat miskin.
Dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya. "Bagaimana perjalanan kali ini?"
"Wah! sangat luar biasa ayah"
"Kau lihatkan bagaimana kehidupan orang miskin" kata ayahnya.
"Ya" kata anaknya.
"Jadi, pelajaran apa yang dapat kamu ambil?" tanya ayahnya.
Kemudian si anak menjawab. "Saya lihat;
Kita hanya mempunyai seekor kucing, mereka punya empat ekor.
Kita memasang lampu-lampu mahal di taman kita dan mereka memiliki bintang-bintang pada malam hari.
Kita memiliki patio sampai ke halaman depan dan mereka memiliki cakrawala yang besar.
Kita memiliki sebidang tanah untuk tempat tinggal dan mereka memiliki ladang yang melampaui pandangan kita.
Kita punya pelayan untuk melayani kita, mereka melayani sesama mereka.
Kita membeli untuk makanan kita, mereka menanamkannya sendiri.
Kita mempunyai tembok untuk melindungi kekayaan kita dan mereka memiliki sahabat-sahabat untuk saling melindungi.
Mendengar hal ini si Ayah tidak dapat berkata-kata. Kemudian si anak menambah "Terima kasih Ayah kerana telah menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita".
* Kita sering lupa apa yang kita miliki dan selalu memikirkan apa yang kita tidak miliki.

Subscribe to:
Posts (Atom)