Sabtu, 1 Mac 2014

Dr AK: Meta-Coaching (4) - How Fantastic!


Alhamdulillah! enam meta-coach telah berjaya menamatkan ujian terakhir dalam meta-coaching dan layak diikhtiraf sebagai certified meta-coach oleh Meta-Coach Foundation, USA ( http://www.metacoachfoundation.org/ ). How Fantastic!

Sesi benchmarking ini dikendalikan oleh Pak Utoro dan Pak Kartiko. Mereka berdua merupakan meta-coach professional, melakukan meta-coaching sepenuh masa kepada level "C" dalam pelbagai syarikat besar di Indonesia.

Ada yang bertanya, menjadi meta-coach berapa kadar untuk satu sesi 90 minit? Jawapannya bergantung kepada jenis klien, pengalaman meta-coach dan prestasi yang diinginkan. Ada servis yang diberi percuma, RM400, RM800, RM8000 atau lebih besar lagi dan ada yang melakukan secara pakej contohnya untuk 12 jam perkhidmatan, yurannya cuma RM12,000 dan lain-lain. Bila mendengar yuran tersebut ada yang terkejut, katanya terlalu "mahal".

Komen yang sama keluar dari mulut rakan pensyarah yang datang berjumpa saya untuk membincangkan soal penyelidikan di sebuah restoran mamak bila bercerita tentang meta-coaching.

Saya jawab "mahal" dan "murah" itu perkara subjektif. Bayangkan anda pemilik sebuah syarikat kecil yang menghasilkan pendapatan sejuta ringgit setahun. Bagaimana kalau saya katakan, syarikat anda boleh meningkatkan prestasi dengan pendapatan 2 juta ringgit setahun dengan khidmat meta-coaching, mahukah anda berikan 10% dari sejuta ringgit keuntungan tersebut?

Pendapatan anda akan menjadi 1.9 juta dan yuran meta-coach 100 ribu ringgit. Anda tidak menggusik pendapatan asal, tiada kos cuma perkongsian keuntungan, anda dapat 90% dan meta-coach 10%. Jika anda seorang yang bijak, tentu anda mahu prestasi syarikat anda meningkat dan mendapat keuntungan berganda.

Nah! Bukankah yuran itu "murah" pak? (slang Indonesia) cuma 10% saja, ianya mungkin untuk 12 sesi dalam jangka masa setahun. Dia mengangguk-anguk tanda faham kemudian terdiam lama. Mungkin dia membayangkan syarikat besar yang berpendapatan 100 juta ringgit setahun.

Kemudian dia tanya bagaimana meta-coaching mampu menjamin peningkatan prestasi sesebuah syarikat atau organisasi. Saya jawab, untuk setiap sesi meta-coaching yang lebih kurang 45 minit, hasilnya adalah "well-formed outcome" dalam bentuk KPI (key performance indicator) yang akan diikuti oleh syarikat tersebut. Ya benar! setiap sesi meta-coaching ada KPInya.

KPI dihasilkan oleh klien sendiri menggunakan sumber dalaman seperti kemahiran dan ilmu pengetahuan serta sumber luaran seperti pekerja dan modal yang dimilikinya. Tugas meta-coach ialah menanyakan soalan yang tepat untuk meningkatkan prestasi selari dengan makna (meaning) yang diberikan oleh klien serta memantau prestasi tersebut supaya mencapai target.

Soalan berikutnya ialah "Bagaimana hendak menanya soalan yang tepat?" Ianya melalui latihan dan praktis yang lama. Meta-coach perlu masuk ke dalam dunia klien, mengetahui corak pemikiran dan sistem representasi diri klien melalui rapport, soalan terancang dan sebagainya. Ianya berdasarkan pengetahuan NLP dan Neuro-Semantics.

"Apa itu NLP? Apa itu Neuro-Semantics?" tanya pensyarah itu lagi. Nampaknya banyak perkara yang perlu saya terangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan