Sunday, April 12, 2015

Certified Basic Practitioner of NLP (NFNLP/MFNLP) - Night 6

11 April 2015. Malam ke-6 di Casa de Creative Minds, UKM. Cert. Basic Practitioner of NLP (NFNLP/MFNLP):

• Sensory Perceptual Strategy
• Membina Hubungan Mesra (Rapport)
• SCORE Model
• Fritz Perls? Gestalt Therapy
• Latihan Rapport 










Certified Basic Practitioner of NLP (NFNLP/MFNLP) - Night 5

10 April 2015. Malam ke-5 di Casa de Creative Minds, Wisma UNIKEB UKM Bangi. Topik malam ini untuk Certified Basic Practitioner of NLP (NFNLP/MFNLP) ialah:

Malam ke-5:

Model Komunikasi NLP
Stimulus dan Peristiwa Luaran
Potong, Herot dan Generalisasi Maklumat
Penapis Minda
Kecemerlangan Diri
Latihan Bulatan Kecemerlangan









Friday, April 10, 2015

Certified Basic Practitioner of NLP (NFNLP/MFNLP) - Night 3




8 April 2015. Malam ke-tiga Certified Basic Practitioner of NLP di Casa de Creative Minds, Wisma UNIKEB UKM Bangi. Setiap malam peserta diperkenalkan dengan key player dalam NLP sekitar 5-10 minit. Malam ini Dr Robert Dilts dengan Neuro-Logical Level. Latihan membentuk matlamat dengan menggunakan kaedah timeline serta latihan memurnikan matlamat dengan melalui neuro-logical levels diadakan secara santai dan terbuka di luar pejabat.

Tarig dari Sudan membina outcomenya iaitu memegang skrol ijazah PhD. Peserta dalam program ini dilimitkan kepada 9 orang maksima dan dijalankan bila ada 4 peserta. Ianya fokus kepada kemahuan peserta, mereka mempunyai cita-cita tertentu dan spesifik bila menghadiri bengkel ini. Sebagai jurulatih saya memenuhi hajat mereka dengan sebaik mungkin terutamanya berkaitan dengan isu penyelidikan dan pendidikan.

Malam ke-tiga:

Tonggak-tonggak NLP
Berfikiran Penyudah
Membina Matlamat
Visualisasi
Peringkat Neuro-Logikal
Garisan Masa (Time Line)
Robert Dilts?
Latihan Membina Matlamat


Certified Basic Practitioner of NLP (NFNLP/MFNLP) - Night 4

9 April 2015. Casa de Creative Minds, Wisma UNIKEB UKM Bangi adalah sebuah persinggahan yang dihuni oleh pengamal NLP, Neuro-Semantik dan Grafologi. Di situ terdapat bilik rundingan, terapi dan seminar. Ianya dibuka setiap hari untuk menyambut pelbagai ragam tetamu tidak kira dari yang menghadapi isu ataupun yang mahukan kecemerlangan. Ianya ditangani dengan terapi, rundingan atau coaching.

Apa yang disampaikan dalam bengkel di sini adalah apa yang diamalkan. Di sini tiada makanan yang sedap atau kerusi yang empuk seperti di hotel, ianya tempat menjamu ilmu dan menghadam kemahiran yang telah diuji berjaya secara santai dan kasual. Ianya juga tempat berkongsi pengalaman dan pengetahuan terutamanya dalam penyelidikan & pendidikan serta latihan & perundingan. Ada kelapangan, ziarahlah kami.

Malam ke-empat:

Kaitan Langsung / Kaitan Tidak Langsung
Induksi
Akses, Amplify & Anchor
Reframing
Pengenalan kepada Garisan Minda
Wyatt Woodsmall?
Latihan Induksi dan Akses, Amplify & Anchor

http://www.bengkelnlp.com




Certified Basic Practitioner of NLP (NFNLP/MFNLP) - Night 2

7 April 2015. Basic Practitioner of NLP (NFNLP/MFNLP) diadakan di Casa de Creative Minds / Akademi Grafplogi Malaysia, Wisma UNIKEB, UKM.

Malam ke-dua:

Gelombang Otak
Kue Akses Mata
Sistem Representasi
Predikat
Sub Modaliti
Dr. William Horton?
Latihan Predikat & Sub Modaliti

http://www.bengkelnlp.com 








Certified Basic Practitioner of NLP (NFNLP/MFNLP) - Night 1

6 April 2015. Alhamdulillah, Modul 12 malam Certified Basic Practitioner of NLP (NFNLP/MFNLP) berjalan dengar lancar. Kumpulan kecil ini terdiri daripada tiga peserta dari Akademi Grafologi Malaysia (AGM) dan dua dari UKM iaitu pelajar sarjana dan doktor falsafah. Tinggal satu kerusi lagi yang insyaallah akan diisi oleh seorang lagi pelajar sarjana malam esok.

Peserta dari AGM mengikuti kursus ini dengan tujuan untuk memantapkan lagi grafoterapi (terapi analisa tulisan tangan) dengan teknik-teknik NLP manakala dari UKM untuk menukar sikap (behaviour change) masyarakat dengan teknik NLP supaya menggunakan tong sampah kitar semula. Projek penyelidikan ini melibatkan lebih dari 10 jurulatih sukarela di peringkat sarjana yang akan melatih lebih kurang 50 pelajar tahun dua Fakulti Kejuruteraan UKM. Mereka akan bertemu dengan masyarakat dan memberi penerangan secara besar-besaran dan berkala di Bangi.

MFNLP yang telah ditubuhkan oleh 7 Trainers dari NFNLP, USA menjadikan Wisma UNIKEB UKM sebagai tapak untuk mengembangkan sayapnya. Selain bertujuan untuk pensijilan NLP, MFNLP juga bertangungjawab untuk memastikan NLP dikendalikan mengikut standard dan kualiti yang ditetapkan.

Malam Pertama: 

Pengenalan
Apa Itu NLP?
Sejarah NLP
Q & A berkenaan NLP
Kesedaran Sensori
Virginia Satir?
Milton Erickson?





Wednesday, December 24, 2014

Tahniah Enas!

24 Dec 2014. Tahniah kepada Enas A. O. Belqaseem Altalhe dari Libya kerana berjaya dalam peperiksaan lisan doktor falsafah dengan tesis bertajuk "Experimental and Numerical Analysis of Strip Footing on Reinforced Sand Slopes". Penyelia: Prof Dr Mohd Raihan Taha. Pemeriksa: Prof Dr Fauziah Ahmad (USM) / Ir Dr Anuar Kasa.

Monday, December 8, 2014

Tahniah Cikpuan Aniza Ibrahim


8 Dec 2014. Tahniah kepada Cikpuan Aniza Ibrahim dari Universiti Pertahanan Malaysia (UPN) kerana lulus peperiksaan lisan (viva voce) Doktor Falsafah setelah berjuang selama 3 jam dengan tajuk "Analisa Kesan Dari Penyusupan Air Hujan Buatan Menggunakan Kolum Tanah Untuk Tanah Tak Tepu". Penyelia: PM Dr M. Mukhlisin/PM Ir Dr Othman Jaafar. Pemeriksa: PM Ir Dr Azman Kassim / Ir Dr Anuar Kasa.

Tuesday, November 18, 2014

2 Keping Roti Kosong


17-19 Okt. 2014. Daurah Khususiah di Masjid Besi.

2 Keping Roti Kosong - 1

"Tuan tidak kenal dia. Mengapa tuan belanja dia makan?"
Saya belanja diri saya sebenarnya. Mana tahu dengan bantuan saya yang kecil ini menjadi asbab untuk masuk syurga.
"Takkan dengan belanja makan roti kosong dua keping dan kopi O sudah boleh masuk syurga, mudah sangat."
Bukan nilai luaran yang dilihat. Menderma 1 juta ringgit mungkin rendah nilainya dibandingkan dengan derma 10 ringgit jika niat dan pengorbanan diukur. Derma 1 juta dengan baki 10 juta berbeza dengan derma 10 ringgit dengan baki 1 ringgit.
Memberi minum seekor anjing menjadi asbab untuk seorang wanita jalanan masuk syurga. Tidak mungkinkah dengan 2 keping roti kosong membantu saya masuk syurga?
"errrm..."

2 Keping Roti Kosong - 2

"Nilai 2 keping roti kosong rendah bagi tuan. Saya percaya tuan mempunyai pekerjaan tetap. Apalah nilai 2 keping roti bagi tuan?"
Itu cuma sangkaan kamu. Orang bekerja tetap pun kadang-kadang sesak juga.
Jika sumbangan itu rendah nilainya dalam pertimbangan Allah, mungkin ia menjadi shafaat jika orang yang saya bantu menjadi penghuni syurga.
Dia berdoa untuk saya, "Ya Allah! Orang itu telah memberi aku makan 2 keping roti di dunia dulu. Masukkanlah dia ke dalam syurga". Hajat ahli syurga diperkenankan Allah. Masih ada kemungkinan lagi, insyaallah.
"errm..."
(degil betul, nak juga syurga dengan derma seciput)

2 Keping Roti Kosong - 3

"Saya pun hendak masuk syurga juga. Saya belanja tuan makan ya!"

Alhamdulillah! Terima kasih. Saya cam muka tuan. Jika ditakdirkan masuk syurga saya doakan untuk tuan. Harap tuan pun begitu juga.

"Insyaallah. Doakan untuk saya."

(Untung tunai di dunia lagi. Belanja hamba Allah 2 keping roti kosong, Allah buka hati orang lain untuk belanja Murtabak Singapura untuk kita pula)

2 Keping Roti Kosong - 4

"Harap belanja saya itu boleh menjadi asbab atau shafaat untuk masuk syurga juga."

Insyaallah! Melabur dalam skim akhirat sentiasa untung. Jika tiada asbab atau shafaat pun, tuan masih boleh senyum lebar dengan janji Allah.

Apabila seseorang itu memberi makan kepada seorang muslim sehingga kenyang, Allah akan menyediakan 7 khandak (parit) antara dirinya dan api neraka. 1 khandak itu bersamaan 500 tahun perjalanan dari api neraka.

"Subhanallah! Jika ini fadhilatnya, menyesal saya tidak mengamalkannya dari dulu."

(Indahnya menjadi seorang muslim)


2 Keping Roti Kosong - 5

"Wah! Dengan belanja seorang muslim makan roti kosong sudah dijauhkan dari api neraka sejauh 3,500 tahun perjalanan, beruntungnya."
Bertambah untung jika berdoa 3X, "Ya Allah! Jauhkan aku dari api neraka" kerana neraka pula akan berdoa, "Ya Allah! Jauhkan orang ini dari masuk ke dalam aku.
Semakin beruntung jika berdoa 3X, "Ya Allah! Masukkan aku ke dalam syurgaMu" kerana syurga juga akan berdoa supaya kita dimasukkan ke dalamnya.
"Mudahnya! Tetapi tidak ramai yang melakukannya."
Jika tuan ingin belanja orang makan sampai kenyang, saya boleh sediakan perut kosong untuk membantu. Banyak pahala tu!

2 Keping Roti Kosong - 6

"Ada lagi fadhilat lain?"

Soalan tuan menginggatkan saya kepada seseorang yang memberi makan kepada pelajar yang ditemuinya selepas solat Jumaat. Mereka dijemput ke rumahnya untuk makan tengahari. Semoga Allah melimpahkan rezeki dan menempatkannya di syurga.

Memberi makan kepada penuntut ilmu besar pahalanya terutama pada hari Jumaat.


5R - Tanda Ketakwaan

Ringan bangun solat
Rajin solat
Rasa diperhatikan
Risau tidak beradab
Rimas buang masa

Thursday, November 13, 2014

Lets Communicate Effectively: Group 3 & 4

13 Nov. 2014. Persembahan oleh Kumpulan 3 & 4 di samping jualan makanan dan minuman ringan untuk kursus KH1244, projek "Lets Communicate Effectively" di FKAB, UKM.








Jamuan Perpisahan PM Dr Muhammad Mukhlisin

13 Nov. 2014. Majlis perpisahan PM Dr Muhammad Mukhlisin diadakan di BM JKAS. Beliau telah berkhidmat dengan UKM selama 7 tahun dan akan kembali ke Indonesia untuk berkhidmat di Universitas Semarang.









Friday, September 19, 2014

Kursus MATLAB sudah penuh



Cabaran baru. 97 siswa ditempatkan di makmal yang mempunyai 83 komputer. Nampaknya mungkin setengah pelajar perlu membawa laptop sendiri. Mungkin saya perlu lebih kreatif, menggunakan kaedah "flipped classroom".

Dari survei pagi ini mengenai apa yang mereka MAHU daripada kursus ini, kebanyakannya memberi jawapan biasa seperti mendapat gred A dan skor cemerlang. Jawapan yang menarik antaranya menjadi genius dan banggakan ibu-bapa. Jawapan yang agak ganjil ialah mahir membaiki komputer dan menjadi pendakwah.Apa-apa pun semuanya jawapan yang hebat.

Tugas seterusnya menjadikan apa yang mereka MAHU kepada apa yang mereka PERLU. Mahu saja tidak cukup. Itu pentingnya kemahiran "Inducing States", salah satu dari tujuh kemahiran dalam Meta-Coaching. Kemahiran lain ialah (1) supporting, (2) listening, (3) asking WFO questions, (4) asking meta questions, (5) receiving feedback, dan (6) giving feedback.